Wednesday, March 17, 2010

MAJLIS IHTIFAL DAN WALKATHON ASRAMA DARUL FALAH (ASDAF)

"Amal yg paling dikasihi Allah selepas yg wajib ialah memasukkan kegembiraan kedalam hati seorang muslim" HADITH RIWAYAT AT THABRANI.
Cuti semester baru-baru ni menjadi lebih bermakna jika pekerjaan yang kita buat itu sangat menyeronokkan.Btol kan? 2 hari 1malam di Asrama Darul Falah(Asdaf) dari 13-14hb Mac2010. Seramai 26 ahli dan pimpinan perkim dri UIAM Pj dan Nilai turun padang meraikan penghuni dan tetamu di asdaf dibawah Majlis Ihtifal dan walkathon di sana.

Apa itu ASDAF?
Asdaf ni ialah satu daripada pertubuhan dibawah PERK
IM. Ia menepatkan seramai -+ 50org pelajar dari pelbagai peringkat umur-7-17 tahun, yang telah dipilih dari kampung2 pedalaman, anak-anak yatim dan orang asli. Kebanyakan mereka adalah dari Pahang, Perak dan selebihnya dari negeri-negeri lain-semenanjung Malaysia. Selain NGO yang tertera diatas tu, banyak lagi jabatan, kementerian yang support asdaf ni. Mereka banyak support pelajaran, permakanan dan penginapan mereka-pelajar-pelajar asdaf.Kembali kpd majlis ihtifal dan walkhaton td. Majlis ni bermula/berlangsung pada sebelah malam 13hb sehingga 14hb.

mlm 13hb:

- Ucapan Pengerusi Asdaf
- Nasyid- Hafazan
- Drama
- Tilawah Al- Quran
- Anugerah kecemerlangan Pelajar

siang 14hb:
- Larian

- Sukaneka
- Ucapan penutup
- Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

- Bersurai
Ucapan oleh Ketua Pengarah Asdaf
akak uia bersama adik-adik asdafsukaneka
sukaneka(lambung sayang)
Kami committee dari uia ditugaskan utk bantu2 meringankan bebanan tugasan sukarelawan disana. Skop tugasan kami lebih tertumpu pada sukan pada siang hari 14hb tu. Dengan cuaca yg panas2 berair, alhamdulillah kami dapat kawal sepenunya program bermula larian(walkhaton) pada jam 7.30 pagi hingga aktiviti sukaneka di ptg hari.

Bekerja dgn sahabat2 yg peramah ni mmg seronok, bnyk bende yg lucu dan yg perlu dipelajari. Usrah pun sempat dbuat time2 nak balik, mgnai "couple!"-pedas. Diakhir program, dilksankn majlis penyampaian hadiah dan cabutan brtuah. Suka tngok adik-adik yg happy bila dapat hadiah. Cabutan brtuah pulak, hadiah grand tv pensonic dimiliki Nurain- s/u perkim uiapj skrg. Committee2 lain juga bertuah membawa pulang hamper dan hadiah2 lain. Sangat seronok.

Hadiah dan barangan program banyak disponser oleh agensi2 luar dan persendirian.Terima kasih dan Alhadulillah.

Next program, ke Perkampungan Orang Asli d Perangkap-bleh naik bot.

Tuesday, March 9, 2010

.:: JALINAN KASIH 5 ::.

LAPORAN
JALINAN KASIH 5
KELAB PERKIM PUSAT ASASI UIAM


'Kasih Terbina, Ikatan Terjalin'
SALAM 'ALAIK...

Buat yang ternanti-nanti laporan Jalinan Kasih yang telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Pantos, Pahang baru-baru ini,,haaa,,,silalah baca...^_^

walaupun agak keterlewatan kerana beberapa masalah teknikal,jangai risau,,laporan ini akan di'post' juga....baca, jangan tak baca...^^,

Alhamdulillah, baru-baru ini, Kelab PERKIM Pusat Asasi UIAM telah mengadakan program dakwah orang asli yang diberi nama JALINAN KASIH 5 bermula dari 25 hingga 28 Februari 2010 yang lalu. Program ini telah diadakan di Kampung Pantos, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Program yang diadakan buat kali ke-5 ini telah disertai oleh 39 orang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM PJ, UIAM Nilai, UIAM Gombak). Program ini telah mendapat kerjasama dan sumbangan daripada Jabatan Aktiviti Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya (STAD CFSIIUM), PERKIM Kebangsaan, PERKIM Pahang, Yayasan Taqwa dan Muslim Aid.

Bertemakan 'Kasih Terbina, Ikatan Terjalin', tayar bas UIAM mula bergolek lebih kurang pukul 3.30 petang selepas selesai menerima taklimat daripada En. Mat Nor atau lebih senang dipanggil 'abah' oleh para peserta di musolla Mahallah Fatimah Az-zahra. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam untuk tiba di Raub. Setibanya di Raub, semua peserta solat asar dan makan malam di Masjid Raub sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Pantos. Pada jam 7.00 petang, kami meneruskan lagi perjalanan ke Kampung Pantos. Satu jam kemudian (selepas melalui jalan yang gelap tanpa lampu jalan, berbukit-bukit, dan berliku-liku), kami akhirnya tiba di Kampung Pantos. Untuk betul-betul memasuki kampung tersebut, kami terpaksa berjalan dengan ditemani cahaya bulan dan lampu suluh dan kami merentasi jambatan gantung sebelum tiba di penempatan mereka. Alhamdulillah, kedatangan kami disambut mesra oleh penduduk Kampung walaupun hari sudah menjelang malam. Aktiviti kami yang pertama ialah mengemas barang-barang yang dibawa dan penyediaan untuk sarapan keesokkan harinyanya.
Para peserta tiba di Kampung Pantos
Sibuk memunggah barang-barang sebelum berjalan kaki untuk memasuki kawasan perkampungan kampung Pantos
Kami mulakan hari pertama kami dengan solat subuh berjemaah dan sedikit pengisian hati agar niat kami untuk berdakwah di Kampung Pantos dan menimba pengalaman baru diberkati Allah.
Kami berpeluang untuk beramah mesra bersama penduduk kampung dengan menghantar sarapan pagi kepada penduduk kampung dari rumah ke rumah.
berat tol la mee nyh...seb bek sedap...huhuuu

