Tuesday, December 1, 2009

Tazkirah | Ambiklah Waktu.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga....

Tuesday, November 17, 2009

BuLan AmaL PeRkIM kembali LaGi!!!

ISTIMEWA buat para sahabat Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya..

Kali ini membawa KELAINAN..

Rugi tak sertai..

Ada apa ye??

Hah, ni nak habaq :
  • Qurban for life(donation) 1/11-18/11
> Kerjasama dengan Yayasan Muslim Aid, mengumpul sumbangan untuk mengadakan korban dan didermakan kepada mereka yang memerlukan di seluruh dunia.
>Sumbangan boleh dibuat kepada wakil-wakil kami yang akan ke bilik-bilik atau di booth kami.
  • Perkim’s Family Day # 8/11
>Istimewa buat ahli-ahli kelab PERKIM ini.
>Juadah enak disediakan untuk satapan semua.
  • Visiting Hospital 15/11
>Lawatan ke 2 buah hospital; Hospital Serdang dan Hospital Kajang.
>Seramai 80 orang peserta diperlukan.Terbuka kepada ahli kelab dan pelajar Pusat Asasi UIA ini.
  • Perkim’s birthday 19/11
    Celebration #
>Majlis khas bagi menyambut ulangtahun kelahiran ahli-ahli kelab yang lahir pada bulan Ogos, September, Oktober dan November.
  • Slaughtering Course 21/11
>Kursus Sembelihan yang terbuka kepada 100 orang pelajar pusat asasi ini atau ahli kelab.
>Bayaran hanya RM3 seorang.
>Sebanyak 50 ekor ayam untuk disembelih.
>Terdapat sesi teori dan praktikal.
  • Homestay 22/11
  • Eidul Adha Talk by Ustaz Zamri from 24/11
    ‘Mari Mengaji’ on TV9

>Sebagai penutup bagi Bulan Amal PERKIM, kami menjemput penceramah ini istimewa untuk semua di Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya dan mahasiswa mahasiswi universiti lain.
DATANG JANGAN TAK DATANG...

#untuk maklumat lanjut, kunjungi gerai kami di hadapan bangunan IRK atau hubungi wakil-wakil kami yang tertera di poster-poster kami.

Saturday, October 24, 2009

6 pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya.


Sedikit renungan dan peringatan buat para sahabat sekalian..

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :
" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'.
Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia
lalu muridnya menjawab :
" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini
lalu muridnya menjawab:
" Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam.
Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia
lalu murudnya menjawab :
" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia
lalu muridnya menjawab :
" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia
lalu muridnya menjawab :
' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


Bersama kita muhasabah diri.Selamat menempuh semester baru..

Monday, October 12, 2009

BULAN AMAL PERKIM KEMBALI!

assalamualaikum~
berita gembira kepada ahli perkim yang disayangi,pada bulan november 2009 kelab perkim pauiam pj akan mengadakan Bulan Amal Perkim dimana bulan ini pelbagai aktiviti gempak,hangat lagi hebat akan diadakan.antaranya:

8/11=HARI KELUARGA PERKIM
14/11=KURSUS PENYEMBELIHAN
15/11=ZIARAH HOSPITAL
19/11=HARI JADI KELUARGA PERKIM
22/11=KURSUS MOTIVASI DAN JAMUAN ASDAF

24/11=CERAMAH AIDIL ADHA (bersama ustaz zamri dari 'mari mengaji' di tv9)
..............dan banyak lagi!

jadi,marilah bersama-sama melibatkan diri bersama kami menjayakan program khas untuk anda.sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada ketua biro-biro anda.marilah kita memartabatkan kegemilangan islam.mulakan langkah anda bersama kami!sertailah program yang menarik lagi berilmiah!

p/s;selamat bercuti!

