Tuesday, April 20, 2010

Program Mahabbah Saudara Muslim Cina.

Semalam skali lagi ahli PERKIM Club CfsIIUM berprogram, *macam takde keje lain je kan.*Tapi kali ni bukan dengan orang melayu, bukan dengan orang asli tapi dengan orang cina. *Cina Muslim.* Ni program pegawai PERKIM Pusat, Ustaz Farhanyang mengajak kitaorg untuk merasai kelainan bergaul dengan muslim yang berbangsa lain. Program ni di Masjid Al-Muhsinin, Kelang Lama. Seramai 5 sisters dan 3brothers, kami berjaya sampai dari uia ke Pusat tepat waktu yg dijanjikan.8.30pagi. Berbekalkan surat, dapat jugak keluar jam 7pagi dari u yang ketat pengawasan tu*time kuar sbnar 9a.m*. Nak-nak time tu, guard bermisai plak yang jaga pagar utama tu. Sampai Pusat, bas sedia menunggu, kami taaruf kjap dengan warga cina kat situ kmudian naik bas bertolak ke masjid.
Berchoral speaking, cina language.

Chef katanya didatangi dari china, demo buat mee.
thah,ain,syirah,lina,jhah.
fiqi,ustaz farhan,ki,marzuqi.

Liputan media.dlm kosmo pun ada.

Program ni kalau nak diikutkan lebih mcam family day time rafest festival di Masjid Kolej Malaya. Program bersama Mualaf, ada games ada ucapan, ada dialog dll. Tujuan program mahabbah bersama muslim cina ni adalah untuk merapatkan ukhuwah dengan penduduk di situ yang majoritinya cina. Baru-baru ni ada masalah di kawasan tu yang mana penduduk minta masjid al-muhsinin di*slow*kan volume azan. Tapi pihak jawi dah buat dialog dengan penduduk sana dan mereka paham. alhamdulillah. Program ni juga seperti program ke perkampungan orang asli, *follow up* untuk memberi info dan suntikan2 baru kpada saudara muslim cina disana.

Bila muhasabah balik, kita ni sangat2 perlu bersyukur pada Allah, pencipta kita kerana kita sudah dilahirkan dalam islam, agama yang agung, agama sang pencipta. *moga mereka saudara cina muslim istiqomah dlm islam.*amen.

Sumber: blog ahli PERKIM CfsIIUM.

Monday, April 19, 2010

Lawatan Biro Dokumentasi dan Penerbitan ke PERKIM Pusat.

Pada 16April 2010, Biro Dokumentasi dan Penerbitan (DnP) PERKIM Club CfsIIUM mengambil langkah terawal melawat ke PERKIM Pusat. Lawatan bertujuan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan Pusat agar dapat meyenangkan kerja-kerja kelab ini yang baru sahaja memiliki pimpinan baru. Tambahan pula, biro DnP juga sangat perlu berkait rapat (keep in touch) dengan Pusat dalam program-program yang dianjur mereka agar tidak ketinggalan. Malahan, soal penerbitan dan kesetiausahaan banyak boleh dipelajari melalui PERKIM Pusat.

"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."

Kembara Qaseh KLCC (KQK)



"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara 2 saudaramu (yg berselisih) dan bertawakallah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."
Al-Hujurat;10


*ampun dipinta atas ketidaksengajaan kesilapan informasi tentang program nie*




Pada 17hb April baru-baru ini, sisters PERKIM Club membuat suatu kelainan berusrah di KLCC. Program Kembara Qaseh KLCC ini brtujuan untuk merapatkan hubungan sisters perkim dan memperoleh ilmu.Malangnya,ramai sisters tak dapat mengikuti program nie ats sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.

'manusia merancang,Allah juga merancang..namun sesungguhnya perancangan Allah itu jauh lebih hebat'

Begitulah perancangan kami pada awalnya di Taman Tasik Titiwangsa,tapi akhirnya ke KLCC.Namun begitu,setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.Kami bertolak pada pkul 10.30 pagi dr UIA mngnakn kndraan awam.Semua sisters begitu teruja dengan program nie.