mari3...sape nak mee lagi....sodap nyh...

Hari pertama yang jatuh pada Hari Jumaat di sana bagaikan satu rahmat bagi setiap peserta kerana kami dapat menyambut Maulidur Rasul bersama penduduk Kampung Pantos. Sambutan Maulidur Rasul adalah program khas bagi Jalinan Kasih pada kali ini. Mengikut perancangan, kami sepatutnya melakukan solat Jumaat di Kampung Pantos. Akan tetapi, disebabkan para jemaah yang tidak mencukupi, solat Jumaat ditukarkan kepada solat Zohor berjemaah.

Para hari ini juga, para peserta berpeluang belajar memasak nasi di dalam buluh dan berpeluang masak bersama-sama penduduk kampung. Alhamdulillah, penduduk Kampung Pantos semuanya 'sporting'.

carik2 daun...nak masak nasik lam buluh...(ni daun ape yek..)

sesi masukan beras dalam daun..
sedia untuk dibakar...
yey...da cyap dah nasi lam buluh...sedap nyh...yummy.... ^_^
ni pengacau ke,, "pengacau"...heeee

angkat,,jangan tak angkat...
kacau pulut kuning bersama orang kampung...

Pada hari ini juga kami menerima beberapa kunjungan rasmi daripada beberapa orang tetamu istimewa iaitu Tuan Hj, Hanif bin Harun selaku pengarah dakwah PERKIM Kebangsaan bersama isteri, wakil dari PERKIM Kebangsaan, wakil dari PERKIM Pahang dan penasihat kelab PERKIM Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ustaz Wan Ahmad Rahiman bin Wan Husain. Pada sebelah petang kami mengisi kekosongan dengan menyertai kanak-kanak Kampung Pantos bermain. Secara tidak langsung,kami mengeratkan lagi hubungan bersama penduduk kampung.

Pada sebelah malamnya, kami menjemput penduduk kampung untuk bersama-sama kami meraikan Maulidur Rasul dengan berselawat keatas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Kemudian, wayang pacak dipasang untuk tatapan seluruh penduduk kampung. Sebelum semua peserta beristirehat, ‘postmortem’ diadakan untuk mengimbau dan meneliti kembali kelemahan aktiviti sepanjang satu hari di sana. Peserta juga diberi penerangan tentang aktiviti pada esok harinya bersama para penduduk kampung.

Keesokkan harinya, selepas selesai sarapan pagi, kami memulakan aktiviti sukaneka. Banyak pertandingan yang dipertandingkan. Sukeneka mendapat sambutan dari penduduk kampung tidak kira kanak-kanak, muda-mudi mahupn ibu bapa. Para peserta juga turut serta bermain bersama-sama peduduk untuk memeriahkan lagi suasana. Secara tidak langsung, hal ini dapat menjalinkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung dan para peserta. Pada sebelah petang juga diadakan sukaneka dan lawatan dari rumah ke rumah. Banyak perkara tentang kehidupan penduduk yang dikongsikan bersama para peserta. Pada sebelah malam, satu pengisian hati telah diadakan. Aktiviti dengan penduduk kampung berakhir dengan solat Isyak secara berjemaah dan tayangan gambar. Selesai aktiviti rasmi pada hari kedua, semua peserta berkumpul untuk ‘postmortem’ dan taklimat untuk hari esok.

(,") sekitar sukaneka (",)




28 Februari adalah hari terakhir program kami di Kampung Pantos. Kami menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Pada sebelah pagi, kami mengadakan gotong-royong di sekitar kampung. Selesai gotong-royong, semua penduduk kampung dijamu dengan sarapan pagi. Selepas itu, kami mengadakan majlis penyampaian hadiah sukaneka kepada penduduk kampung dan majlis penutup Jalinan Kasih V dengan mendengar ucapan daripada Pengarah Program,Tok Batin dan wakil PERKIM Kebangsaan.


_Majlis Penutup_


Sebelum pulang, para peserta mengagihkan sumbangan yang terakhir kepada penduduk kampung. Kami sempat mengambil beberapa keping gambar dengan penduduk kampung sebagai kenangan.


Kami bertolak pulang dari Kampung Pantos pada pukul 1.30 petang dengan menaiki bas. Kami dihantar oleh penduduk kampung dengan harapan agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Semoga usaha kecil ini mampu mendekatkan diri peserta kepada kehidupan penduduk kampung orang asli dan ingin terus kekal pada jalan dakwah ini, Insyallah.


Sekian sahaja laporan Jalinan Kasih~~


<<<<<<>>>>>>

MAJLIS IKHTIFAL DAN WALKATHON ASRAMA DARUL FALAH (ASDAF)...

~~~ NANTIKAN ~~~