Monday, February 21, 2011

FORUM MENCARI CINTA SEJATI

Katakanlah (Muhammad ), “Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Surah Al-Imran : 3,31



Bertempat di Dewan Al Malik Faisal, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (PAUIAM)Petaling Jaya, sebuah Forum Isu Semasa “Mencari Cinta Sejati” telah dijalankan. Forum yang berlangsung pada 12 Februari 2011 (Sabtu) tersebut merupakan program anjuran Gabungan NGO’s Islam Sekretariat Dakwah Non Muslim,Menangani Kristianisasi dan Isu Murtad- JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) bersama Kelab PERKIM UIA,PJ. Ahli panel yang dijemput untuk menjayakan forum tersebut ialah Dr. Syarifah Haayati Syed Ismail dan Haji Nicholas Slyvester Abdullah. Manakala moderatornya pula ialah Haji Muhammad Fitri Abdullah. Forum yang dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) JAIS telah mendapat sambutan yang menggalakkan dandihadiri oleh seramai 258 orang dari pelbagai institusi seperti UIA, UM, KUIS, IPGM KampusTeknik, MBM, PERKASSA, Al Hunafa, IIS, MACMA, IMWU, PERKIM Selangor dan termasuklah individu persendirian.


Matlamat utama forum “Mencari Cinta Sejati” diadakan adalah untuk melahirkan ummah yang bertaqwa. Salah satu objektif pelaksanaan program forum tersebut adalah untuk menyampaikan pengertian kasih sayang sebenar dan abadi. Selain itu, objektif pelaksanaannya juga adalah untuk mencegah daripada terpengaruh kepada budaya asing dana aktiviti negatif yang bertentangan dengan akidah Islamiah. Seterusnya, untuk mendidik generasi supaya berpegang teguh kepada budaya yang berpaksikan akidah Islamiah.


Alhamdulillah, majlis yang bermula dengan pendaftaran hadirin hadirat yang hadir, ketibaan tetamu jemputan dan diikuti dengan sarapan pagi berjalan dengan lancar.Majlis yang dipengerusikan oleh Puan Hajah Aida Rawadari IMWU diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Yaakob Alwi Abdullah dari PERKASSA dan ucapan perasmian. Forum yang mengupaskan topik-topik menarik oleh ahli panel jemputan berlangsung sebagaimana yang dirancang.Sebaik sahaja sesi soal jawab dan penyampaian cenderamata kepada ahli panel dan moderator selesai, tetamu jemputan dan para hadirin hadirat dijamu pula dengan makanan tengah hari sebelum majlis bersurai.

Antara topik yang dbincangkan oleh ahli panel dalam forum “MencariCintaSejati” adalah pengertian Valentine dan perkaitannya dengan Kristian. Selain itu, ahli panel juga membincangkan samada cinta itu dibenarkan atau tidak, tahap-tahap cinta dan kepada siapa cinta itu harus ditujukan. Di sampingitu, terdapat juga perkongsian pengalaman ustaz dalam mengendalikan empat buah negeri yang berkaitan dengan cinta, keislaman. Sepanjang forum berjalan, hadirin hadirat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menumpukan perhatian serta mencatat maklumat-maklumat penting. Malahan, mereka juga turut tampil dengan beberapa persoalan berkaitan dengan topik forum yang dibincangkan. Hal ini menunjukkan bahawa forum tersebut telah mendapat respon yang positif daripada pelbagai pihak.


Kesimpulannya, forum isu semasa “MencariCintaSejati” terlaksana dengan jayanya seperti mana yang telah dirancangkan.Forum ini juga dapat mendapat sambutan yang memberangsangkan dan respon yang positif daripada semua pihak. Dengan terlaksananya forum yang mengupaskan isu semasa ini, objektif dan matlamat program untuk melahirkan ummah yang cemerlang diharap berjaya dicapai. Hadirin hadirat yang hadir mudah-mudahan mendapat sesuatu yang bermanfaat dari forum tersebut untuk dikongsikan bersama masyarakat luar dalam


Membantu mencapai objektif. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Forum Isu Semasa “Mencari Cinta Sejati”. Diharapkan agar program yang berguna seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang untuk manfaat bersama dalam membantu menyebarkan dakwah islamiah memandangkan program ini mendapat respon positif daripada semua pihak. Insyaallah….



Disediakanoleh,


Siti Zaleha binti Mustofa @ Mohd Zain