Sesampainya kami di KLCC,seperti yang dijanjikan kami disambut oleh 2 orang akak:kak Aini dan Kak Ada,yang akan mengetuai dan membimbing usrah kami.*k.Aini n K.Ada- guru sek.agama*.Antara aktivit yang sempat dilakukan:
-sesi taarufdan suai kenal
-pengisian rohani (man ana??)
-game beg beracun
-makan-makan

*sisters berusrah*
Diharapkan usrah dan program ini dapat diadakan lagi yang sememangnya banyak manfaatnya dr segi duniawi dan ukhrawi.Insha Allah.
p/s-next time, buat kat tempat lain pulak..=D
"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka pasti akan kami masukkan ke dalam golongan orang yang saleh."Al-Ankabut;9

Program Ke Perkampungan Orang Asli, Kampung Pantos, Pahang

"Dan hendaklah kamu satu puak menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.(ali-Imran:104)
*Bismillahirahmanirahim* Satu lagi Report satu Projek yang telah selesai dilaksanakan. Program Ke Perkampungan Orang Asli, Kampung Pantos, Pahang.Program kali ini*9-11april2010* lebih dikira follow up program la. Semuanya sama, maksudnya format aktiviti disana sebagai contoh beramah mesra dengan orang kampung, makan bersama mereka, masak bersama mereka, aktiviti sukan, berperahu cari pucuk paku, pengisian agama di malam harinya dll.Ramai sahabat2 lain tak dapat ikuti program kali ni, ada yang ada exam, ada yang tak dapat kelulusan parents, ada yang ada kerja di kg halaman sendiri. Betol kata pkcik md.Nor, Allah yang memilih antara kita untuk berdakwah dijalannya. Kali ni broMarzuqi dan kakAisyah lead untuk uruskan peserta dari UIA. Dan kali ini juga ramai yang nak pergi. Alhamdulillah, semua yg ready pergi dapat pergi walaupun hanya 2 kenderaan digunakan*muat* untuk 18 org+barang2 lagi. Percaya atau tak, kene percaya jugak. *Kun,fayakun.*


bagi makan kepada orang2 asli
Dapat naik bot lagi+kene pacat. Kali ni sebenarnya tak menggunakan bot pun untuk ke perkampungan tu. Tapi kami dapat naik bot ni bila nak ambik pucuk paku, pkcik Md. Nor minta 5 org *bro+sis* utk mencari ulam tu. Alhmdulillah, semua dapat pengalaman naik bot, kaklini yg kene pacat, kakfifah,kakida,hafiz dan firdaus.
lawatan & rehat minda di Cameron Highland
ni time bro2 di cameron highland
Ape yang best selepas itu, kami dapat makan angin seketika di Cameron Highland. Menikmati udara sejuk dan buah2an di sana memang suatu pengalaman yang manis skali. Kalau dulu dapat berkelah di Janda Baik, kali ni hadiah yg kami dapat di Cameron. Program seterusnya? Ke Kg. Harung dan kemudian Jengtel. Penyertaan utk program di kg. Harung full dah. Kg. Jentel blom dikhabarkan lagi, Maaf atas segala kekurangan dari pelbagai sudut. Mohon nasihat dari semua. *Moga Allah redha kerja kita.*

Sumber: Blog Ahli PERKIM Club

Wednesday, April 14, 2010

Kepentingan Berprogram Follow UP.


SESUNGGUHNYA Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun walau seberat zarah (debu) dan jikalau (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan mengandakkannya dan akan memberi, dari sisi-NYA, pahala yang amat-amat besar.
(An-Nisa' 39)

Kebajikan adalah sesuatu perbuatan yang baik dan membawa kepada kebaikan. Setiap individu Muslim berkewajipan untuk berusaha dan berlumba-lumba melakukan amalan soleh dan kebajikan serta menyegerakan untuk melakukan sesuatu tanpa ditangguh-tangguh.

Amalan kebajikan adalah sesuatu yang wajib dituntut untuk dilakukan sebagai manifestasi perhambaan kita kepada Allah s.w.t. Sehubungan dengan itu, antara tanggungjawab seorang mukmin ialah melaksanakan amalan kebajikan. Amalan kebajikan yang dilakukan oleh seseorang sebenarnya adalah untuk kebaikan dirinya sediri dan untuk memberi manfaat dalam kehidupannya.