Monday, September 28, 2009

29 Ogos 2009: PROGRAM FAST2FEED

LAPORAN PROGRAM FAST 2 FEED
KELAB PERKIM PUSAT ASASI
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
KAMPUS PETALING JAYA

Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, baru- baru ini, Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PAUIAM) telah menganjurkan Program Fast 2 Feed dengan kerjasama dari Muslim Aid Malaysia. Program ini telah berlangsung di Dewan Al- Malik Faisal, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya pada 29 Ogos 2009 yang lalu.


Program ini julung- julung kalinya diadakan untuk anak- anak yatim dan miskin dari Asrama Darul Falah (ASDAF) dan pelarian Rohingya. Program ini bertujuan untuk mengenali mereka yang kurang bernasib baik dengan lebih rapat. Selain itu, program ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwwah diantara orang awam dengan mereka dan mengimarahkan bulan Ramadhan dengan aktiviti- aktiviti amal. Tepat pukul 5.30 petang, seramai 200 anak- anak dari golongan ini mula memenuhi dewan.


Majlis hanya bermula 30 minit kemudian untuk men unggu kedatangan tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu- aluan daripada Ustaz Wan Ahmad Rahiman bin Wan Husain, Penasihat Kelab PERKIM Pusat Asasi UIAM , PJ.


Apabila Azan Maghrib berkumandang, mereka yang diraikan berbuka dengan sedikit jamuan ringan dan majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah. Selesai solat, anak- anak ini dijamu dengan makanan berat sambil mendengarkan ucapan dari pihak Muslim Aid dan wakil sponsor.






Majlis disambung dengan solat Isyak dan terawih berjemaah. Kemudian, diteruskan lagi dengan pemberian duit raya kepada anak- anak ini. Program berakhir dengan sesi bergambar.







Konklusinya, objektif program tercapai apabila jelas terpancar kegembiraan di wajah anak- anak yatim dan misk in dari ASDAF juga pelarian Rohingya ini. Meskipun realitinya, mereka menanggung keperitan dan kepayahan. Diharapkan semoga program sebegini dapat terus dilaksanakan dengan lebih efektif supaya dapat memberi sedikit kegembiraan kepada golongan- golongan yang tidak bernasib baik ini.

































































Friday, September 11, 2009

PROGRAM IFTHAR

LAPORAN IFTHAR MINGGUAN
GABUNGAN BIRO PNK DAN BLP
KELAB PERKIM PUSAT ASASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
KAMPUS PETALING JAYA



Alhamdulillah dengan izin Yang Maha Esa, pada bulan Ramadhan yang lalu, Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(PAUIAM) telah menganjurkan Ifthar Mingguan bersama ahli- ahli kelab. Program Ifthar Mingguan yang melibatkan dua biro ini telah diadakan pada hari Khamis, 3 September 2009 dan bertempat AX201 dan AX202.

Ifthar ini diadakan khas untuk ahli- ahli Kelab PERKIM PAUIAM, yang terdiri daripada pelajar tahun satu dan tahun dua. Program ini bertujuan untuk mengenali ahli- ahli kelab dengan lebih rapat. Selain itu, program ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli dan mengimarahkan bulan Ramadhan.

Tepat pukul 6.30 petang, seramai lebih 50 orang ahli PERKIM mula hadir untuk membantu. Program ifthar dimulakan 30 minit kemudian dengan membaca Al- Ma'thurat beramai ramai sambil menunggu azan Maghrib berkumandang.



Apabila azan Maghrib berkumandang, ahli- ahli Kelab PERKIM berbuka puasa terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah. Selesai mengerjakan solat Maghrib, program diteruskan dengan bacaan Yassin dan ahli- ahli diberi sedikit pengisian berbentuk tazkirah sementara menunggu solat Isyak.

Program ifthar diteruskan lagidengan solat Isyak serta terawih berjemaah. Sebagai penutup, ahli- ahli dijamukan dengan sedikit sajian sebagai moreh.

Konklusinya, objektif program tercapai apabila jelas terbinanya ukhuwwah yang kukuh di kalangan ahli- ahli. Semoga progran sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dan efektif supaya ikatan antara ahli dapat dipertegap.




