Wednesday, December 22, 2010

Jom Kenali Tokoh Islam....

Syifa’ binti Abdullah al-Adawiyyah r.a.
Namanya Syifa’ binti Abdullah ibn Abd Syams al-Quraisyiyyah al-Adawiyyah. Ada pendapat mengatakan nama sebenarnya Laila binti Abdullah. Beliau adalah isteri kepada Abu Hathmah ibn Huzaifah ibn Ghanim al-Quraisy al-Adawi. Beliau dikurniakan seorang anak bernama Sulaiman bin Abu Hathmah, seorang lelaki yang dihormati sebagai orang yang kuat beragama di kalangan ummat Islam.
 
Kemuliaan
Nama adalah identiti dan pengenalan awal diri. Ia juga adalah sebuah doa dan harapan yang terawal dilakarkan oleh ibu bapa buat seorang anak. Sesuai dengan namanya Syifa’ memiliki kepakaran dalam istirqa’ iaitu suatu kaedah pengubatan dengan cara memberikan dorongan jiwa agar pesakit bermotivasi dan optimis untuk sembuh. Beliau adalah seorang sahabiah yang terkenal dengan kebaikan hatinya dan kepintarannya dan merupakan salah seorang daripada segelintir kau hawa Quraisy yang mahir menulis dan membaca. Beliau tergolong di kalangan sahabat dan sahabiah yang terawal memeluk Islam, ikut serta membaiah Rasulullah s.a.w. bersama sahabiah yang lain dan turut berhijrah ke Madinah.
Beliau turut memiliki kedudukan yang terhormat di sisi Ummahatul Mukminin, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. As-Syifa’ sentiasa datang menjenguk Ummul Mukminin, Hafsah dan mengajarkannya menulis. Rasulullah s.a.w. telah menyuruh as-Syifa’ mengajarkan Hafsah menulis dan cara mengubati penyakit kulit dengan teknik ruqayyah. Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Syifa’ binti Abdullah bahawa dia berkata: “Rasulullah s.a.w. datang menjengukku dan aku sedang bersama Hafsah. Rasulullah berkata kepadaku, “Ajarkanlah Hafsah cara mengubati penyakit kulit dengan teknik ruqayyah sebagaimana engkau mengajarkannya menulis.”
 
Rasulullah s.a.w. menghormatinya dan bersaliturahim dengannya. Rasulullah s.a.w. juga telah memberinya sebuah rumah di Madinah. As-Syifa’ telah tinggal di rumah tersebut bersama anaknya Sulaiman.
               

Kepakaran dalam Perubatan
Pada zaman jahiliyyah, Syifa’ binti Abdullah mengubati sakit kulit dengan menggunakan ruqayyah. Setelah memeluk Islam, dia telah datang bertemu Rasulullah untuk meminta izin agar dapat meneruskan pekerjaannya itu. Ibnu Qayyum berkata bahawa di zaman jahiliyyah as-Syifa’ menggunakan ruqayyah untuk mengubati penyakit kulit. Ketika turut serta dalam hijrah dan membaiah Nabi s.a.w. dia telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.:
“Ya Rasulullah, pada zaman jahiliyyah aku mengubati penyakit kulit dengan cara ruqayyah dan aku ingin memperlihatkannya kepadamu.”
 
Syifa’ berkata, maksudnya: “Dengan nama Allah, sampai kembali ke asalnya dan tidak membahayakan seseorang pun. Ya Allah, Tuhan sekalian manusia. Hilangkanlah penyakit ini.”
 
Ibnu Qayyum berkata: “Syifa’ binti Abdullah membaca ruqayyah tersebut sebanyak tujuh kali ke atas sebuah dahan gaharu. Kemudian, dia menumbuknya sampai halus pada tempat yang bersih dengan menggunakan batu yang tajam. Setelah itu, dia akan menggoreskannya ke atas penyakit kulit tersebut.”
 
Setelah diizinkan oleh Rasulullah s.a.w. beliau meneruskan pekerjaannya itu.As-syifa’ juga menyertai beberapa peperangan sebagai tentera dan juga pasukan perubatan.
 
Bersama Umar al-Khattab
Syifa’ binti Abdullah mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Umar al-Khattab r.a. sebagaimana mulianya as-Syifa’ di sisi Rasulullah s.a.w. Sayyidina Umar selalu mengutamakan as-Syifa’ dalam hal pandangan. Bahkan, beliau turut memberi kepercayaan kepada as-Syifa’ dengan melantiknya sebagai seorang qadhi di pasar. As-Syifa’ adalah Muslimah pertama memegang jawatan itu. Beliau memikul tugas tersebut dengan penuh amanah dan tegas.
Pada suatu hari, as-Syifa’ elihat sekelompok anak muda berjalan dengan perlahan dan bercakap dengan lambatnya. As-Syifa’ bertanya: “Apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah ahli ibadah.” As-Syifa’ membalas: “Demi Allah! Dahulu Umar ibn Khattab berjalan dengan pantas, bercakap dengan lantang dan apabila memukul pasti sangat sakit dan dialah sebenarnya yang disebut sebagai ahli ibadah.”
 
Umar Ibn Khattab sentiasa datang menjenguk as-Syifa’ dan bertanyakan keadaannya, anak dan suaminya. Umar juga kerap membimbing mereka kepada kebaikan kalau keadaan memerlukan. Syifa’ binti Abdullah berkata: “Umar ibn Khattab datang ke rumahku. Dia melihat dua orang lelaki tertidur di rumahku (suami dan anak as-Syifa’). Umar ibn Khattab bertanya: “Ada apa dengan dua orang lelaki ini sehingga mereka tidak solat berjemaah dengan kami?” Aku menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Mereka berdua solat bersama yang lain – ketika itu bulan Ramadhan – mereka terus solat berdua sampai datang waktu Subuh. Setelah mereka solat Subuh, mereka tidur. Umar ibn Khattab berkata: “Solat Subuh berjemaah bersama yang lain lebih baik bagiku daripada solat sepanjang malam sampai datang Subuh.” Hal ini menunjukkan pemahaman fiqh Umar yang mendalam dan bimbingan halus daripadanya yang berlandaskan sunnah Rasulullah s.a.w dan anjuran untuk menghadiri solat jemaah.
 
As-Syifa’ dan Hadis Rasulullah s.a.w.
As-Syifa’ r.a. juga sempat meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. secara terus dan dari Umar al-Khattab. Adapun yang meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. daripada as-Syifa’ adalah anaknya Sulaiman, kedua cucunya Abu Bakar bin Sulaiman dan Utsman bin Sulaiman, hamba sahayanya Abu Ishaq dan Hafsah Ummul Mukminin.
 
Di antara riwayatnya, bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebaik-baik pekerjaan. Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah, jihad di jalanNya dan haji yang mabrur.”
As-Syifa’ menghabiskan hayatnya untuk menuntut ilmu, beramal, berzuhud dan beribadah sehingga ajal menjemputnya pada zaman khalifah Umar al-Khattab pada tahun 20H.
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dari Ilahi. 

 
 
 

Monday, December 13, 2010

Hari Keluarga PERKIM


'...siapa saja(di antara mereka) yang beriman kepada Allah dan hari akhir, dan melakukan kebajikan, mereka mendapat pahala dari Tuhannya, tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati' (Surah Al-Baqarah: 62)
Pujian kepada Allah dengan perkataan Alhamdulillah, pada 13hb November 2010, PERKIM Club Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia (CFS IIUM) telah mengorganisasi Family Day dalam bersama dengan Raudhah Festival (RAFEST).
Objektif utama acara ini ialah untuk mengeratkan ukhuwah sillaturrahim antara ahli Kelab PERKIM dan juga pelajar-pelajar CFS. Program telah diadakan pada, Gelanggang Bola Jaring Zainab Al-Jahsy untuk Muslimah and Gelanggang Bola Keranjang terletak di UMAR AL-KHATTAB II berdekatan terutamanya bagi Muslimin, CFS IIUM memulakan dari 9.00 akan 12.15 pm.
Tujuan lain dari acara ini adalah untuk melepaskan tekanan dengan melakukan permainan sihat dan menyenangkan serta memelihara nilai-nilai Islam baik dalam individu setiap Muslimah. Sebagai da'ie, kami akan cuba yang terbaik dalam melaksanakan tanggung jawab kita sebagai khalifah di bumi ini. Kerana adanya komitmen untuk menyebarkan dakwah antara ahli CFS, kami merancang untuk menetapkan satu program yang menarik.
Pukul 8.30 pagi, para peserta datang dan langsung mereka telah dilayan dengan memberi sarapan oleh ahli jawatankuasa. Jumlah peserta untuk Muslimin dan Muslimah adalah orang-orang sekitar 21 dan 25. Tepat jamk 9.00 pagi, permainan yang dirancang bermula dengan bicara singkat oleh penyelaras program dan tiga aktiviti sukaneka telah diadakan. Antaranya , membina sebuah istana putih, jambatan rahmat, buruk melempar, bowling, tangan penyiraman dan kekuasaan jerami. Ada istirahat singkat antara setiap kegiatan bagi peserta untuk mendapatkan kembali tenaga mereka. Puncak acara adalah pemberian hadiah kepada para pemenang dan ‘lucky draw’ Program berakhir pada 12.15 tengah hari.
Namun, penganjur menghadapi beberapa masalah dalam pengurusan di mana kedatangan peserta tidak diberikan dalam waktu. Hal ini menimbulkan kesulitan dalam tatacara masa untuk memulakan program pada waktu dan kelewatan kedatangan makanan dari katering untuk memberikan makanan. Dalam rangka masalah tersebut, kami cuba untuk menghiburkan peserta dengan beberapa lagu-lagu nasyid dan saranan pendek.
Sebagai kesimpulan, acara ini berjalan lancar dan mencapai tujuannya. Para tetamu sepenuhnya terhibur dan senang dengan aliran acara.Program ini harus ditetapkan lagi di masa depan sebagai pengumpulan dipelihara dalam Islam dan kita sebagai muslim harus saling membantu dan mempunyai kehidupan bahagia bersama berdasarkan undang-undang Allah yang disediakan bagi kita.

