Wednesday, April 27, 2011

Ziarah Pesakit di PPUM


KEBAJIKAN adalah sesuatu perbuatan yang baik yang membawa kebaikan. Setiap individu berusaha dan berlumba-lumba melakukan amalan soleh dan kebajikan serta menyegerakan berbuat sesuatu tanpa ditangguh-tangguh.
Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Bukit Damansara bersama Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Perkim Kebangsaan berkesempatan menziarahi 100 pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.
Dalam program pada 31 Mac lalu, Perkim Bukit Damansara turut menghulurkan buah tangan kepada 100 pesakit.
Program itu mendapat kerjasama daripada Kelab Perkim Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya (PAUIAPJ).
Rombongan ziarah itu diketuai oleh Pengerusi Perkim cawangan Bukit Damansara, Puteh Kalsom Shamsudin dan Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan, Abdul Hanif Harun. Ia turut disertai beberapa kakitangan dan Sahabat Perkim.
Hilangkanlah segala penyakit dan sembuhkanlah ia wahai Tuhan Pencipta manusia, Engkaulah sahaja (Ya Allah) penyembuh segala penyakit, tiada kesembuhan kecuali daripada-Mu sahaja. Iaitu kesembuhan yang tidak akan dihinggapi penyakit lagi. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Puteh berkata, rombongan menziarah pesakit seperti ini adalah program berkala dilakukan di setiap hospital kerajaan dan swasta.
"Adalah menjadi hasrat utama Perkim cawangan Bukit Damansara untuk memperluaskannya ke seluruh Malaysia selain penganjuran aktiviti dakwah dan kebajikan lain.
"Ia bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim malah mengeratkan perpaduan tidak kira agama, bangsa dan keturunan."
Selain itu ia juga ujarnya adalah sebagai menyahut seruan kerajaan serta sokongan terhadap usaha dan tindakan yang di ambil sebagai organisasi Islam yang prihatin. Mesej keprihatinan ziarah yang mulia ini dapat membuka mata masyarakat bertapa pentingnya amalan dan budaya menziarahi pesakit ini.
"Perasaan gembira, syukur dan terharu akan timbul apabila kita menjadi salah seorang pesakit yang diziarahi serta menerima sumbangan daripada pihak-pihak tertentu," jelas Puteh.
Antara pesakit yang ditempatkan di sini ialah mereka yang menghadapi kecederaan disebabkan kemalangan, kecederaan tulang, gangguan saraf, mendapat rawatan susulan, melakukan pembedahan disebabkan ketumbuhan, strok dan keabnormalan semula jadi.
Malaiyarsi Sellamuthu selaku ketua Jururawat Wad Trauma dan Pemerhatian serta Suriani Hashim selaku Ketua Jururawat Wad Kecemasan dan Trauma menyampaikan ucapan terima kasih kepada rombongan Perkim sambil mengetuai rombongan itu dalam sesi ziarah pesakit ke wad trauma dan pemerhatian, wad ortopedik, wad geriatrik dan wad trauma dan kecemasan.
Mereka juga berharap kerjasama yang terjalin di antara Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan Perkim akan terus dilakukan untuk memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan dan berharap agar Perkim dapat mendedahkan aktivitinya melalui pameran untuk maklumat umum.
Turut hadir, Bendahari Sahabat PPUM, Datin Azizah Mohd. Arif, Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim, Suariza Hidayah Muhammad dan Pegawai Dakwah Perkim, Zubaedah Husen Jawas Awad.

Taklimat dan pembahagian kepada 3 kumpulan oleh pengarah dakwah
Sister bermesra dan memberi sumbangan
ummi (berbaju hitam; sahabat PPUM) bemesra dgn pesakit.
brothers ziarah dan memberi sumbangan
Cenderamata kepada ketua wad
PPUM
sisters memberi sumbangan =p
Brothers ziarah dan bermesra dengan pesakit yg seorang pelajar ipt juga
Kami meneruskan ziarah ke pusat kecemasan
wad kecemasanwad kecemasan yang sepatutnya 1 orang pelawat sahaja boleh masuk setiap waktu

Monday, April 11, 2011

Kelab PERKIM UIA PJ berbakti di Perkampungan Orang Asli Lubuk Legong, Baling Kedah