Wednesday, August 19, 2009

Bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Assalamualaikum saudara-saudari sekalian....

Bulan Ramadhan Al-Mubarak semakin mendekati kita. Tidak lama lagi kita akan menghadapi cabaran berpuasa dan menahan lapar dahaga serta nafsu tawa. Selama ini kita syik mendengar kelebihan bepuasa sahaja. Tapi bagaimana pula dengan bulan Ramadhan?

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah

telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunka

n baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

http://www.intro2u.net/new/2009/08/bulan-ramadhan-merupakan-bulan-yang-mempunyai-banyak-kelebihan/

Friday, June 26, 2009

Hadiah Dari Pengemis

Diceritakan pula bahawa ada seorang yang kaya raya datang kepada Ibrahim bin Adham dengan membawa wang sebanyak seribu dirham untuk dihadiahkan kepadanya.

"Terimalah wang ini sebagai hadiahku kepadamu," kata orang kaya itu kepada Ibrahim.

"Maaf, saya tidak mahu menerima pemberian dari pengemis," jawab Ibrahim.

"Masya Allah, tuan ini ada-ada saja. Saya bukan seorang pengemis, tapi seorang yang kaya dan memiliki banyak harta." kata orang tadi, membantah.

"Apakah kamu masih ingin memiliki harta yang lebih banyak daripada harta yang kamu ada sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah tentulah tuan guru. Setiap orang tentu ingin menjadi lebih kaya." jawab orang itu.

"Kalau begitu, engkau memang betul-betul seorang ketua pengemis yang miskin. Oleh kerana itu, bawalah pulang wang itu dan campurkan dengan hartamu agar bertambah kaya."

Tuesday, June 23, 2009

Ilmu Yang Dapat Dicuri

Ketika belajar, Imam Ghazali rajin menyemak segala pengajaran dari gurunya dan mencatatnya baik-baik. Setelah bertahun-tahun belajar, catatannya telah berlonggok-longgok. Sehingga sampai masa dia harus pulang ke kampung halamannya dengan membawa semua ilmu yang didapatinya.

Maka semua catatan-catatannya itu diikatnya dengan baik dan dimasukkan ke dalam guni lalu dibawanya pulang. Sesampainya di tengah perjalanan, kafilah yang diikutinya telah dihadang oleh perompak.

Mereka membuka setiap bungkusan anggota kafilah dan merampas setiap barang berharga yang didapati. Pada gilirannya, barang-barang Imam Ghazali juga dibukanya.

"Kamu boleh ambil semua barang-barangku yang kamu suka, tapi jangan ambil bungkusan yang satu ini." kata Imam Ghazali sambil menunjuk pada guni besar yang berisi catatan-catatan hasil pembelajaran beliau.

Mendengar itu, si perompak merasa curiga. Mereka mengesyaki bahawa di dalam guni besar itu adalah barang yang sangat berharga sehingga pemiliknya merayu agar jangan diambil. Lalu mereka berebut membuka guni itu dan membongkar isinya.

Akan tetapi alangkah terperanjatnya apabila mereka mendapati bahawa di dalam guni itu hanyalah kertas-kertas buruk yang tidak berharga. Puas mereka selongkar, namun tidak menemukan apa-apa. Mereka merasa telah ditipu oleh Imam Ghazali.

"Kamu ni gila ke? Buat apa engkau membawa kertas-kertas buruk ini?" tanya para perompak.

"Inilah barang-barang yang sangat berharga bagiku, tapi bagi kamu sedikitpun tidak berfaedah." kata Imam Ghazali.

"Lalu apa kamu akan buat dengan kertas-kertas buruk ini?"

"Inilah hasilku belajar selama bertahun-tahun. Semua keterangan guruku telah ku catat ke dalam kertas-kertas ini. Jadi, jika kamu rampas ia, maka habislah ilmuku dan jerih payah ku selama bertahun-tahun hanyalah sia-sia belaka." jawab Imam Ghazali.