Saturday, December 11, 2010

SALAM IMTIHAN | 7 PERKARA YANG MEMBUAT ANDA BERMOTIVASI DI WAKTU PAGI

Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.
Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.
Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?
Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:
01. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
02. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
03. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
04. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
05. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
06. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
07. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Friday, December 10, 2010

Merancang:Tradisi Orang Bertaqwa

Tahun 1431 Hijriyyah telah meninggalkan kita. 1432 Hijriyyah pula mendatang di hadapan kita. Bersyukurlah kerana Allah masih tidak putus memberikan kita rezeki nyawa, nikmat Iman, dan kurnia Islam, Alhamdulillah.
Cuba tanyakan soalan ini kepada diri anda semua, "berapakah umur aku?"
Sudah pasti anda mampu menjawabnya. 18 tahun? 19 tahun? 20, 21, 23 tahun? Atau 30 tahun?
Dan berapa kalikah sudah kita lalui Sambutan Tahun Baru atau Sambutan Maal Hijrah? 5 kali? 10 kali? 15 kali?
Lazimnya, setiap kali sambutan Maal Hijrah, manusia biasa akan memperbaharui azam barunya untuk tahun tersebut. Atau sekurang-kurangnya berfikir untuk memperbaiki kelemahan lalu. Atau paling kurang pun, merasakan bahawa kualiti dirinya sudah meningkat sedikit berbanding tahun yang sebelumnya.
Cuba bayangkan, kalau benarlah setiap tahun kita berjaya memperbaharui azam kita, memperbaiki kualiti diri kita, meningkatkan nilai hidup kita, dan memperelok masyarakat sekitar kita, maka pada tahun ini, sudah berapa banyakkah kualiti diri kita yang berjaya ditingkatkan? Sudah berapa jauhkah kita memperbaiki nilai hidup kita? Sudah berapa elokkah masyarakat kita? Tanyakan kepada diri anda sendiri.
Bagaimana pula realitinya? Adakah kualiti diri kita kini 5 kali lebih baik daripada diri kita 5 tahun lalu? Tidak dinafikan, sedangkan iman pun ada naik dan turunnya seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW,
الاءيمان يزيد و ينقص
Namun, ia bukanlah alasan untuk kita tidak maju ke hadapan.
Merancang, Tradisi Orang Bertaqwa
Ramai di kalangan kita mengaku bahawa dialah penuntut ilmu yang hebat. Ada pula mengatakan dialah pejuang Islam yang mantap. Ada juga yang 'berangan-angan' menjadi orang yang mampu mengubah dunia pada suatu hari nanti, tetapi lupa pada sunnatullah. Sunnatullah apa? Sunnatullah bahawa, kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun. Kata kuncinya adalah, PERANCANGAN!
Allah berfirman di dalam surah Al-Hasyr, ayat ke-18,
"Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada ALlah, dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang hendak diperbuatnya untuk hari esok (Hari Akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
Ya, kata kuncinya, merancang! Kalau nak tengok kehebatan seorang manusia itu, kita lihat sejauh manakah perancangannya. Dan menjadi tradisi orang bertaqwa, untuk merancang untuk Hari Akhirat, perancangan paling jauh! Maka, dalam Islam kita diajar menjadi orang yang paling hebat, kerana perancangan kita adalah yang paling jauh.
Namun, selalunya akan timbul salah faham terhadap konsep 'Akhirat'. Ramai yang gagal menemui jalan untuk merancang ke Akhirat. Jawapannya mudah sahaja, kita bayangkan sahaja jika kita hendak ke Kuala Lumpur dari Seremban. Matlamat kita adalah Kuala Lumpur, tetapi lojik akal mengatakan, kita perlu menempuh Highway PLUS Seremban-KL terlebih dahulu. Begitu juga Akhirat. Bukankah dunia itu 'Highway' Akhirat?
الدنيا مزرعة الأخرة
"Dunia itu ladang Akhirat"
Membina Azam, Sunnah Yang Selalu Diabaikan
"Alah, azam aku tahun biasa-biasa je lah..."
"Takda apa-apa azam pun, life goes on..."
"Isy, apa azam-azam ni! Banyak sangat azamnya, nanti tak buat jugak..."
Saya berasa kecewa apabila mendengar ucapan-ucapan sedemikian terbit dari mulut seorang Muslim. Jika anda salah seorang dari mereka ini, cuba tanyakan soalan ini kepada diri anda sendiri. "Apakah yang anda tahun tentang sunnah Rasulullah?"
Jawapan yang selalu keluar dari mulut ramai dalam kalangan kita adalah, menyimpan janggut, bersugi, memakai jubah, memakai kopiah, memakai celak, bahkan ada yang terus mengatakan, "poligami!"
Marilah kita renungi satu Hadith yang mahsyur, ketika Ummat Islam Madinah sedang bersiap sedia menggali parit untuk menghadapi Perang Khandak, Rasulullah SAW bersabda,
"Akan pasti dibuka kota konstantinopel itu. Maka sebaik-baik raja, itulah rajanya, dan sebaik-baik tentera, itulah tenteranya" (al-Hadith Ahmad bin Hanbal)
Tidak semena-mena, dalam ketegangan waktu perang, di bawah panas terik padang pasir, dengan kepenatan menggali parit, Rasulullah saw bersabda sedemikian.
Saya bayangkan, kalaulah kita ada di waktu itu, kita akan katakan dalam bahasa kita, "Apa kejadahnya ni?" Ya lah, cuba bayangkan, Ummat Islam ketika itu hanya berapa kerat sahaja berbanding Kaum Musyrikin Mekah, kelihatan seperti itu hanya omongan kosong sahaja, tetapi lihatlah, bagaimana Rasulullah SAW mengajar Ummat Islam agar 'think big'!
Dan, dengan Rahmat Allah dan kemuliaan kata-kata Rasulullah SAW, perkara itu terjadi! Bukan di zaman Rasulullah, bukan pula di zaman Saydina Abu Bakr, atau Zaydina Umar, atau Saydina Uthman. Bukan juga di zaman Saydina Ali, tetapi 800 tahun selepas itu, ketika pemerintahan Khalifah ke-7 Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Sultan Muhammad Al-Fatih!
Dan juga, Spethen R. Covey di dalam bukunya berjudul '7 Habits Of Higly Effective People' MENIRU konsep Sunnah Rasulullah ini, di dalam habitnya yang kedua, 'Begin with the End in Mind'. =)
Pangkal Penentu Penghujung
Setelah mempunyai visi dan matlamat yang jelas, atau dengan kata lainnya kita dah tahu 'penghujung', barulah kita dapat memulakan langkah baru. Matlamat akhir kita akan menentukan permulaan kita. Namun, begitu juga sebaliknya, langkah pertama kita, akan menentukan bagaimana keadaan penghujung kita. Langkah pertama akan menentukan momentum kita untuk bergerak.
Kesilapan ramai dalam kalangan kita adalah, setelah merancang matlamat dan visi, mereka gagal memulakan 'langkah pertama'. Antara sebab yang popular adalah, malu tak bertempat, tidak ada keyakinan diri, segan, malas, tak tahu macam mana nak mula, dan tiada semangat. Have a vision, share the vision.
Memetik satu kata hikmah,
من لم يكن في بدايته محركة, لم يكن في نهايته مشرقة
Siapa yang di permulaannya tidak bergerak, penghujungnya tidak akan bernyala(atau bercahaya/cerah/hebat)
Kata kuncinya adalah, GERAK!
Maka lepas ini, moga-moga tiada lagi kata-kata "tak mampulah" atau "seganlah" atau "isy, malaslah" keluar dari mulut seorang Muslim, kerana ia melanggar dan menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.
Kalau ada lagi yang berfikiran begini, ingat pula kata-kata Imam Junid,
من طلب شيء بجدّ و صدق الاّ نال كله فاءن لم ينال كله ينال بعضه
"Barangsiapa yang menuntut (mencari) sesuatu dengan sungguh-sungguh dan benar, melainkan dia akan dapat semuanya (yang dia mahu). Kalau tak dapat semuanya pun, dia akan dapat sebahagiannya."
Maka kalau niat anda ikhlas kerana Allah, dan perkara yang anda mahukan itu benar dan halal, sertakan sekali dengan kesungguhan, insyaAllah, jika anda tidak dapat kesemuanya, anda akan dapat juga sebahagiannya. Yakinlah. Kan untung begitu?
Sekian dahulu ucapan Maal Hijrah saya untuk tahun 1432. Semoga kita semua mendapat keampunan bagi dosa-dosa kita pada tahun lalu, dan terhindar dari dosa pada tahun mendatang.
Semoga juga kita beroleh pahala dan keredhaan di atas segala alam kita pada tahun lalu, dan diberi petunjuk dan keberkatan di atas segala amal perbuatan kita pada tahun mendatang.
Ingatlah, saya juga tidak terlepas dari gejala-gejala negatif yang saya sebutkan di atas. Semoga sama-sama kita mendapat manfaat insyaAllah.
Salam Maal Hijrah!
- Artikel iluvislam.com

Wednesday, December 1, 2010

IKTIBAR DARIPADA PENCIPTAAN MASA



".....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." -  Surah Al Baqarah : 255
Pengurusan Masa – Hanya Empat Golongan yang Mampu Mengurusnya
Sebenarnya penulisan ini bukanlah cara-cara mengenai pengurusan masa, tetapi lebih kepada permulaan sebelum menguruskan masa. Banyak buku-buku, artikel, kursus dan sebagainya menerangkan cara-cara menguruskan masa, teknik-teknik, cara menjadual dan sebagainya. Tetapi mungkin ada yang terlupa asas, atau ciri-ciri seseorang yang mampu melakukan itu semua. Tidak semua orang yang mampu menguruskan masanya hanya dengan buku atau kursus. Sebaliknya ia memerlukan pemahaman dan mempunyai ciri-ciri tertentu untuk melaksanakannya. Allah yang Maha Agung telah bersumpah bahawa demi masa, semua manusia dalam kerugian kecuali golongan yang dikehendaki-Nya. Maksudnya, tidak kira walau 1001 buku mahupun 1001 kursus kita belajar mengenai masa, belum tentu kita terselamat dari kerugian ini.
Surah Al-´Asr [103] : 1-3
[1]. Demi masa.
[2]. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
[3]. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Imam As-Syafi'I berkata : "Seandainya manusia benar-benar memahami surah ini, nescaya surah ini mencukupi bagi mereka."
Seperti apa yang telah kita ketahui, masa itu adalah sangat-sangat penting buat manusia, kerana Allah yang Maha Agung telah berfirman sebegitu, Rasul-Nya juga telah berkata sebegitu.
Apakah maksud masa?
Persoalannya, sejauh mana kefahaman kita mengenai masa, sedangkan para saintis juga mempunyai pelbagai pendapat mengenai masa. Umum mengetahui tentang maksud masa, tetapi jika dilihat di dalam Al-Quran kita dapat mengetahui pelbagai lagi contoh mengenai masa, antaranya;
Masa terbahagi kepada lima.
1. Masa yang hanya diketahui oleh Allah yang Maha Agung (Pencipta Masa)
Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: "Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?" Ia menjawab: "Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya;... (Kisah Nabi Uzair a.s) - Surah Al-Baqarah [2] : 259
Terdapat banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan akan kekuasaan Allah yang Maha Agung terhadap penciptaan dan kekuasaan-Nya pada masa.
2. Masa depan (Perkara akan datang, termasuk kejadian di akhirat)
[1]. Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.
[3]. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. - Surah Al-Laha : 1 dan 3
"Sungguh telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Tuhan; sehingga apabila kiamat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata: "Alangkah besarnya penyesalan kami, terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu!", sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Ingatlah, amat buruklah apa yang mereka pikul itu." - Surah Al-An'aam [6] : 31
"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya." - Surah Az-Zumar [39] : 73
Menjelaskan perkara akan datang, seperti Abu Lahab yang pasti masuk neraka dan orang lalai juga ke neraka dan sebaliknya bagi orang yang bertakwa akan ke syurga.
3. Masa lampau (Zaman dahulu atau zaman silam ataupun sejarah)
" Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (yaitu) kaum Nuh, 'Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan dan negeri-negeri yang telah musnah? Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata, maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." - Surah At-Taubah : 70
- Menerangkan mengenai kisah-kisah terdahulu bagaimana kaum yang ingkar yang telah diazab di dunia dan akan diazab lagi di akhirat kelak sebagai pengajaran kepada umat akan datang.
4. Masa dunia (Perkiraan tahun, waktu, dan sebagainya)
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi ... " - Surah At-Taubah : 36
Begitulah ketetapan Allah yang Maha Agung yang menciptakan satu tahun bersamaan dua belas bulan dan hikmahnya; manusia diberi pengetahuan untuk mengukur masa.
5. Masa kini yang sedang dilalui oleh manusia (Zaman ini atau zaman umat Nabi Muhammad salallahu'alaihi wasallam (saw))
"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...." - Surah Al-Baqarah [2] : 143

- Begitulah sedikit pengembaraan atau gambaran mengenai masa yang telah difirmankan oleh Allah yang Maha Agung dalam Al-Quran. Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, saya mendefinisikan;
'Masa itu adalah ciptaan Allah yang Maha Agung secara mutlak.