Apabila seseorang itu bermuhasabah terhadap dirinya, maka dia akan menyedari betapa kehidupan di dunia adalah kehidupan yang memikul tanggungjawan. Seterusnya akan dipersoalkan di akhirat kelak sama ada tanggungjawab tersebut dilaksanakan atau tidak semasa kehidupan di dunia yang penuh anok duri ini. Dengan kekuatan yang sedia ada dan kekuatan luar biasa yang Allah s.w.t bagi, alhamdulillah ramai gerakan dan badan-badan persendirian sedar betapa pentingnya kita berdakwah pada jalanNya.

Setelah berdakwah, mengikuti dan mengambil tahu mengenai persekitaran, masyarakat atau individu yang didakwah adalah sangat penting. Saya ingin berkongsi cerita mengenai cerita yang disampaikan oleh seorang ustaz kepada saya baru-baru ini. Cerita ustaz itu yang sama-sama mengikuti saya dan sahabat lain berprogram di Perkampungan Orang Asli di Pahang, dia ada bercakap-cakap dengan warga kampung sekitar perkampungan itu yang mana mereka menceritakan ada badan dakyah yang turut masuk ke perkampungan Orang Asli di kawasan tersebut. Kristian, katanya. Ini mengejutkan saya dan membuat saya berfikir apa kepentingan kita ber'follow up' dengan masyarakat atau program yang telah kita laksakan yang melibatkan islam dan kefahaman itu sendiri.

Mungkin pada lafaz dan hakikatnya seseorang individu itu telah islam-orang-orang asli. Tetapi hati mereka belum cukup kuat untuk thabat dalam islam itu sendiri. Tak usah pergi jauh, lihat sahaja pada pemuda-pemudi yang secara semula jadinya dilahirkan dalam islam pun masih lagi goyah dalam berdiri diatas paksi keislaman itu sendiri. Bersosial berlebihan, menghalalkan yang haram dan lain-lain lagi. Berfikir sejenak, sebelum memegang jawatan dalam organisasi dakwah, ramai senior yang bersungguh-sungguh menasihati supaya saya dan sahabat lain membuat program follow up. Baru sekarang saya sedar bahaya kepentingan itu sangat jelas dan mudah. Jika misalnya kita tidak mengikuti perkembangan masyarakat yang telah kita dakwah, kita biarkan mereka berislam dengan lafaz semata-mata, mungkin sebulan cuma kita tinggalkan mereka, mereka sudah menjadi agama asal mereka kembali atau bertukar kepada agama lain.

Oleh itu, program follow up ini sangatlah penting dalam menjaga saudara baru kita yang ingin mencari kedamaian yang abadi di akhirat kelak. Kita yang sudah mengaku menjadi da'ie seharusnya meluangkan masa untuk turut bergerak bersama mereka mengajar soal islam dan amalan yang perlu dilaksanakan sejajar dengan pendekatan islam itu sendiri yang sangat mudah.

Penulis: Ahli Biro Dokumentasi dan Penerbitan(DnP) PERKIM Club IIUM PJ.

Sunday, April 11, 2010

KEMBARA BERPERAHU KE KG.PERANGKAP, PAHANG

ikerapu ikan siakap,
ditangkap oleh Che Leman,
dari Kuala lumpur ke Perangkap,
untuk kita menimba pengalaman.

"Cintailah yang memberi nikmat,bukan nikmat yang diberi" Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..hanya itu yang dapat kami tuturkan,menggambarkan kesyukuran kami ke hadrat illahi kerana diberi peluang sekali lagi untuk ke sebuah lagi perkampungan Orang Asli di sekitar Pahang ini iaitu Kampung Perangkap pada 26-28 Mac 2010.Nawaitu kami hanya satu iaitu untuk berdakwah.

makan-makan di pekan Raub

khusuk dengar penerangan abah

Program ini berlangsung selama 2 hari 1malam yang disertai oleh 5 brothers dan 7 sisters termasuk 2 pelajar International Medical Institution(IMU).

Tepat jam 12.15 pagi,tanggal 26hb malam, kami bertolak dari ASDAF,PERKIM dengan menaiki 2 buah kenderaan iaitu 4wheels drive dan van. 4 wheels drive ini dinaiki oleh 3 orang pelajar yang dipandu oleh Pak Cik Md. Nor aka abah.Van pula dipandu gilir oleh Bro Farid dan Bro Afiqi. Setelah 4-5 jam perjalanan yang agak memenatkan, kami berhenti di Masjid Raub untuk beristirehat dan solat subuh.


