Wednesday, August 25, 2010

'MAHABBAH DAY'








‘Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) .Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).’

Surah Al-Hujurat(49): 13



Ukhuwah tidak akan terjalin tanpa sebuah bibit-bibit perkenalan terbina melalui senyuman dan kata-kata manis.
Alhamdulillah, pada 7 Ogos yang lalu, Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya telah mengadakan satu program yang bertemakan “Ukhuwah Islamiah”.

Program ini telah dikendalikan oleh Biro Dokumentasi dan Penerbitan (DnP) Kelab PERKIM PAUIAM dengan jayanya. Program ini dinamakan sebagai ‘Mahabbah Day’ yang juga bermaksud hari kasih sayang. Peserta-peserta yang menyertai program ini terdiri daripada ahli-ahli kelab PERKIM itu sendiri. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim di antara ahli-ahli Kelab PERKIM.
Pada pagi Sabtu yang hening tersebut, semua peserta dikehendaki berkumpul di padang PAUIAM tepat jam 8.30 pagi bagi sesi pendaftaran. Program ini telah dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Muhammad Farhan b. Mohd Sabri. Seterusnya, peserta harus melakukan senaman ringan untuk melonggarkan otot-otot dan juga senamanrobik yang telah diketuai oleh Mohd Asyraf Bin Ahmad Lukman dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) Mahabbah Day.
Selesai melakukan senamanrobik, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengikuti aktiviti utama iaitu ‘Shabab Race’ (explorace). Sebelum memulakan aktiviti tersebut, setiap kumpulan diberikan tugas untuk mencipta logo kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Di samping itu, setiap peserta harus mengenali ahli kumpulan mereka dengan mengunakan ‘trademark’ masing-masing.Nama setiap kumpulan telah ditetapkan oleh AJK program. Sebagai contoh,kumpulan Daia, Clorox, dan Trojan bagi kumpulan peserta lelaki.
Tepat pukul 10.30 pagi, aktiviti Shabab Race dimulakan dengan sedikit penerangan diberikan oleh Muhammad Syahmi bin Che Othaman selaku pengarah program. Setiap kumpulan diberikan pentunjuk bagi setiap checkpoint yang bakal dituju. Setiap checkpoint pula dijaga oleh dua orang fasilitator.
Aktiviti pertama yang bakal dilalui oleh para peserta ialah menyusun gambar-gambar pejuang Islam yang dinamakan ‘Shabab’s Mind’ yang bertujuan untuk menguji minda peserta.Para peserta diberi masa selama 1 minit untuk mengafal dan mengingati gambar dan 1 minit lagi untuk menyusun kembali gambar-gambar tersebut di kedudukan yang betul.
Halangan yang kedua ialah ‘Blindly Shabab’. Salah seorang peserta hendaklah menutup mata sambil berjalan dan mengambil soalan dari balang yand telah disediakan. Seterusnya ialah ‘Shabab’s Food’. Peserta dikehendaki makan bawang yand disaluti coklat dan minum kicap yang dianggap sebagai air sarsi.
Selepas itu, halangan seterusnya adalah ‘Shabab’s Archery’. Setiap kumpulan diberi masa selama 5 minit untuk memecahkan belon yang telah digantung dengan mengunakan jarum, straw dan getah. Sesudah itu, kecekapan dan kepantasan peserta teruji apabila mereka perlu melakukan aktiviti mengasingkan biji kacang hijau,kacang dal, kacang merah dan sagu secepat yang mungkin.
Halangan yang terakhir yang bakal ditempuhi oleh peserta adalah ‘Bloody Water’. Setiap kumpulan perlu mengisi air kedalam botol dalam tempoh masa 3 minit. Aktiviti ini amat menguji kerjasama antara ahli kumpulan.
Shabab race ini akhirnya berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Setiap peserta diberi makan tengah hari serta dibernarkan pulang untuk berehat dan bersiap bagi aktiviti pada waktu malam pula.
Aktiviti malam pula, bermula pada pukul 6.45 petang di SMAWP2. Solat Maghrib dan Isyak berjemaah pula Selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah,
Pada masa yang sama,AJK program pula mula menyediakan bara api untuk membakar ayam BBQ. Sesudah menunaikan solat isyak berjemaah, peserta dijamukan dengan nasi goreng sebagai pembuka selera. Sambil menunggu menu utama siap iaitu ayam bakar, para pesrta disajikan dengan tayangan video mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan pada pagi tersebut.
Seterusnya, acara pembahagian hadiah iatu acara yang ditunggu-tunggu oleh peserta. Kumpulan Budu telah diumumkan sebagai juara ‘Shabab Race’.

Sekian..
p/s~~terima kasih kepada komitmen comittee yg terlibat. ^_^

Saturday, August 14, 2010

MUHASABAH RAMADAN










Ramadan ini akan pergi
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semuga semuanya masih… di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya

(Apakah roh Ramadan ini
akan terus menerangi
… bulan-bulan seterusnya?)

Nanti Syawal bertamu jua
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan…
di dalam diri

(Apakah kita berjaya?
atau sekadar menumpang gembira…
di pinggiran kebesaran-Nya?)

Ramadan dan Syawal akan pergi
silih berganti masa
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan
..dihempas ombak keresahan

(Akan tiba saatnya
Ketika Ramadan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada…
untuk menyambutnya!)

SOURCE: Ustaz Pahrol Juoi

p/s-bersama-samalah kita mengimarahkn 10 malam terakhir ramadan ini, menghargai setiap detik di bulan ramadan dengan melakukan banyak amalan....bimbang dan takut jika ini adalah ramadan terakhit buat kita..