[1]. Masa itu mempunyai dimensinya sendiri dari tempoh atau ukuran tertentu hingga ke tempoh atau ukuran tertentu.
[2]. Masa juga boleh berubah-ubah dimensi dan kelajuannya mengikut kehendak Allah yang Maha Agung. Walaupun begitu,
[3]. Manusia hanya diberi pengetahuan dan keupayaan dalam mengukur dan menguruskan masa mereka oleh Allah yang Maha Agung, tetapi sama sekali tidak diberi kawalan ke atas masa itu'.
Perumpamaannya; kita mampu menggunakan 'remote control' seperti 'rewind-forward-skip' ketika menonton filem, tetapi kita tidak mampu mengubah jalan ceritanya, segalanya sudah ditentukan.
Empat Golongan yang Mampu Menguruskan Masa
1. Iman (orang-orang yang beriman)
Umum telah mengetahui akan isi rukun iman dan tidak perlu dihuraikan di sini, tetapi perlu kita ketahui maksud iman itu adalah melafazkan kalimah tauhid dengan iktikad di dalam hati serta mengamalkannya kerana tahap keimanan seseorang boleh bertambah dan berkurangan.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal. - Surah Al-Anfaal [8] : 2
(a). Selain itu, iman juga tidak boleh dicampuradukkan dengan sesuatu yang lain. Tidak boleh menyembah Allah yang Maha Agung disamping menyembah bomoh, duit, ubat-ubatan, orang-orang tertentu atau apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan menyekutukan Allah yang Maha Agung. Malah jika mengatakan ada perkataan yang lebih baik dari firman Allah yang Bijaksana itu juga adalah syirik, kerana menganggap ada sesuatu yang lebih besar, lebih tinggi autoriti dan lebih bijak dari Allah yang Maha Agung. Maha Suci Allah dari apa yang diperkatakan.
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. - Surah Al-An'aam [6] : 82 -
(b). Orang-orang beriman tidak mempersoalkan dan yakin sepenuh hati apa yang diperintahkan oleh Allah yang Maha Agung melalui Rasul-Nya. Jadi, orang-orang beriman tidak membuang masa mencari kelebihan amal ibadah dan sebagainya. Contohnya, dengan sujud akan mendapat itu-ini dan dengan rukuk pula akan mendapat itu-ini. Orang-orang yang beriman menuruti perintah Allah yang Maha Agung dengan sifat ta'abuddiyah, iaitu; tidak memerlukan penjelasan akal (rasional) untuk menuruti perintah Allah yang Maha Agung. Bukan menolak penggunaan akal, cuma prinsip pengagungan kepada Allah yang Maha Agung dengan pengagungan yang sebenar telah mula hilang dari hati manusia.
Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."-  Surah Al-Baqarah [2] : 285
(c). Prinsip 'kami dengar dan kami taat' sudah mula hilang di hati orang-orang yang mengaku beriman kemudian digantikan, 'kami dengar, tapi kami fikir dahulu apa rasionalnya", seperti "apakah kelebihan itu dan apakah kelebihan ini?" Atau "apakah rasionalitinya solat, tentu ada penjelasan sains mengenainya."
Ini adalah contoh manusia zaman ini, mereka mula mempersoalkan perintah Allah yang Maha Agung dan sibuk dengan fadhilat sehingga melupakan syarat sahnya sesuatu ibadat, iaitu sahnya beribadah adalah mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah yang Maha Tinggi dalam mentaati perintah-Nya dan menepati pula apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Orang-orang yang menyalahgunakan akalnya adalah lebih cenderung gagal dalam pengurusan masa di dunia dan akhirat, manakala orang yang sebaliknya, insyaAllah yang Maha Agung.
2. Amal Soleh (mengerjakan amal soleh)
Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. - Surah An-Nahl [16] : 97
(a). Sangat jelas ayat di atas, Allah yang Maha Agung berjanji kepada orang yang beramal soleh akan diberi kehidupan kehidupan di dunia dan balasan baik di akhirat. Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan amal soleh itu? Apakah yang dikatakan amal soleh? Mengikut tafsir Ibnu Katsir, amal soleh adalah mengikuti Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Antara contoh yang berupa amal soleh di dalam Al-Quran dan Hadis adalah menuntut ilmu, solat, puasa, menepati waktu solat (tidak menangguhkan) atau secara umumnya tidak membuang masa dengan melakukan pekerjaan yang sia-sia.
(b). Termasuk juga amal soleh adalah ihsan, padahal mempelajari bab ihsan adalah wajib sebagaimana sebuah hadis sahih yang panjang;
Dari Abu Hurairah r.a : Rasululullah saw bersabda, (diringkaskan sebelum itu dimana Malaikat Jibril a.s datang bertanya tentang rukun Iman dan rukun Islam) "(Tanya Jibril), 'Ya, Rasulullah. Apakah yang dikatakan ihsan?' Jawab Rasulullah saw, "Hendaklah engkau takut kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekalipun engkau engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.... " (Diringkaskan, selepas itu ditanya pula mengenai tanda-tanda kiamat). [Sahih Muslim, Hadis Nombor 0003]
Ini bermakna mempelajari ihsan sangat penting kerana ia dikaitkan dengan rukun iman, rukun Islam dan tanda-tanda hari kiamat (sila rujuk keseluruhan hadis). Maksud ihsan adalah perbuatan kita sentiasa dilihat oleh Allah yang Maha Agung. Apa sahaja yang kita lakukan perlu difikir dahulu dan barulah dikatakan mempunyai akhlak yang baik. Contohnya akhlak ketika solat, ketika selisih faham, ketika bertemu kawan-kawan dan sebagainya,kemudian hendaklah kita tetapkan dalam hati sesungguhnya Allah yang Maha Agung melihat apa yang kita kerjakan pada setiap saat dan ketika.
Di Malaysia umumnya pendedahan kepada bab akhlak adalah sangat kurang dan dianggap tidak penting. Kita boleh lihat dari segi subjek matapelajaran dari peringkat rendah hingga ke universiti, amat kurang pendidikan akhlak dan jika adapun, kepentingannya diambil sambil lewa. Dari segi pendidikan agama pula lebih banyak persoalan fiqah, sehinggakan orang yang tidak memahami usul fiqah juga ingin membicarakannya. Itu salah satu contoh orang yang tidak mempelajari akhlak. Para ahli sufi telah menggelar bab akhlak ini sebagai tasauf kadangkala ada pula yang menyalahi Al-Quran dan Sunnah (bukan semua), contohnya menganggap, seseorang ulama itu adalah sultan para wali atau wali teragung dan lain-lain.
Namun jika wujudnya istilah wali agung ini, maka yang sepatutnya mendapat gelaran itu adalah Saidina Abu Bakar r.a dan kemudian para Khulafa ur rasyidin seterusnya. (Anda boleh rujuk Fiqh Tasawwuf [Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah])
(c). Tetapi bukan itu hendak dibincangkan. Saya lebih suka menggelar tasauf itu ihsan, kerana sesuai dengan hadis dari Rasulullah saw dan lebih mudah difahami, kerana Allah yang Maha Agung telah berfirman dan begitu pula sabda Rasul-Nya 'kebenaran itu sudah jelas dan kebatilan itu juga sudah jelas', mengapa kita perlu mengaburi?
3. Nasihat mengikuti kebenaran (menasihati supaya mentaati kebenaran)
[5]. Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.
[24]. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran (agama tauhid dan hukum-hukumnya) sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
- Surah Faathir [35] : 5 dan 24
(a). Orang yang menasihati agar mengikut pada kebenaran adalah orang yang membimbing manusia mentauhidkan Allah yang Maha agung dan beramal menurut Al-Quran. Sesuai dengan nasihat dari Luqman;.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang - Surah Luqman [31] : 13
(b). Selain itu menasihati kebenaran juga adalah berdakwah kepada mengerjakan kebajikan dan menjauhi dosa. Apakah kebajikan dan dosa?
Dari Nawwas bin Sam'an Al-Anshari r.a : Aku pernah bertanya kepada kepada Rasulullah saw tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda Nabi saw, "Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan perbuatanmu itu akan diketahui orang lain." (Sahih Muslim, Hadis Nombor 2183)
Jika diperincikan lagi, budi bermaksud akal atau kebijaksanaan manakala pekerti adalah perangai atau kelakuan. Jadi bolehlah diungkapkan kebajikan adalah perangai dan kelakuan yang dipamerkan dengan kebijaksanaan akalnya.
(c). Maksudnya berdakwah kepada orang dengan bijaksana serta mengajak orang lain mempamerkan tingkah laku atau akhlak yang baik. Tidak ada cara lain yang lebih unggul melainkan dimulakan oleh diri sendiri, iaitu kita sendiri harus mempunyai tingkah laku yang baik dan kemudian akan menjadi ikutan orang lain.
4. Nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran)
Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat. - Surah Al-Balad [90] : 17- 19 -
(a). Golongan yang keempat dan yang terakhir adalah orang yang berpesan supaya tetap kepada kesabaran. Mereka adalah golongan yang berpesan supaya bersabar dalam menghadapi kesusahan atau musibah yang melanda, iaitu redha akan takdir Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang samada baik atau buruknya.
(b). Dalam menasihati kesabaran, orang yang berpesan juga harus ada sifat sabar dalam dirinya, seperti sabar dalam mentaati perintah Allah yang Maha Agung, sabar menghadapi kerenah orang yang didakwahkan, sabar dalam menuntut ilmu dan sebagainya.
(c). Sabar dalam melakukan perbuatan keji dan mungkar (dosa), iaitu tidak melakukan perkara yang menyakiti orang lain dan tidak pula berbuat maksiat jika bersendirian, apalagi di hadapan orang lain.
Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)... - Surah Ar-Ra'd [13] : 22
KESIMPULAN
Bolehlah dikatakan bahawa orang yang dapat mengurus masanya dengan baik di dunia dan akhirat secara umumnya, adalah;
[1]. Orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, iaitu bukan munafik, syirik dan kafir.
[2]. Orang yang beramal soleh serta berakhlak mulia.
[3]. Orang yang menasihati dengan kebenaran dan memberi contoh tauladan yang baik melalui dirinya.
[4]. Orang yang bersabar dan menasihati orang lain supaya bersabar dan tidak putus asa dalam mencari keredhaan Allah yang Maha Agung.
Namun perlu diingat sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, berdasarkan firman-Nya;
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya..... - Surah Al-Baqarah [2] : 286
Apa yang penting adalah kita jangan berhenti dalam berusaha untuk mendapat keredhaan Allah yang Maha Agung dan berusaha untuk merealisasikan diri menjadi umat pilihan dan yang terbaik (umat Nabi Muhammad saw); sesuai dengan firman Allah yang Maha Agung,
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. - Surah Ali 'Imran [3] : 110

Tuesday, November 23, 2010

Bazar RAFEST 2010

Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalan). dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalan)
Surah Al-Zalzalah(99:7-8)

NASI ! NASI !NASI PERKIM!