Selepas bersarapan pagi,kami ke Jeti Kuala Medang untuk menaiki 4 perahu/bot2 ke Kampung Perangkap.Perjalanan itu memakan masa selama satu jam setengah.Perasaan kami bercampur baur apabila menaiki bot:teruja dan takut.

Bergambar kenangan di Jeti Kuala Medang


sibuk mengangkat barang


sempat 'posing dalam bot..

Sesampainya di Kampung Perangkap, kami disambut dengan meriah dan hati yang terbuka oleh tok batin dan penduduk kampung.Barang-barang yang kami bawa seperti makanan,hadiah dan peralatan memsak diangkut terus oleh penduduk kampung.Terserlah sikap prihatin dan baik hati mereka.
'Perbuatan baik adalah suatu perbuat yang membuat jiwa tenteram dan hati menjadi tenang..'-Imam Ahmad

Selepas itu,kami bertungkus lumus untuk menyediakan makanan tengah hari bersama penduduk kampung. Kami juga tak melepaskan peluang untuk bertaaruf dan berkenal-kenalan dengan mereka.Antara aktiviti yang sempat dilakukan di sana ialah:
-riang ria sukaneka
-tazkirah Maghrib
-pengucapan drpd wakil pelajar dan orang kampung
-mandi berjemaah di sungai
senyum manis penduduk kampung


kanak-kanak riang bermain sukaneka

Sebelum pulang,majlis pemberian hadiah dan barangan dapur kepada penduduk kampung diadakan dan kami sempat bergambar bersama-sama penduduk kampung untuk mengabdikan kenangan.Pada tengah hari28hb, kami bertolak pulang.
Dalam perjalanan,kami singgah di Janda Baik untuk 'berkelah'.



Sesungguhnya,pengalaman di Perangkap mencoret 1001 kenangan di lubuk hati kami.Pengalaman sememangnya guru kehidupan.

p/s:next.program di Kampung Pantos pada 9-11 April.

Tuesday, April 6, 2010

Utusan Malaysia (6 April 2010)


Berdakwah melalui Maulidur Rasul

Meredah sungai dengan bot adalah antara pengalaman Mahasiswa Kelab Perkim untuk menyampaikan hamper kepada penduduk Kampung Bertang.