"Hanya ada di dalam kertas ini sajakah ilmu hasil kau belajar?" tanya seorang perompak.

"Ya."

"Kalau begitu, bodohlah engkau."

"Mengapa pula?"

"Catatan-catatan yang kamu simpan di dalam kertas itu bukanlah ilmu. Cuba fikir, sekiranya lembaran-lembaran kertas itu aku rampas dan ku bakar, bagaimana nasib mu? Ilmu kau dapat dirompak kalau macam tu."

Imam Ghazali terpegun mendengar hujah si perompak. Setelah difikir-fikir, dia berkata dalam hatinya; "Betul juga."

Mulai saat itulah Imam Ghazali telah memindahkan segala catatannya ke dalam cakera padat, yakni otaknya. Siang malam dia menghafal segala apa yang diperoleh daripada gurunya dan dengan mudah pula ia mengeluarkannya sewaktu diperlukan.

Di samping itu tidak ada sesiapa yang boleh mencuri ilmu dari dalam otaknya. Ini semua berkat idea si perompak.

Sunday, June 21, 2009

Hari Keluarga Saudara Kita dan Charity Dinner

Pada 8 Februari 2009, dua program telah dijalankan oleh Kelab PERKIM UIAM PJ. Pada sebelah pagi, Kelab PERKIM bersama-sama PERKIM Masjid Kolej Islam Malaya telah mengadakan Hari Keluarga Saudara Baru.
Bertempat di padang PAUIAM, Petaling Jaya, pelbagai aktiviti telah diadakan dan mendapat sambutan yang baik daripada saudara baru. Dianggarkan lebih 100 orang yang hadir.
Pada sebelah malam pula, Majlis Makan Malam Amal telah diadakan. Kelab PERKIM mendapat kerjasama daripada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM). Hasil sumbangan dan jualan kerusi telah disumbangkan kepada YKMAM untuk disalurkan ke Palestin.
Majlis ini bertujuan untuk memupuk sikap suka menderma di kalangan ahli PERKIM. Majlis makan malam dihiburkan dengan persembahan nasyid dan persembahan multimedia. Pada malam itu juga majlis penutup Bulan Amal PERKIM telah diadakan.

Juara Battle of Nasyeedians, Etika; turut dijemput

Gambaran di dalam SM

Sekilas di meja VIP; Dato' Nakhaie, YDP YADIM turut hadir..
Terima kasih di atas sokongan Dato'.

Congratulations to all!!

Candid pose

Juadah sarapan

Banner Hari Keluarga Saudara Kita

Seorang komiti menjadi baby-sitter ketika acara ibubapa berlangsung

Sememangnya program ini mendapat sambutan
yang amat menggalakkan. Alhamdulillah..

Para AJK PERKIM MKIM

Jaulah al-Khairiah

Program yang seterusnya, biro Perhubungan dan Kebajikan Kelab PERKIM UIAM PJ telah mengadakan Jaulah al-Khairiah di Asrama Darul Falah (ASDAF) pada 7 Februari 2009.
Program ini diadakan untuk menerap nilai kasih sayang di samping menyuburkan semangat kerjasama di antara peserta. Peserta dapat merasa sendiri kehidupan yang dilalui oleh penghuni Asdaf yang rata-rata berumur antara 5-18 tahun.
Seramai 40 orang peserta telah mengikuti program ini. Peserta dapat menjalani beberapa aktiviti bersama-sama adik-adik Asdaf yang kebanyakan daripada mereka adalah mualaf daripada kalangan orang asli.

Antara aktiviti outdoor

Sesi diskusi dalam kumpulan

Huish.... licin semua makanan!!

Persembahan dari kumpulan adik2 lelaki

Untuk makluman semua, lawatan ke ASDAF masih di jalankan secara berkala, di kala hujung minggu. Mereka yang berminat, boleh menyatakn hasrat anda di "Ruang Bicara" blog ini.