Masih terngiang-ngiang lagi akan suasana dan riuh rendah di bazar Raudhah Festival(RAFEST) anjuran pihak Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 12- 14 November 2010.
PERKIM Petaling Jaya tidak melepaskan peluang untuk turut serta mengambil bahagian dalam memeriahkan bazar RAFEST pada kali ini dengan menjual pelbagai juadah dan masakan .

Gerai no 47, PERKIM

Berbekalkan pengalaman memasak di kampung-kampung orang asli, ahli-ahli Perkim menggunakan bakat dan kebolehan yang ada untuk memasak sendiri lauk-pauk yang dijual di gerai Perkim.Pelbagai menu dan juadah disediakan dan dijual dengan harga yang berpatutan untuk menarik pelanggan yang terdiri daripada para pelajar PAUIAM Petaling Jaya sendiri.

Chef-chef yang sedang sibuk memasak


Antara menu yang istimewa di gerai Perkim ialah Nasi Arab ala-ala Perkim, Nasi 'Carrot' dan Spagetti Bolognaise.Air buah-buahan Chulo dan Air buah-buahan Nata De Coco juga menarik perhatian pelanggan.Gerai no 47. PERKIM ini dibuka dari jam 11.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam.

Spagetti Bolognaise


Iklan jualan gerai PERKIM

mee sup ! mee sup! panas-panas!

"Setiap amal bergantung pada niat .Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya.Niat orang yang tidak beriman lebih baik daripada apa yang nyata dengan amalannya".

Begitulah jika niat kita untuk melakukan sesuatu kebaikan,walau banyak halangan dan dugaan sekali pun, pasti adannya pertolongan Allah.

Bagi menjayakan gerai Perkim ini juga banyak dugaan yang berlaku yang menguji kesabaran dan kekuatan ahli-ahli Perkim untuk terus membuat jualan di bazar RAFEST ini.
Namun begitu, alhamdulillah segala rintangan dapat ditempuh dengan nasrullah.
Antara pengalaman dan dugaan yang tidak dapat dilupakan ialah apabila kereta yang dinaiki oleh lima orang ahli Perkim yang dalam perjalanan ke tempat memasak, pancit secara tiba-tiba di tengah-tengah jalan.Bernasib baik dengan adannya tayar simpanan dan kepakaran ahli perkim yang pandai menukar tayar.


Seterusnya,pada hari pertama berniaga, semua agak kelam kabut disebabkan ahli-ahli perkim sendiri sebelum ini sibuk dengan kelas akademik.Selepas itu, semua dapat ditanggani dengan baik dan lancar apabila kebanyakan ahli-ahli Perkim yang terdiri daripada pelajar tahun pertama dan tahun kedua turun padang.

Pada hari kedua, gerai Perkim terus mendapat perhatian daripada pelajar dengan rangkaan promosi jualan yang menyeluruh.Pada waktu-waktu kemuncak seperti tengah hari, ahli-ahli Perkim sendiri tidak menang tangan untuk melayan pelanggan.Lauk-pauk yang dijual untuk makanan tengah hari habis dijual sebelum menjelangnya petang.

Sibuk berniaga


"Kak, Nasi Perkim ada lagi tak?"
Itu adalah antara keluhan pelajar yang tidak berkesempatan untuk membeli nasi yang dijual. Insiden itu terus menjadi peransang kepada ahli-ahli Perkim untuk menyediakan juadah yang terbaik kepada para pelanggan untuk keesokan harinya iaitu hari terakhir berniaga.

Persiapan memasak


Aktiviti jualan terus memberansangkan pada hari ketiga.Ahli-ahli Perkim semakin bersemangat berniaga.Selain itu,hubungan antara ahli-ahli Perkim dengan penjual di gerai yang berdekatan juga dapat dijalin erat melalui sikap saling membantu antara satu sama lain.

Pada malam terakhir berniaga, ahli-ahli Perkim sempat makan beramai-ramai untuk melepaskan penat lelah selepas berhempas pulas untuk menjayakan gerai ini selama tiga hari berturut-turut.Tambahan pula, gerai Perkim adalah antara gerai yang terawal yang dapat menghabiskan jualan pada malam itu.

seronoknnya makan beramai-ramai

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Md. Nor(abah)dan isterinya (umi) yang sudi memberi bantuan dari segi peralatan dan tempat memasak.

Tidak lupa juga kepada ahli-ahli Perkim sendiri yang terlibat secara lansung mahupun tidak langsung.

'Jadikanlah masa yang berlalu sebagai pengalaman dan pengajaran
masa yang berjalan kita isi dengan amalan'

Sunday, November 21, 2010

Salam PERJUANGAN, Salam RINDU SAHABAT


Ingin aku singkap kembali,
kenangan lama
agar bersemi
Ingin ku ulangi
kisah manis
agar terus bersemadi..
Ingatlah aku
sebagai rakanmu,
Kenanglah aku
dalam doamu..
Begitu indahnya
kisah dahulu
kau sebagai temanku...
Hampir dua bulan sudah berlalu untuk semester 2 2010 di CFS IIUM PJ ini, namun ketiadaan dan kehilangan sahabat-sahabat tetap dirasai ketika melakukan kerja-kerja kebajikan dan dakwah di bawah pertubuhan PERKIM ini.
kata-kata nasihat sahabat,
dorongan dan semangat sahabat
dan
gelak tawa sahabat
akan terus bersemadi dalam ingatan kami.
Salam perjuangan diucapkan kepada sahabat-sahabat untuk melangkah ke medan perjuangan yang sebenar di Gombak mahupun Kuantan. Moga-moga dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana di sana.
Salam rindu diucapkan buat sahabat-sahabat yang jauh di mata namun tetap di hati.Doakan agar Allah permudahkan perjuangan kami di Petaling Jaya ini sama ada dari segi akademik,dakwah, kerja-kerja kebajikan dan lain-lain.
Dedikasi khas untuk ahli-ahli PERKIM yang bakal melangkah ke Gombak atau Kuantan.

Monday, November 15, 2010

cerpen~hati itu~




Insyirah mengintai ke luar jendela yang dibuka sedikit untuk melihat mentari tengahari. Menyaksikan padang universitinya yang dibasahi hujan yang turun sejak subuh tadi. Sudah tiga hari hujan turun tiada hentinya. Keadaan ini biasa berlaku di negeri-negeri di pantai timur.