SEJAJAR dengan tema Maulidur Rasul tahun ini, 'Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah', Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PAUIAM) kampus Petaling Jaya, Selangor mengadakan Program Jalinan Kasih ke 5 di Perkampungan Orang Asli Pantos, Kuala Lipis, Pahang.
Ia diadakan dengan kerjasama Perkim Kebangsaan dan Perkim Bahagian Negeri Pahang bermula 25 hingga 28 Februari lalu.
Program yang bertemakan 'Ukhuwah Dibina Kasih Terjalin' itu berjalan lancar dan menepati hasrat utamanya iaitu merapatkan hubungan dan juga menyemai cara hidup Islam yang sebenar di kalangan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.
Berdasarkan pemantauan pada lawatan yang lepas, didapati hampir keseluruhan masyarakat kampung sangat berminat dalam mempelajari dengan lebih mendalam tentang agama Islam.
Dengan melibatkan jalinan kerjasama pelbagai pihak lain seperti Yayasan Taqwa, Muslim Aid, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Pantos, banyak pengisian menarik berjaya diadakan sepanjang program dijalankan.
Menurut Penyelaras Program yang juga Ahli Jawatankuasa Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim Kebangsaan, Md. Nor Hashim Mohamed, 52, aktiviti yang menjadi teras utama kejayaan program ini ialah konsep jalinan keluarga angkat.
Seramai 40 mahasiswa diterima sebagai anak angkat kepada penduduk kampung.
Mereka diberi peranan mewujud dan menjalinkan hubungan serta kemesraan dengan keluarga angkat mereka untuk jangka masa panjang.
"Selain bantuan dari aspek pembelajaran kepada adik-adik angkat, mereka juga diminta mempraktikkan sifat kecaknaan kepada keluarga angkat mereka dalam semua aspek termasuk kebersihan, kesihatan dan keagamaan," katanya.
Md. Nor yang juga Pegawai Sukan di Jabatan Pengurusan Cawangan Latihan dan Sukan, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, kejayaan mewujudkan keluarga angkat ini amat bermakna bagi semua pihak yang terlibat kerana inilah kali pertama masyarakat kampung tersebut bersedia menerima anak angkat.
"Selain itu, katanya, program integrasi pada kali ini juga mencipta sejarah tersendiri bagi penduduk kampung kerana telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, berselawat, syarahan, ceramah dan sebagainya.
"Dengan mengingati Nabi Muhammad SAW akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepada baginda serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangan baginda," tambahnya.
Qiamullail juga diadakan yang melibatkan mahasiswa bersama penduduk kampung. Ia dimulai dengan solat sunat taubat, tahajud, hajat, tasbih dan witir serta amalan-amalan seperti membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan berdoa.
Program itu dipimpin oleh Penasihat Kelab Perkim PAUIAPJ, Wan Ahmad Rahiman Wan Hussien.
Turut diadakan adalah acara memasak nasi dalam buluh, lemang, ubi bakar, pertandingan motivasi kepada anak-anak kampung, tayangan multimedia, bawa bola guna sudu, cari bijih timah, bawa bola guna kepala, racun beracun, menongkah arus dan sumpit dan bola sepak.
Sementara itu, Tok Batin Kampung Pantos, Rahman Dollah 75, berkata, inilah kali pertama seramai 190 masyarakat kampung tersebut menerima anak angkat walaupun program tersebut berlainan pengisiannya.
Selama ini mereka yang dari kaum Semai bersifat kurang mendekati dan malu pada pengunjung.
Menurut beliau, Kaum Semai adalah kumpulan penduduk separuh kekal yang terdapat di tengah semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Mereka terkenal sebagai suku kaum yang aman.
Suku Semai mengamalkan bercucuk tanam dan amalan ekonomi bertukar barang. Mereka antara suku kaum asli yang berundur ke kawasan hutan dan gunung dengan ketibaan penduduk yang memiliki teknologi lebih tinggi.
"Pekerjaan utama penduduk kampung ini adalah mencari hasil hutan seperti gaharu, cendana, kacip fatimah, tongkat ali, kelapa sawit dan getah.
"Dengan adanya program muhibah dan kerjasama yang positif dipamerkan oleh mahasiswa tersebut, adik-adik angkat ini menanam hasrat ingin mencapai cita-citanya ke menara gading seperti mereka." ujar Rahman.
Program tiga hari dua dirasmikan penutupannya oleh Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim Kebangsaan, Suariza Hidayah Muhammad.
Di dalam ucapannya, Suariza menyeru masyarakat kampung agar menghayati ajaran Islam yang sebenar dan bukanlah Islam hanya pada nama.
Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sentiasa berusaha membantu masyarakat kampung untuk maju dan mendalami ajaran Islam melalui pelantikan penggerak masyarakat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta menyediakan kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air, telekomunikasi, surau, pusat aktiviti dan sebagainya.
Pada ketika ini masyarakat kampung terpaksa menggunakan sumber air daripada sungai dan bukit serta mendapat bekalan elektrik dengan menggunakan tenaga solar.
Suariza bersama-sama mahasiswa menyampaikan 300 sumbangan makanan asasi seperti beras, biskut, teh, susu, tepung, gula dan sardin kepada penduduk Kampung Pantos, Kampung Gahai dan Kampung Bertang di Sungai Koyan, Kuala Lipis.
Selain itu, Suariza juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan sukaneka yang diadakan.
Majlis diserikan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna, penyampaian sajak 'Kenanganmu Kampung Pantos' oleh Norhidayu Mat dan persembahan video bertajuk 'Jalinan Kasih Kampung Pantos'.
Turut hadir, Pengarah Dakwah, Abdul Hanif Harun, Yang Dipertua Kelab Perkim PAUIAPJ, Muhd. Kamarul Izad Muhammad Nazri dan Pengarah Program Jalinan Kasih, Mohd. Lokman Faivdullah.
Seorang penduduk Kampung Pantos, Janiah Atim, 29, berkata, usaha-usaha murni mendekati penduduk kampung diharap adalah program berkala kerana segala motivasi, pelajaran, pendidikan serta keperibadian sikap yang ditonjolkan oleh mahasiswa kepada penduduk kampung sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi dan tanggapan mereka tentang agama Islam.
"Saya juga berharap kami diberi pendedahan melawat ke ibu negara untuk mengenal era teknologi dan kemajuan yang serba canggih," katanya.

V(,^^)ISLAM ITU PERSAUDARAAN (^^,)V