Blogger Muslim

Pada tanggal 4 Februari 2009, Biro Dokumentasi dan Penerbitan Kelab PERKIM UIAM PJ telah mengadakan suatu program bertajuk “Blogger Muslim”.
Program ini diadakan di Makmal Komputer A dan B. Seramai 32 orang pelajar telah menyertai program ini yang mengajar mereka tentang langkah-langkah membuat blog dan menggunakannya sebagai salah satu medium dakwah.
Bagi menjayakan program ini, pihak penganjur telah menjemput dua orang jemputan iaitu Bro. Mohd Dhany Mohamad Sarip dan Sis. Wan Fatimah Wan Zulkifli yang amat berpengalaman dalam berdakwah melalui blog.

Peserta diminta untuk mempraktikkan apa yang dipelajari

Seorang satu komputer, memang tempat terhad

Focus dalam kelas


Tutorial yang dibentangkan
Semoga apa yang diajar dapat (dan masih) dipraktik kan oleh para peserta..
Insya Allah..

Seminar Dakwah

This event was held at SM ground floor, in-collaboration with Persatuan al-Hunafa'..
The turn up of participant was about 50 percent out of the amount targeted. Although the arrival of students causes an unexpected 30 minutes delay, the massages had successfully delivered in a short period. The speaker whom himself is an experience preacher relate his experiences to the audience thus giving them a clear picture about preaching.
During the Question and Answer session, five questions were asked from the floor, it shows that the speaker manage to grapple the attention. The Question and Answer session lasted for about 35 minutes.
A slide show that shamed the picture captured by those who when to Kg Rantau, Cameron Highlands last year. This gives the participants an idea about the going on within the native community in Malaysia.
Their poor exposure of education, organization and religion is a real pity and it is up to us to deliver the message from Allah and preach the beauty of this Divine Believe. This will spur the spirit of participants to give their commitment in spreading Islam.
In conclusion, the world has been pulverizing by the mean thought spread by the Western propaganda that placed Islam in the very shallow level. This seminar is a stepping-stone to produce a generation of towering Muslims that will strengthen this religion, thus spreading Islam to the whole of Malaysia and the world.

Speaker yang dijemput khas dan berpengalaman

Para tetamu kehormat

Singkat dan padat

Saudara Presiden, Zul Ikram menyampaikan cenderahati
kepada Ust. Ibrahim Raheem

Bergambar di banner Bulan Amal PERKIM

Tuesday, June 16, 2009

Kursus Sembelihan

Bersempena kedatangan Aidil Adha, Kelab PERKIM telah mengadakan Kursus Sembelihan pada 30hb November 2008. Aktiviti ini telah berlansung di Blok E, UIAM Petaling Jaya. Seramai 50 orang peserta menyertai kursus ini dan mereka telah diajar cara-cara sembelihan yang betul.
Setelah menerima penerangan daripada ustaz yang lebih dikenali sebagai abang Dat, acara praktikal pun berlangsung. Sesi ini memberi peluang kepada para peserta untuk melakukan sendiri sembelihan.
Sebanyak 20 ekor ayam telah berjaya disembelih tanpa was-was, dan disahkan HALAL...
Alhamdulillah... :-)

dah terpacak sejak subuh lagi...

Abang Dat dengan kisah Nabi Ibrahim...

Brothers memang tekun mendengar... (ehem2)

Sesi meng-check-ing pisau

Demonstrasi....

Menunggu saat kematian

Praktikal sembelihan bermula

Muslimat turut di beri peluang

Menunggu giliran

Sesi membuang isi perut ayam

Akhirnya,.. orang dapur dapat makan jugak..

Wajah-wajah komiti tika kepenatan

Post-mortem (yang sangat2 simple)
Mabruk!! Sekali lagi misi Berjaya!
Syukran Jazilan kepada semua yang terlibat!