Hujung tahun bermakna mulanya musim tengkujuh. Tidak pernah terdetik di fikirannya akan tercampak ke negeri Terengganu ini. Masakan tidak, dari kecil hingga  kini, tak pernah dia berenggang dengan keluarganya sejauh ini.
Seluruh perasaan masih merintih akan masalah yang masih memberati fikirannya. Saban masa, dia bersungguh-sungguh berdoa agar Allah membendung perasaan kasihnya terhadap seseorang yang membuatkan hatinya kini gundah gulana. Alangkah merananya dia dalam keadaan ini. Hatta ibarat terkena minyak pengasih.
"Ya Allah, suburkanlah cintaku pada-Mu.." rintih Insyirah.
Insyirah terduduk dan beristighfar.
"Susahnya bila ada masalah hati ni," keluh Insyirah.
Dia mengeluh sambil tangan menarik kerusi belajar. Usai duduk, dia mencapai buku mikrobiologinya. Otak sudah diset untuk menyiapkan lab report yang tertunggak sedari pagi tadi dek kerana melayan lamunan yang entah apa-apa. Seketika, dia membaca doa belajar yang ditampal di dinding meja studinya.
Sedang tangan ligat menulis introduction of morphology dan characteristic of bacteria pada kertas kajang, azan Zohor berkumandang dari masjid berdekatan. Sayup-sayup saja kedengaran laungan kemegahan itu dek kerana kedudukan masjid itu yang jauh.
Habis saja dia membaca doa selepas azan, dia mengejutkan Aishah, rakan sebiliknya yang sedang tidur. Qailullah (tidur sebentar sebelum waktu Zohor) katanya.
"Sha, Sha bangun. Dah azan dah.." sambil memanggil, dia mengoyang-goyang bahu Aishah.
Usai solat zuhur berjemaah di surau asrama yang dipimpin oleh seorang muslimin, Insyirah masih berteleku di atas sejadah. Memikirkan masalah 'hatinya'.
'Ya Allah, kenapa masalah ini juga yang terbayang-bayang? Berdosanya aku mengabaikan-Mu.'
Insyirah memejam mata sambil tangan kiri memicit pelipisnya. Tanpa disedari, bibirnya mengeluh. Cukup kuat untuk didengari Aishah yang sedang melipat sejadah.
Aishah memandang Insyirah sekilas.
"Syirah.." Aishah memanggil lembut.
Dalam mata yang masih terpejam, Insyirah masih bermonolog.
'Tu la syirah, kenapa tak jaga pandangan tu..'
"Syirah.." Aishah masih setia memanggil.
"Kan susah sekarang. Bukan kau sendiri tak tahu, daripada pandangan yang tidak terkawallah, hati boleh rosak."
"Syirah.." kening Aishah sudah berkerut.
"Parah ni. Tiga kali panggil tak berjawab."
Lantas, kaki melangkah ke arah Insyirah. Bahu rakannya itu disentuh lembut. Mata Insyirah terbuka. Memandang Aishah yang merenungnya dengan senyuman.
"Masih fikirkan masalah yang enti cerita kat ana semalam?" Aishah akhirnya duduk di sebelah Insyirah. Tangan yang dibahu, dibawa ke jari-jemari Insyirah pula. Digenggam erat.
Insyirah tersenyum tawar tanpa gula.
"Susahlah ukhti nak jaga hati ni. Tak terdaya rasanya" Insyirah meluahkan.
"Ukhti, Ukhti... memanglah susah ukhti nak jaga hati ni. Siapa kata senang? Sebab itu kita kena ada banteng kita sendiri. Ingat tak ceramah Ilaajul Qulub kelmarin? Ingat tak apa ustaz tu cakap. Err...apa nama ustaz tu? Aa Allah...ana lupa pula." Aishah mengaru dagunya sambil matanya memandang dinding surau, cuba mengingati nama ustaz tersebut.
Terimbas seketika ceramah bertajuk "Al-Qalbu kunci dalam mencorakkan peribadi unggul" yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Usuluddin di universitinya. Memang bagus ceramahnya. Terasa bi'ah solehahnya di dewan itu yang rata-ratanya dihadiri kakak-kakak Fakulti Kotemporari Islam(FKI) yang majoritinya bertudung labuh. Ada juga yang berpurdah.
"Ukhti ni... Ustaz Syed Hadzrullathfi lah nama ustaz tu.." Syirah menjawab. Mahu tergelak juga rasanya bila melihatkan Aishah yang bersungguh sangat memikir nama ustaz tersebut.
"Oh ye ke, ana lupa la ukhti. Ha, ingat tak apa ustaz tu cakap untuk menjaga hati ni?"
Insyirah menghela nafas panjang. "Ala Aishah ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik."
"Jangan pernah redha dengan maksiat?" Insyirah menjawab kembali dalam nada bertanya.
"Lagi?"
"Tak bersungguh nak berubah?"
"Lagi?" Aishah seronok bertanya sambil tersenyum nipis.
"La...enti ni. Ana tanya enti, enti tanya ana balik." Insyirah menampar bahu Aishah.
Ketawa Aishah pecah.
"Sakitlah ukhti."Aishah memegang bahunya. Terasa sengal seketika.
"Tu la, buli orang lagi."
Aishah menarik nafas dalam. Memandang Insyirah sekilas sebelum memulakan bicara.
"Apa yang ana dapat tangkap pasal ceramah semalam, hati ini ukhti, kalau tak dididik, tak ditarbiyah, tak dipupuk, lama-lama hati kita ini akan kotor. Dan ruang untuk menjadi orang yang ingkar terbuka luas. Cuba enti semak kembali macam mana mutabaah (jadual muhasabah ibadah) enti sampai enti ada masalah hati dengan muslimin ni. Ana kira, andai kita betul-betul menghayati dan menjaga mutabaah kita, insyaAllah, hati kita terpelihara. Betul tak ukhti?"
Insyirah mengangguk. Mengiakan. Seketika cuba bermuhasabah kembali mutabaahnya yang tak terjaga akhir-akhir ini disebabkan terlalu banyak mesyuarat untuk program islamik yang dikendalikannya. Mungkin inilah sebabnya aku jadi begini.
"Enti cakap kat ana semalam, enti mula ada masalah hati dengan muslimin ini bila enti dilantik untuk uruskan program tu kan?"
Sekali lagi Insyirah mengangguk. Ya, dari situlah aku mula kenal dengan muslimin itu.
"Ukhti, enti kena ingat. Yang enti nak buat ni program islamik tau. Nak menyampaikan dakwah kepada masyarakat di luar sana. Andai enti sendiri sebagai pemimpin dah tersilap langkah, berdakwah dengan hati yang lagho, bagaimana dakwah enti nak berkesan?"
Senyuman masih tak lekang dari wajah bersih Aishah.
"Ukhti, ingat tak apa kak Mardiyah pernah cakap masa usrah kita? Dia kata, jangan ingat enti buat maksiat ni, tidak memberi apa-apa kesan dalam hidup kita. Dan ana sangat terkesan dengan ayat tu. Ana ingat sampai sekarang ni."
Insyirah diam tak terkata. Tertunduk dia seketika sambil memintal hujung telekung yang masih tak dibuka. Kini, tinggal dia dan Aishah sahaja di dalam surau tersebut. Jemaah yang lain sudah lama beransur pergi.
"Asas segala kelalaian dan nafsu syahwat adalah kerana kita redha dengan nafsu dan maksiat yang kita lakukan. Dan asas ketaatan kepada Allah adalah kesedaran untuk merubah diri kita. Ana tak nafikan ukhti, dalam kita bermujahadah tak nak melakukan maksiat, ramai antara kita tersungkur kembali. Itu memang fitrah ukhti sebab bila kita nak berubah, kita takkan boleh secara mendadak. Kena perlahan-lahan.."
Insyirah merenung kembali Aishah, cuba menghadam point-point yang dilontarkan.
"Dan itulah yang enti perlu lakukan sekarang ni. Bangkit semula ukhti. Ingat, enti adalah dai'e! Jangan mengalah pada syaitan yang takkan mahu kita bangkit kembali apabila kita dah tersungkur! Cuba ya ukhti. Jangan risau. Ana akan sentiasa bagi sokongan kat enti. Bila hadiri meeting nanti, cuba tajdid (perbaharui) niat dan kawal pandangan."
"Tapi kan ukhti, ana perasan, bila ada meeting je ana akan rasa excited. Entah la mungkin sebab dapat jumpa dengan dia tu? Tapi dalam masa yang sama, ana cuba jaga pandangan. Ana tak tahulah ukhti. Kadang-kadang terserempak dengan dia pun ana dah jadi tak betul," Insyirah akhirnya bersuara.
"Astaghfirullahal'azim Syirah..jangan macam tu. Rosak hati enti nanti bila enti berterusan begini. Ingatlah ukhti, sifat soleh muslimin tu, Allah yang ciptakan. Maka cintailah Dia yang menciptakan sifat soleh itu sendiri. Ana faham masalah enti ni. Bukan menimpa enti sorang sahaja. Bahkan, menimpa juga para dai'e di luar sana yang gagal menjaga hati dalam melakukan dakwah."
"Jangan putus asa, Insyirah. Allah Maha Bijaksana. Kita sama-sama muhasabah kembali. Cinta Allah itu sendiri kita masih merangkak-rangkak untuk mencari apatah lagi mahu mencari cinta manusia pula. Kita ni sebagai hamba-Nya akan sentiasa diuji. Dan ujian setiap orang itu berlainan."
"Ada yang diuji pelajarannya, ada yang diuji kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, ada yang diuji kemiskinan, penyakit yang tak dapat diubati..tapi bagi enti, Allah sediakan ujian sebegini," Aishah mengulas panjang.
Alhamdulillah,kata-katanya itu semua ilham daripada Allah SWT untuk disampaikan kepada sahabat di depannya ini. Sayangnya dia pada Insyirah hanya Allah yang Mengetahui. Mungkinkah itu yang dinamakan ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah SWT)?
"Tapi ana tengok kawan-kawan yang lain tu ok je. Tak rasa apa-apa pun bila berdepan dengan muslimin?" Insyirah mencelah.
Aishah menarik nafas sedalam mungkin. Namun, senyum masih menghiasi raut wajahnya.
"Mungkin ada antara mereka yang sudah ada benteng mereka sendiri. Come on ukhti. Evaluasi diri. Jaga mutabaah, sibukkan dengan benda-benda baik, insyaAllah akan buat enti tak fikir-fikirkan masalah ni ok," tangan Aishah merangkul bahu Insyirah.
Insyirah tersenyum kelat. Tanpa berkata apa-apa.
Beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun dia sering lalai, tak kuat mengharungi jalan perjuangan ini, tetapi masih ada sahabat yang saling mengingatinya. Sudah pasti ia adalah satu anugerah dari Allah SWT.
Sungguh, Allah itu ada di sisi hamba-Nya.
Sifat pengampun-Nya mendahului kemurkaan-Nya.
"Dah la tu. Jom pergi makan tengahari. Nanti sakit perut pulak. Pagi tadi makan biskut je kan," kata-kata Aishah mematikan lamunan Insyirah.
Dalam sepi dingin malam, Insyirah muhasabah diri. Usai membersihkan badan tadi, dia mengerjakan solat sunat. Berdoa dan bersujud kerana dirinya terasa jauh daripada kemanisan ibadah.
Dia akui, belakangan ini, dia sudah hilang kemanisan dalam solatnya, zikirnya dan tadabbur Al-Qurannya.
Terasa diri hina kerana sibuk menagih cinta manusia yang ternyata bersifat fana. Dan kini, di sepertiga malam ini, dia menyembah dan bersujud pada Dia yang memiliki segala cinta.
Dia rindukan saat dan rasa nikmatnya ibadah itu. Sungguh, dia ini hakikatnya hamba Allah yang tak punya apa-apa.
Dia tahu benar, andai hambaNya kembali dengan selangkah langkahan taubat, pastinya Dia mengampunkan dosa hambaNya. Namun, disebabkan nafsu, hatinya menafikan kemurahan sifat Tuhan sang pencipta.
Syira, syira..tidakkah kau nampak semua itu?
Mata terasa panas.
Insyirah bersyukur kerana Allah masih memaut hatinya ke arah kebenaran. Apa pun takdir yang menimpa dirinya adalah atas kehendak Allah swt. Maka, sebagai hamba yang fakir, dia wajib redha dan ikhlas.
Insyirah menoleh ke arah Aishah yang masih lena. Dia memandang wanita itu dengan segumpal perasaan sayang yang mendasari jiwanya kala ini. Sebagai manusia biasa, jauh di lubuk hati, terdetik satu cetusan rasa kagum dengan peribadi Aishah yang begitu menjaga cinta yang belum layak lagi diserahkan kepada mereka yang tidak halal.
Apatah lagi mereka berdua masih lagi bergelar mahasiswi. Cita-cita perlu didahulukan daripada cinta itu sendiri.
Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta. Kejarlah cinta Allah yang kekal abadi.
Pandangan mata Insyirah masih tertumpah pada Aishah. Roomatenya itu selalu mendoakan dan membantu dirinya menghadapi pertarungan ini. Juga mebimbing dia ke jalan kebenaran yang diredhai Allah.
Bibir diketap. Hatinya sayu mengenangkan dosa-dosa. Akhirnya, titisan jernih mengalir jua di pipi wanita itu. Lama sudah dia membelakangi Allah.
Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.
Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.
Ucapan taubat itu benar-benar ikhlas dilafazkan. Rintihan taubat menjadikan seseorang hamba dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa. Dosa adalah penyakit dan istighfarlah syifa'nya. Bagi mengelakkan hati menjadi lalai maka dengan istighfar, insyaAllah, berupaya menjadikan seseorang hamba semakin menebal takwa dan imannya. Itulah yang cuba dilakukan Insyirah.
******
Dua tahun sudah berlalu. Masa berjalan begitu pantas. Udara sejuk bumi Scotland mengelus lembut pipi Insyirah. Terasa baru semalam kaki memijak bumi orang putih ini. Rasa baru semalam berpisah dengan umi, abah, opah, kak long, adik-adik dan semestinya Aishah.
Terbangnya dia ke bumi Scotland ini untuk menyambung masternya di University of Edinburgh, Scotland dalam bidang microbiologi.
Dia membuka tingkap apartment. Sekarang ini musim sejuk dan salji turun dengan lebat. Tergelak dia tatkala mengingatkan dirinya yang sangat teruja melihat salji pertama kali di depan mata.
Terasa sejuk, dia mengenggam tangan. Asap nipis keluar daripada mulutnya. Pandangan mata tumpah pada sesuatu di jemari kanan. Bibir mengukir senyuman manis. Cincin belah rotan tersarung kemas di jemari halus wanita itu.
Ya, dia tidak keseorangan di bumi Scotland ini. Ada suami yang menemani. Seorang lelaki yang halal untuk dicintai. Benarlah, sekiranya cinta sebelum nikah itu betul-betul dipelihara, kemanisannnya akan sangat dirasai setelah bernikah. Ada hikmahnya mengapa dia diuji dengan ujian hati dahulu. Dia selepas itu lebih berhati-hati agar cintanya tidak dilempiaskan pada yang sia-sia.
Duhai diriku, ingatlah Allah di mana-mana saja, nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan diri sendri. Memang perit bermujahadah itu tapi yakinlah, perjalanan yang sukar pasti ada hikmahnya. Bersabarlah...
Biarkan Allah yang mengatur segala...
Semuanya akan baik-baik saja...
Semua Akan Indah Pada Waktunya...

Wednesday, November 10, 2010

.......KEAGUNGAN CINTA........

 

 FAIL! FAIL! FAIL!


Perkataan yang sama berulang kali ditatap Haziq Hakimi sepanjang setengah tahun berada di sebuah sekolah menengah berdekatan rumahnya itu.Semua 10 subjek yang diambilnya untuk Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun itu terbukti gagal segagalnya.

