Monday, September 28, 2009

29 Ogos 2009: PROGRAM FAST2FEED

LAPORAN PROGRAM FAST 2 FEED
KELAB PERKIM PUSAT ASASI
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
KAMPUS PETALING JAYA

Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, baru- baru ini, Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PAUIAM) telah menganjurkan Program Fast 2 Feed dengan kerjasama dari Muslim Aid Malaysia. Program ini telah berlangsung di Dewan Al- Malik Faisal, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya pada 29 Ogos 2009 yang lalu.


Program ini julung- julung kalinya diadakan untuk anak- anak yatim dan miskin dari Asrama Darul Falah (ASDAF) dan pelarian Rohingya. Program ini bertujuan untuk mengenali mereka yang kurang bernasib baik dengan lebih rapat. Selain itu, program ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwwah diantara orang awam dengan mereka dan mengimarahkan bulan Ramadhan dengan aktiviti- aktiviti amal. Tepat pukul 5.30 petang, seramai 200 anak- anak dari golongan ini mula memenuhi dewan.


Majlis hanya bermula 30 minit kemudian untuk men unggu kedatangan tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu- aluan daripada Ustaz Wan Ahmad Rahiman bin Wan Husain, Penasihat Kelab PERKIM Pusat Asasi UIAM , PJ.


Apabila Azan Maghrib berkumandang, mereka yang diraikan berbuka dengan sedikit jamuan ringan dan majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah. Selesai solat, anak- anak ini dijamu dengan makanan berat sambil mendengarkan ucapan dari pihak Muslim Aid dan wakil sponsor.






Majlis disambung dengan solat Isyak dan terawih berjemaah. Kemudian, diteruskan lagi dengan pemberian duit raya kepada anak- anak ini. Program berakhir dengan sesi bergambar.







Konklusinya, objektif program tercapai apabila jelas terpancar kegembiraan di wajah anak- anak yatim dan misk in dari ASDAF juga pelarian Rohingya ini. Meskipun realitinya, mereka menanggung keperitan dan kepayahan. Diharapkan semoga program sebegini dapat terus dilaksanakan dengan lebih efektif supaya dapat memberi sedikit kegembiraan kepada golongan- golongan yang tidak bernasib baik ini.

































































Friday, September 11, 2009

PROGRAM IFTHAR

LAPORAN IFTHAR MINGGUAN
GABUNGAN BIRO PNK DAN BLP
KELAB PERKIM PUSAT ASASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
KAMPUS PETALING JAYA



Alhamdulillah dengan izin Yang Maha Esa, pada bulan Ramadhan yang lalu, Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(PAUIAM) telah menganjurkan Ifthar Mingguan bersama ahli- ahli kelab. Program Ifthar Mingguan yang melibatkan dua biro ini telah diadakan pada hari Khamis, 3 September 2009 dan bertempat AX201 dan AX202.

Ifthar ini diadakan khas untuk ahli- ahli Kelab PERKIM PAUIAM, yang terdiri daripada pelajar tahun satu dan tahun dua. Program ini bertujuan untuk mengenali ahli- ahli kelab dengan lebih rapat. Selain itu, program ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli dan mengimarahkan bulan Ramadhan.

Tepat pukul 6.30 petang, seramai lebih 50 orang ahli PERKIM mula hadir untuk membantu. Program ifthar dimulakan 30 minit kemudian dengan membaca Al- Ma'thurat beramai ramai sambil menunggu azan Maghrib berkumandang.



Apabila azan Maghrib berkumandang, ahli- ahli Kelab PERKIM berbuka puasa terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah. Selesai mengerjakan solat Maghrib, program diteruskan dengan bacaan Yassin dan ahli- ahli diberi sedikit pengisian berbentuk tazkirah sementara menunggu solat Isyak.

Program ifthar diteruskan lagidengan solat Isyak serta terawih berjemaah. Sebagai penutup, ahli- ahli dijamukan dengan sedikit sajian sebagai moreh.

Konklusinya, objektif program tercapai apabila jelas terbinanya ukhuwwah yang kukuh di kalangan ahli- ahli. Semoga progran sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dan efektif supaya ikatan antara ahli dapat dipertegap.