“Haziq,cikgu tak faham,kenapa awak boleh dapat result seteruk ni?Cikgu hairan sangat dengan awak.Ibu bapa awak berpelajaran,masing-masing ada pekerjaan,tapi kenapa awak jadi macam ni?Selalunya keluarga yang bermasalah boleh jadi seteruk ni.Tapi cikgu hairan bila perkara ni jadi dekat awak,boleh awak jelaskan?”tanya Cikgu Ahlam,salah seorang guru kaunselor di sekolah itu.

“Entah la cikgu.Sejak dua menjak ni,saya rasa malas sangat.Tak de langsung semangat nak belajar.Kadang-kadang jeles jugak tengok kawan-kawan dapat result tinggi-tinggi.Tapi saya sedar,saya tak belajar macam diorang,macam mana nak dapat tinggi kan.Erm…,”satu keluhan dilepaskan Haziq Hakimi.Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan.

“Walaupun keputusan awak teruk,cikgu yakin,dalam hati awak ada tersimpan semangat yang membara untuk memburu 10A1 right?”

“Erm..betul cikgu.Sape tak nak 10A1.Tapi cikgu…,”katanya terputus disitu.Wajahnya berubah muram,ditundukkan sedikit kepalanya menghadap lantai marmar di dalam bilik itu.

“Tapi apa Haziq?Cerita saja pada cikgu,luahkan saja,insyaAllah apa yang cikgu mampu bantu,cikgu bantu.,”pujuk Cikgu Ahlam

Kata-kata Cikgu Ahlam membuat Haziq Hakimi rasa percaya dan yakin untuk menceritakan masalahnya itu.

“Saya ada penyakit.”jawab Haziq Hakimi tenang.

“Penyakit?Awak sakit apa Haziq?Teruk ke?,”tanya Cikgu Ahlam cemas.

“Erm..teruk cikgu…dulu tak teruk macam ni,tapi masuk saja form five, penyakit ni bertambah teruk.”tambah Haziq Hakimi lagi.

“Dah pergi jumpa doktor?Mak ayah awak tahu tak?”

“Erm..doktor pun tak dapat ubat sakit saya ni cikgu.Mak ayah saya tak tahu pun.Saya tak pernah cerita.,”luah Haziq Hakimi puas.

“Ya Allah,doktor pun tak dapat tolong?erm..awak sakit apa ni Haziq?,”tanya Cikgu Ahlam ingin tahu.

“Erm…erm…penyakit ‘M’ cikgu…,”jawab Haziq Hakimi tersekat-sekat menambahkan debaran Cikgu Ahlam.

“Malaria?Maag?Masuk angin?,”

“Hehe..cikgu ni,kelakar la..hihi..,ada pulak masuk angin…”Haziq Hakimi tersengih-sengih melihat guru kaunselornya itu.

“Haih!Dengan penyakit pun boleh main-main.Budak ni…!,”luah Cikgu Ahlam geram.

“Hehe..relaks cikgu relaks…kihkih…,”Haziq Hakimi tidak tertahan tawa melihat telatah guru kaunselornya itu.

“Ye saya relaks…awak tu…sakit apa?Cikgu tunggu ni.,”

“Kalau saya cakap cikgu jangan marah ye…,”

“Buat apa saya nak marah awak Haziq,Allah yang beri penyakit kat awak.Cikgu hanya boleh bantu awak dalam pelajaran awak je.Ha,cakapla…,”

“Saya…ada penyakit…penyakit…M.A.L.A.S…yuhuuuuuuu…,lariiiiiiiiiiiiiiiii”pantas Haziq Hakimi berlalu meninggalkan bilik guru kaunselornya itu takut dimarahi.

Lama Cikgu Ahlam berfikir apa yang dieja Haziq Hakimi.

“Erm?Ma..las..apa!Ish,kena lagi.Budak ni tak habis-habis.Dah SPM pun masih nak main-main.,boleh dapat anugerah pelakon terbaik ni.Huh!Buang masa je layan budak sorang ni.”leter Cikgu Ahlam sendiri.

“Sabar je lah cikgu…,”sampuk Cikgu Ashikin dari luar pintu bilik Cikgu Ahlam bilamana melihat Cikgu Ahlam mengomel seorang diri.

“Oh Cikgu Syikin.Erm..bukan apa,ni dah kali ke 9,tahun ni saja saya terkena dengan budak kesayangan sekolah tu tau!Ish..geramnyer…,!,”luah Cikgu Ahlam tidak berpuas hati dengan sikap Haziq Hakimi.

“Sabarlah cikgu,cikgu kan guru kaunselor,so,kena lah layan je budak-budak ni.,”

“Tu lah,sebab saya fikir macam tu lah,saya layan je budak ni sorang.Macam-macam.Tapi kadang-kadang kelakar juga dia ni.Huhu.”cerita Cikgu Ahlam berterus-terang.

“Ha tuu..tengok,disebalik keburukan seseorang,ada kebaikan dia.Betul tak.”

“Ye betul tu.Dan,kadang-kadang kita tak menghargai seseorang itu bila dia berada di depan kita,tapi bila dia tiada,baru kita dapat merasai betapa bagusnya jika dia ada.

”Cikgu Ahlam memandang Cikgu Asyikin dan tersenyum manis.Mereka berlalu meninggalkan bilik itu untuk masuk ke kelas masing-masing kerana waktu rehat baru sahaja tamat.

Haziq Hakimi kerap dipanggil Cikgu Ahlam sejak dua tahun lalu kerana keputusannya yang teruk.Tapi tidak semasa dia di tingkatan satu dan dua.Dia terkenal dengan kecemerlangan dan kepetahannya dalam berkata-kata.Tapi sekarang,segala kelebihannya digunakan untuk mengenakan orang.Semua guru-gurunya sangat pelik dan hairan terhadap perubahan pelajar harapan sekolah satu ketika dulu.Mereka berharap,Haziq Hakimi dapat membantu menaikkan nama sekolah dengan mendapat 10A1 untuk SPM pada tahun itu,kerana itu,harapan sekolah itu diletakkan pada guru kaunselornya untuk mendalami masalah anak muridnya itu.

“Woi!Macam mana tadi?Teruk tak ko kena berleter dengan Cikgu Ahlam?,”tanya Aqil Naufal kawan sekelas Haziq Hakimi.

“Ok je bro.Aku kan pelakon lelaki terbaik..sebelum kena marah baik aku lari dulu.hohoho..”seloroh Haziq Hakimi.

“Ye la,ye la.Aku tahu,ko memang pandai berlakon.Wei bro…ermm..,”

“Apa?!Cakap je la.”,tanya Haziq Hakimi hairan dengan sikap kawannya itu.Dia mendongak sedikit kepalanya melihat muka Aqil Naufal yang tunduk ke lantai seperti telah melakukan kesalahan besar.

“Ko tak rasa menyesal ke masuk kumpulan kami?Ko tu pandai bro.Tengok sekarang,result ko dah teruk macam kami jugak.”luah Aqil Naufal berterus-terang pada kawannya itu.

“Apa ni bro.Relaks ar…belajar besar-besar nanti pun boleh.,”

“Erm..tapi…,”rasa bersalah menyelubungi dirinya bila melihat masa depan kawannya itu makin teruk kerana bercampur dengan kumpulannya dua tahun lalu.

“Dah…dah…!Ha,Cikgu kesayangan ko dah masuk tu.Dah jangan ungkit lagi benda-benda tu.,”elak Haziq Hakimi tanda tidak berminat mendengar luahan Aqil Naufal seperti itu.

“Huh…!,”keluh Aqil Naufal kecewa.

‘Aku sayang kat ko bro,sebab tu aku tegur.Jangan jadi macam kami.Ko tu dari keluarga baik-baik…,’Aqil Naufal bermonolong sendiri.

Kecintaan pada kebaikan buat sahabatnya itu cukup tinggi walaupun kumpulan mereka selalu didenda kerana kerap melanggar undang-undang sekolah.Tapi sejahat mana pun seseorang itu, kebaikan pasti ada juga dalam dirinya.

***

“Aqil..ko nak pergi program tu tak?Program yang Cikgu Saiful cakap tadi tu?”tanya Haziq Hakimi ketika berjalan pulang ke asrama putera beriringan dengan Aqil Naufal. Tetapi soalannya berlalu tanpa jawapan.

“Aqil…aqillll…ooo Aqil....!Aqil Naufal bin Mohd Lutfi!.”jerkah Haziq Hakimi geram. Aqil Naufal tersentak akan jerkahan Haziq Hakimi.Mereka berhenti meneruskan perjalanan.Mereka mula bertentangan antara satu sama lain.Tiada riak rasa bersalah di wajah Aqil Naufal kerana membiarkan soalan Haziq Hakimi tidak berjawab.

“Kenapa dengan ko ni?Ada masalah keluarga ke?Putus cinta?Tak de duit?Atau ade orang buli kau?Cite kat aku sekarang.,”tegas Haziq Hakimi sambil memeluk tubuh memandang sahabatnya seperti seorang abang.

“Erm..tak de pape la.Aku penat.Aku balik dulu la ye.”jawab Aqil Naufal acuh tidak acuh dan terus berlalu meninggalkan Haziq Hakimi yang terpinga-pinga.

‘Ish,kenapa dengan budak ni sorang?Aku ada buat salah ke?Ha!Jangan-jangan dia merajuk sebab aku tak layan bila dia suruh aku tinggalkan geng diorang? Tapi..takkan la.Dulu beria sangat suruh aku join.’monolong Haziq Hakimi sendiri.

“Ha..tu dia saksi pertama.Boleh jadi mereka tahu kenapa Aqil jadi macam tu.Haris,Azim,Paan!Sini jap.,”

“What?!”balas Haris.

“Sini la kejap!.”

“Why you call call me ha? I want to mandi-mandi ni,”balas Haris lagi.

“Ish tak habis-habis dengan bahasa rojak kau tu! Kalau nak speaking tu betul-betul la.Ha ni,aku nak tanya,korang tau ke nape tibe-tibe je Aqil tu berubah jadi pendiam ha?”

“We don’t know la.Kami dah tak rapat macam dulu.Sejak ko masuk group kami,dia dah jarang lepak-lepak ngan kami.But,we don’t care la.,”

“A’ah,aku pun perasan jugak.Tapi,memang betul la macam yang Haris ni cakap.Kami dah jarang sangat lepak sekali.,”sampuk Paan pula.

“Entah-entah ko ade wat ape-ape yang buat dia marah tak…Ko minat pacar dia kot.Ha…ngaku-ngaku..,”tuduh Azim sambil menggerak-gerakkan jari telunjuknya pada muka Haziq Hakimi.

“Ish!Merepek lah korang ni.Macam korang tak kenal si Aqil tu.Dia tu kan tak de pacar yang khusus.Semua pelajar perempuan kat sekolah ni pacar dia.Kalau boleh dengan cikgu-cikgu perempuan sekali jadi pacar dia.Tapi-tapi kan,lepas dia jadi murung macam ni,semua pacar dia yang tegur tak dilayann...,hahaha kesian duh….hahaha…,”cerita Haziq Hakimi penuh semangat tentang perubahan sahabatnya itu.

“Iye?Pelik-pelik.Ermm..why ye?I don’t know la beb.What I know,I want to mandi-mandi…huhu..bye…nice to meet you…hahaha…,”seloroh Haris sambil melambaikan tangannya dan berlalu dari situ.

“Ok kami balik dulu,ada ape-ape bagi tahu la ye.,”kata Paan dan Azim pula.

“Okeh!Wei Harissssssss… pi la mandi-mandi tuu,jangan mandi kobau sudah…!,”jerit Haziq Hakimi mengusik Haris yang makin jauh dari tempatnya berada.

‘Macam-macam,ada ke nice to meet you,macam pertama kali jumpa pulak.Piirah,nak speaking konon.kihkihkih…,’ngomelnya dalam hati.

“Ish..penyiasatan aku masih belum selesai ni.Erm..baik aku p tanya dia depan-depan terus,kan senang..ape la aku ni.Aku akan paksa dia sepertimana yang Cikgu Ahlam selalu paksa aku cerite,haa…tentu menjadi lah…,”Haziq Hakimi nekad untuk terus bertanya menggunakan cara-cara seperti guru kaunselornya untuk memberi kaunseling kepada sahabatnya itu.

“Abang…abang…!”jerit seorang pelajar tingkatan satu sayup di depan .

“Abang…!Cepat…Abang Aqil…!,”jeritnya lagi seperti dalam ketakutan.

“Abang Aqil?Kenapa?Kenapa dengan abang Aqil?,”cemas Haziq Hakimi melihat riak wajah adik satu Aspura dengannya dan Aqil Naufal itu.Jantungnya berdebar kencang seperti ada sesuatu perkara buruk yang terjadi.

“Abang Aqil…,huh,ya Allah penatnya.Abang cepat…!”termengah-mengah pelajar tingkatan satu itu berlari-lari mendapatkan Haziq Hakimi. Pelajar itu menarik-narik tangan Haziq Hakimi supaya bergerak lebih cepat untuk sampai ke tempat kejadian.

“Ya Allah…Aqil…!,”jerit Haziq Hakimi terkejut melihat sekujur tubuh di atas tilam,teman yang sangat dikasihinya sejak dua tahun lalu. Wajah sahabatnya yang pucat lesi,kebiruan serta kaku.Tidak pernah Haziq Hakimi melihat Aqil Naufal sekaku itu.Akhirnya air mata kelakiannya gugur juga.Tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan tubuh itu.Pantas Haziq Hakimi merangkul sahabatnya erat dipangkuannya.

“Ya Allah…Kenapa dengan kau Aqil?Kenapa kau buat macam ni.Aku kan ada.Kalau ada masalah,cerita dekat aku. Bangun Aqil…Bangunlah..!,” tangisannya makin memuncak.Beberapa teman seasramanya menepuk-nepuk lembut bahu memberi sokongan padanya. Beberapa minit kemudian,dua jururawat lelaki masuk dan mengangkat tubuh yang lemah itu masuk ke dalam ambulans.Haziq Hakimi hanya memandang dan rasa bersalah pada diri sendiri kerana membiarkan sahabatnya itu memendam masalah sendirian sehingga bertindak membunuh diri dengan melemaskan diri di dalam kolah asrama.

***

Sahabatku Haziq Hakimi bin Abdul Latif…. tika sahabat sedang membaca surat ini,tika itu saya sudah tiada di bumi Malaysia.. Saya dan keluarga pergi menunaikan umrah… Saya ingin betul-betul bertaubat dan memohon,berdoa,mengharap,merayu pada Allah Yang Satu supaya ampuni segala dosa-dosa saya yang lalu sebelum malaikat maut menjemput saya…
Saya menyesal atas tindakan saya pada hari itu.Saya rasa tertekan sangat masa itu.Saya rasa saya patut mati lebih awal supaya sahabat tidak terpesong ke jalan yang salah.Maha Suci Allah,Allah memberi peluang pada saya untuk bertaubat dan meneruskan hidup baru.Kerana itu bukanlah cara penyelesaian terbaik,mungkin dalam fikiran kita yang cetek,kita fikir dengan bunuh diri kita lepas dari dunia,tapi kita tak berfikir apa azab yang menunggu di syurga …Itulah saya dulu.Astaghfirullah…
Saya sudah berbincang dengan keluarga, kami akan berpindah ke Kelantan kerana ayah saya terpaksa bertukar ke sana,dan saya akan mengambil SPM di sana saja.Sebenarnya sahabat,saya ingin memohon maaf atas segala kekhilafan saya terhadap sahabat.Saya rasa sangat bersalah dan rasa amat berdosa kerana telah membawa sahabat kedalam hidup yang penuh sia-sia dan tiada tujuan.
Sahabat… Kembalilah…kembalilah sahabat seperti dahulu… Saya sedar sekarang wahai sahabat… Tika mana saya diserang penyakit yang menjadi takutan ramai umat manusia ini, Saya tersedar,bahawa setiap detik kehidupan ini sangat sangat berharga…
Saya menghidap barah otak wahai sahabat… Saya hajat doa sahabat dan rakan-rakan lain supaya saya tabah meneruskan hidup ini sebelum meninggalkan dunia ini…
Sahabat ingatlah…segala apa yang kita lakukan di dunia ini hanya kerana satu saja… Hanya kerana Allah… Hanya kerana Allah,wahai sahabat…
Gunakanlah sebaik-baik waktu yang sahabat ada untuk meneruskan hidup sahabat disamping mendapat redha-Nya… Janganlah jadi seperti saya, baru nak menyesal… Saya sayang sahabat kerana Allah… Sebab itu saya menulis ini wahai sahabat…
Banggalah kita menjadi hamba Allah,kerana Dia sentiasa menjaga kita.. Dia sentiasa memelihara dan memberi rezeki pada kita, Padahal sepatutnya kita sebagai hamba-Nya yang hina lagi kerdil ini yang menjaga Allah… Bagaimana? Dengan patuh pada –Nya. Melakukan segala yang disuruh Allah,dan meninggalkan segala laranganNya.
Tapi… Tapi kita sendiri lihat di dunia ini, Apa jadi wahai sahabat? Saya sedih sahabat..sedih kerana tidak mempunyai masa yang lama untuk membantu agama Allah ini…. Membantu sahabat-sahabat kita yang lain untuk dekatkan diri pada Allah S.W.T.. Untuk menyebarkan dakwah pada umat manusia ini…
Saya yakin dengan empunya nama Haziq Hakimi… Saya yakin sahabat mampu membantu meneruskan dakwah Rasulullah S.A.W… Sahabat… Janganlah mengikut jejak langkahku yang dulu, Janganlah mempercayai cinta wanita yang ada disekeliling dengan mudah… Sesungguhnya wanita itu fitnah terbesar di akhir zaman,itulah pesan Nabi kita wahai sahabatku…
Carilah cinta Allah sahabat… Cinta Allah membahagiakan… Cinta Allah tidak mengecewakan… Cinta Allah tidak melalaikan…
Saya tinggalkan lirik lagu dari kumpulan StarFive ini pada sahabat… Jika ada masa,carilah lagu ini,dan sebarkanlah dakwah melaluinya di sekolah kita… Ada rezeki kita bertemu kembali…insyaAllah… Sama-sama kita bermuhasabah…
Satu Cinta
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan ....
selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

JAGALAH ALLAH, ALLAH MENJAGAMU…
Sahabatmu, Aqil Naufal bin Mohd Lutfi.


Kedengaran suara tangisan Haziq Hakimi semakin meninggi memecah kesunyian ruang asrama putera itu.Surat yang di bacanya di lepas perlahan. Haziq Hakimi tidak dapat menerima kawan baiknya itu berada di situasi yang sangat membahayakan.Dan dia terharu kerana Aqil Naufal sangat menghargainya selama mereka berkawan dan menasihatinya supaya kembali ke jalan yang benar.

Pelajar-pelajar seblok dengan Haziq Hakimi,mendekatinya.Mereka memujuknya dan dan mengambil surat yang dilepaskan Haziq Hakimi untuk mengetahui isi surat yang dibaca Haziq Hakimi yang menyebabkan dia menangis sebegitu rupa.Semua pelajar-pelajar itu tidak dapat menahan kesedihan,dan mereka turut sama menangis.Suasana penuh hiba menyelubungi blok itu.

***

“Okeh semua,semua dah confirm akan pergi program hujung minggu ni?Ada yang tak jadi ke?Atau ada apa-apa soalan tentang program tu?,”tanya Cikgu Saiful mesra.

“Cikgu,Sabtu dan Ahad ni ek?,”tanya Azim tersengih-sengih.

“Haih..awak ni Azim,tadi cikgu terangkan satu-satu,telinga awak tu duk mana hah?!Bila kawan-kawan?Sabtu dan Ahad ni ke?...”tanya Cikgu Saiful pada pelajarnya yang lain.

“Ya…,”serentak pelajar-pelajar di kelas Tingkatan 5 Marjan menjawab.

“Kumpul pukul berapa?”

“8pagi…,”

“Haa…bagus…dengar tu Azim..jangan nak datang lambat pulak nanti…,” Cikgu Saiful mengingatkan.

“Baik cikgu…heee…,”jawab Azim tersipu malu.

“Lagi ada soalan lain?”

“Erm..cikgu…program ni tentang apa ye?,”tanya Haziq Hakimi sopan.

Semua kagum dan hormat dengan perubahan Haziq Hakimi.Isi surat Aqil Naufal sudah tersebar keseluruh sekolah itu.Semua memahami situasi Haziq Hakimi ketika ini.

“Baik…program ni diberi nama ‘Cinta Hakiki’…khusus untuk student form five je.Penceramah-penceramah yang dijemput juga bukan calang-calang orang,semua hebat-hebat.Jangan lepaskan peluang ni.Jarang sekolah kita dapat buat program macam ni.Okeh,berbalik pada soalan Haziq,kita tengok tajuk dia, CINTA HAKIKI,apa yang terbayang di minda kita?Hafiz?,”uji Cikgu Saiful.

“Cinta sejati cikgu..Macam Siti dan Datuk K…,”jawab Hafiz jujur.

“Suhaila?Awak rasa tentang apa?,”

“Cinta dekat ibu bapa kot…,”

“Fuad?,”

“Ermm..erk...entah cikgu,tak tau..hehe..,”

“Haih,semua salah…lagi-lagi si Fuad ni,belum apa-apa memang dah salah jawapan dia.”

Kedengaran ketawa dari rakan-rakan pelajar yang lain.

“Baiklah,cinta hakiki,adalah cinta yang sebenar,bukan dengan makhluk,tapi cinta kita pada Tuhan kita…Siapa Tuhan kita…?”

“Allah….,”jawab pelajar 5 Marjan serentak.

“Cikgu..nanti saya nak jumpa cikgu…,”minta Haziq Hakimi.

“Oh boleh,masa rehat nanti,awak datang bilik saya ye…”sambut Cikgu Saiful tanda hormat.

“Baik cikgu…terima kasih..,”balas Haziq Hakimi lega.

“Okey ,jadi macam mana dan apa kelebihan cinta Hakiki? Tunggu hujung minggu ni ye…baiklah,cikgu keluar dulu…Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…”

***

Keadaan di dalam dewan besar sekolah menengah pada malam itu sunyi sepi setelah selesainya slot terakhir program ‘Cinta Hakiki’ beberapa minit lalu oleh Ustaz Shah.Semua pelajar-pelajar tingkatan lima serta Pengetua,guru-guru dan penceramah-penceramah jemputan setia menanti program seterusnya,yang mana ditulis di dalam tentatif program sebagai slot Khas Satu Cinta.Semua tertanya-tanya tentang slot khas itu.

Tiba-tiba lampu di dalam dewan di matikan di bahagian penonton dan difokuskan pada seseorang di atas pentas.

Keadaan di dalam dewan menjadi riuh-rendah…

Tiba-tiba lampu di dalam dewan di matikan di bahagian penonton dan difokuskan pada seseorang di atas pentas.

Keadaan di dalam dewan menjadi riuh-rendah… Mereka mengenali susuk tubuh seorang lelaki di atas pentas itu, Pelajar cemerlang suatu masa dahulu,dan juga pemberi masalah pada sekolah juga pada suatu masa dahulu,dan kini…dia sudah berubah kerana sekeping warkah…

Suasana kembali sepi… Semua mata tertumpu pada susuk tubuh itu… “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…saya meminta maaf kerana mengambil sedikit waktu guru-guru dan kawan-kawan pada malam ini.Saya harap saya dapat menunaikan suatu amanah dari seorang sahabat yang saya sangat hormati dan kasihi.Moga segala kata-kata saya juga pada malam ini,diberkati Allah Ta’ala.

Kita semua sudah mendengar tentang apa itu cinta hakiki,kita sudah tahu apa itu cinta Allah,kita sudah faham bagaimana untuk menggapai serta mengejar cinta-NYa,jadi kawan-kawan,apakah tindakan kita selepas ini?Adakah selepas ini,kita balik ke dorm dan tidur,selepas tu bangun pagi,mandi,dan pergi sekolah seperti biasa?Adakah kita tidak dapat apa-apa melalui program ini?Hanya datang kerana tuntutan sekolah? Adakah itu yang patut kita buat selepas kita tahu apa itu cinta Allah???!

Adakah kita semua tahu kenapa kita perlu pada cinta Allah? Kenapa?Kita sangat-sangat memerlukan cinta Allah kawan-kawan …Pertama,ia memenuhi fitrah cinta kita sebagai manusia.Ia dapat mengelakkan cinta tidak halal antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram,cinta Allah tidak mengecewakan.Kita lihat sendiri,jika si A seorang lelaki,dan mempunyai tiga kekasih,iaitu si B,si C dan si D.Apa yang berlaku jika si B tahu si A ada kekasih lain?Pasti dia mengamuk kan?Pasti dia cemburu kan?

Cuba kita lihat di sini bezanya,si A cintakan Allah,tapi dia juga mengajak si B,C,D serta semua makhluk yang ada untuk bercinta juga dengan Allah S.W.T yang mana sangat dia cintai…Kita dapat lihat bezanya dengan jelas kan?Situasi pertama,kita tak nak cinta kita dikongsi,tetapi berbeza pada situasi kedua,kita menyeru serta mengajak semua mencintai Allah,yang kita sangat cintai.Tiada langsung rasa cemburu di hati kita.

Cinta Allah itu tidak mengecewakan,cinta Allah itu membahagiakan…Kerana cinta Allah juga,kita akan buat apa saja yang Allah suka,kita tidak akan mendekati kejahatan,kita tidak akan mendekati maksiat,jiwa kita akan sentiasa rasa tenang,kerana hati kita sentiasa berhubung dengan Allah dimana saja kita berada.Subhanallah…hebatnya cinta Allah.Engkau satu cinta yang selamanya ku cari…”luah Haziq Hakimi lancar dengar suara yang sayu menyentuh hati-hati yang berada di dewan itu.

Tidak berapa lama selepas itu,LCD dinyalakan dan ditayangkan video lagu Satu Cinta dan diiringi nyanyian dari kelas 5 Marjan dan diketuai oleh Haziq Hakimi. Serentak dengan itu,guru-guru bangun tanda bangga dengan pelajar-pelajarnya serta diikuti oleh semua pelajar yang lain memberi penghormatan pada persembahan itu.Semua jiwa-jiwa yang menyaksikan persembahan itu tersentuh dan terkesan ke hati sehingga ada yang teresak-esak,terutama di bahagian pelajar perempuan.Persembahan itu telah diberi tepukan yang paling gemuruh dari semua yang menyaksikan.

***

Kringgg…. Loceng berbunyi menandakan tamat sudah Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun itu.

“Macam mana, paper last kan?”tanya Cikgu Saiful.

“A’ah paper last cikgu,Alhamdulillah.Allah izin apa yang saya tumpu masuk.Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar cikgu selama ni.Saya meminta maaf sangat sebab banyak buat masalah pada cikgu dan sekolah selama menuntut di sini.”jawab Haziq Hakimi dengan nada kesal.

“Haziq,itu dulu,biasalah cikgu faham,sebagai pelajar ada rasa dia ingin bersuka-suka,belum masanya untuk fikir masa depan,katanya lambat lagi,enjoy dulu,betul tak?Tapi Alhamdulillah,Allah itu sayang pada awak Haziq,sekarang awak pelajar contoh sekolah kita,moga awak berjaya dalam apa jua bidang yang awak ceburi ye Haziq.”

“Terima kasih cikgu,doakan saya istiqamah,saya takut saya tidak kuat bila mana kaki saya keluar saja dari sini nanti.Nau’uzubillah.”

“Erm..rasa takut itu bagus,baru kita akan sentiasa ingat Allah dimana saja kita berada.Ingat tak,apa kata Aqil Naufal?Jagalah Allah,Allah menjagamu.Jadi,jagalah segala tindak-tanduk dan patuh pada setiap arahan Allah,dan pasti Allah akan menjaga kita,memelihara kita dan menjauhi kita dari apa yang tidak kita ingini berlaku walau di mana saja kita berada.Banyak-banyakkanlah kita berdoa ye Haziq…”

“Ya betul tu cikgu,Terima kasih cikgu.Saya minta diri dulu ye cikgu.Nak kemas barang.”

“Baiklah.Tapi ingat pukul dua ,pengetua nak jumpa semua pelajar dekat dewan ye.”

“Oh ye tak ye.InsyaAllah cikgu.”

“Okeylah pergilah kemas barang dulu.Assalamu’alaikum.”

“Baik cikgu,Wa’alaikumussalam warahmatullah.,”

Baru beberapa langkah Haziq Hakimi bergerak menuju ke asrama putera,tiba-tiba…

Terdengar suatu suara menyapanya dari belakang…

“Sahabatku…Haziq Hakimi bin Abdul Latif…”suara perlahan kedengaran.

‘Erk..Aqil Naufal?Tak mungkin..’monolong hati Haziq Hakimi. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang…

“Subhanallah…Aqil Naufal?”,Haziq Hakimi terharu melihat perubahan kawan karibnya itu.Seraut wajah suci di depan mata,berjubah serta berkopiah sangat berlainan dengan penampilan Aqil Naufal yang dulu.

Mereka berpelukan penuh kerinduan,ukhwah kerana Allah S.W.T tersangat indah.Mereka saling bercerita kisah hidup masing-masing semasa menempuh hidup tanpa sahabat disisi.Ahli keluarga Aqil Naufal juga turut hadir di situ mengikut keinginan anak mereka untuk melawat sekolah menengah kesayangannya untuk kali terakhir sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir bila-bila masa sahaja.Mereka tidak mahu menghampakan permintaan Aqil Naufal dan sanggup datang jauh dari Kelantan untuk ke sekolah itu yang berada di Selangor. Peperiksaan Aqil Naufal telah habis lebih awal dari Haziq Hakimi kerana dia tidak mengambil subjek Sains seperti Haziq Hakimi.

Ketika pertemuan bersama pengetua,Aqil Naufal dan Haziq Hakimi telah dijemput naik ke pentas.Haziq Hakimi diminta oleh pengetua untuk memberi sumbangan khas yang dikutip oleh sekolah kepada Aqil Naufal.Ibu bapa Aqil Naufal terharu dengan rasa keprihatinan yang diberikan oleh sekolah kepada anak mereka.

“Terima kasih kepada cikgu-cikgu,kawan-kawan juga tidak lupa di sini,kepada ibu bapa serta adik-beradik saya yang sentiasa menyokong saya di mana juga saya berada.Terima kasih,saya sangat menghargai,hanya Allah saja yang dapat membalasnya,kerana saya tidak mampu untuk membalas jasa kalian yang sangat bernilai itu.Cikgu,saya ada satu permintaan.Izinkan saya dendangkan lagu Satu Cinta cikgu…”

“Ye persilakan.”sambut pengetua hormat.

“Terima kasih cikgu.Saya tujukan lagu ini untuk semua pada hari ini,saya ingin menyanyikan lagu ini bersama sahabat saya Haziq Hakimi,serta semua warga sekolah ini.Saya harap sangat semua dapat menyanyikan lagu ini bersama-sama.Moga ini menjadi kenangan terindah saya selama saya hidup di dunia ini.Terima kasih buat Cikgu Saiful yang menawarkan diri untuk menolong saya, menunaikan impian saya pada petang ini dengan memasangkan CD lagu ini.Video ini telah saya create kan sendiri,gambar-gambar di dalamnya adalah ketika saya serta keluarga sedang mengerjakan umrah,dan lagu ini berlatar belakangkan lagu Satu Cinta.Diharap lagu ini bukanlah semata-mata lagu,tapi menjadi salah satu proses kita untuk muhasabah diri kita.Moga cinta utama kita semua adalah hanya untuk Allah S.W.T… ”ucap Aqil Naufal ikhlas.

Tika sampai rangkap korus,tiba-tiba Aqil Naufal jatuh terlentang di atas pentas.Semua yang berada di dalam dewan tergamam.Suasana menjadi kelam-kabut.

“Aqill,bangun qil…jangan tinggalkan saya qil..,”tangis Haziq Hakimi. “Mengucap qil…mengucap…asyhadu’alla ila ha illallah…,”sambung Haziq Hakimi membantu Aqil Naufal mengucap sebelum ruhnya berpisah dari jasad.

Ibu bapa Aqil Naufal segera mendapatkan anaknya,tetapi Allah lebih sayangkannya. Selesai saja Aqil Naufal mengucapkan syahadah,matanya tertutup rapat. Dia meninggal dengan tenang.

Disamping itu,lagu ‘Satu Cinta’ serta video yang ditayangkan masih dimainkan,menghabiskan baki nyanyian Aqil Naufal sebentar tadi menyebabkan seluruh warga sekolah itu menangis tersedu-sedan melihat kejadian itu di depan mata sendiri sambil iringan video muzik syahdu arwah.

Sehingga hari ini peristiwa itu menjadi kenangan terindah bukan saja untuk arwah Aqil Naufal seperti yang di sebutnya satu ketika dulu tapi juga buat Haziq Hakimi dan warga sekolah itu.Sekolah itu juga sudah makin banyak menganjurkan serta mendedahkan pelajar-pelajar mereka dengan ceramah-ceramah agama untuk mendekatkan mereka untuk lebih mengenali Allah S.W.T dan supaya mereka bangga menjadi hamba Allah kerana tiada siapa yang paling berkuasa serta yang paling agung dan layak disembah melainkan Allah S.W.T.Sesungguhnya cinta Allah tidak mengecewakan,rebutlah cinta Allah,itulah cinta hakiki.

~~~TAMAT~~~ 




diambil drpd IluvIslam