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3817.JPG
“Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup)” (Ali Imran : 156)
Baru-baru ini Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa cawangan Petaling Jaya (PAUIAPJ) mengadakan Program Jalinan Kasih 6 di Kampung Orang Asli, Lubuk Legong, Baling, Kedah yang disertai seramai 30 orang ahlinya pada 20 Mac 2011 lalu.
Program itu mendapat kerjasama daripada Perkim Kebangsaan.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/SUARIZA%20HIDAYAH%20MUHAMMADs.JPGMenurut Pengelola Majlis Permuafakatan Kelab Perkim Universiti (Mampu), Suariza Hidayah Muhammad, program itu diadakan adalah untuk mengambil inisiatif dalam membantu penduduk kampung bagi memantapkan ilmu agama Islam dan akidah mereka selain ingin mengenali secara lebih dekat budaya serta cara hidup orang asli.
Katanya, Perkim menggunakan khidmat Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai mediator untuk menjalinkan hubungan akrab dengan segenap lapisan masyarakat dalam menyebarkan dakwah Islamiah secara idealogi berinteraktif dan berkarisma serta menjadikan IPT sebagai penggerak dakwah untuk memberi sokongan padu kepada Institusi Islam di Malaysia.
“Program ini juga bertujuan untuk memotivasikan dan berdakwah kepada mereka di mana segelintir penduduk kampung mempunyai masalah sosial yang serius seperti minum arak, ponteng sekolah, hidu gam dan penyalahgunaan dadah,” kata Suariza.
Katanya lagi penduduk di situ berasal dari suku kaum Kensiu rumpun bangsa Semang-Negrito yang merupakan satu-satunya populasi penduduk orang asli kaum Negrito yang terkecil dan tertua di Semenanjung Malaysia.
“Mereka juga mempunyai pertalian keluarga di Kampung Rai Yala Selatan Thailand serta bilangan penduduk kampung adalah 270 orang dan terdiri dari 70 buah keluarga, manakala 90 peratus merupakan penganut agama Islam dan selebihnya masih berpegang dengan agama asal iaitu animisme,” kata Suariza.
Suariza yang juga Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal sosial berkata, kaum Kensiu sukar untuk ditentukan sifat-sifat fizikalnya kerana di kalangan mereka terdapat empat sub kumpulan Kensiu yang mereka kenali sebagai Mos, Nakil (atau Dalem), Hetot dan Tanjen.
“Purata penduduk kampung itu mempunyai sifat fizikal seperti rambut yang kerinting halus, berbadan gelap, dan rendah setinggi 5 kaki ke bawah, hidung lebar mata bulat mirip orang Afrika Timur dan kebanyakan mereka adalah seperti orang Asli di Papua New Guinea,” jelas Suariza.
Penduduk kampung menjalankan aktiviti pertanian seperti getah dan mengusahakan tanaman ubi, padi, pisang dan jagung di tanah sendiri serta terdapat segilintir di antara mereka mencari sumber pendapatan di luar kampung.
Selain itu, penduduk kampung ini lebih gemar mencari hasil hutan seperti rotan, akar kayu, buluh, kayu depu, dan binatang seperti kura-kura, labi-labi, tupai, monyet, kera dan lotong dan hasil pencarian ini dijualkan kepada masyarakat Cina sebagai pendapatan sampingan.
Kemudahan di kampung itu dilengkapi dengan surau, dewan serbaguna, tabika yang diusahakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan penempatan mereka juga dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air bagi kemudahan penggunaan harian mereka.
Selain itu, mahasiswa mengadakan ziarah dari rumah ke rumah dan memberi hamper berbentuk makanan kepada setiap keluarga untuk mewujudkan sifat ramah mesra bersama mereka serta menjemput mereka bersama-sama menyertai setiap aktiviti yang diadakan.
Sifat pemalu dan rendah diri menjadikan mereka amat sukar untuk mendekati mahasiswa sekiranya tidak dijemput dan berkenal-kenalan terlebih dahulu.
Aktiviti ziarah itu memberi kesan positif kerana penduduk kampung bersama-sama menyertai aktiviti yang dianjurkan seperti makan bersama-sama dan mengambil makanan yang disediakan untuk dibawa pulang ke rumah.
Melihat program itu tidak mendatangkan bahaya dan kemudaratan, penduduk kampung merestui anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti fardu ain, motivasi diri, solat berjemaah serta mendengar kisah sejarah Islam dan Nabi-nabi.
Keperibadian mulia dan kecantikan akhlak yang ditonjolkan oleh mahasiswa menyebabkan anak-anak penduduk kampung hilang rasa malu dan mudah mesra bersama mereka kerana ikatan kasih sayang perlu dibina atas dasar dakwah Islamiah.
Keadaan ini menjadikan aktiviti sukaneka, gotong-royong membersih kawasan, memasak, motivasi kepada remaja bermasalah serta tayangan gambar mendapat sambutan dari penduduk kampung.
Melalui kemesraan ini digunakan untuk menyampaikan dakwah Islamiah dengan memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada penduduk kampung secara langsung atau tidak langsung.
Mahasiswa menjadi contoh ikutan dan idola kepada remaja serta kanak-kanak di kampung itu agar mereka dapat bersama-sama menjejakkan kaki di peringkat universiti.
Para mahasiswa perlu menjaga hubungan baik dan berterusan dengan keluarga angkat masing-masing serta hubungan yang dijalinkan tidak putus walaupun telah selesai program.
Jelas Suariza lagi, mahasiswa haruslah membuat program susulan bagi memastikan penduduk kampung berhijrah kepada cara hidup yang lebih baik sama ada dari sudut ekonomi, pendidikan dan cara pemikiran mengikut perspektif Islam.
“Paling utama ialah perlu dipastikan penduduk kampung kekal dan beriman dengan akidah Islam seterusnya mereka boleh menjadi agen untuk memantapkan akidah dikalangan mereka sendiri,” jelas Suariza.
Selain itu, mahasiswa juga turut mengambil kesempatan beramah mesra dalam sesi perkongsian Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersama murid-murid sekolah sewaktu lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Siong, Baling, Kedah.
Malam penutup merupakan malam terakhir di mana diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka acara bola sepak, mencari gula-gula dalam tepung, bawa bola ping pong dalam sudu, sumpit belon, tarik tali, belon air, junjung bola dan tarik guni.
Turut hadir, Ahli Jawatankuasa Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim Kebangsaan merangkap Pegawai Sukan di Jabatan Pengurusan Cawangan Latihan dan Sukan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) , Hj. Md. Nor Hashim Mohamed.

APA KATA MEREKA
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/ANITA%20IBRAHIMs.JPGAnita Ibrahim, 14 : Saya sangat seronok dengan sambutan dan aktiviti yang diadakan oleh Kelab Perkim PAUIAPJ dan berharap agar program seperti ini akan diadakan pada setiap tahun dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik khususnya kepada remaja dan kanak-kanak kampung ini.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/SALMAH%20PUCUKs.JPGSalmah Pucuk, 58 : Beliau bersyukur dan berterima kasih kepada mahasiswa sudi datang ke kampungnya dan mengharapkan agar program yang akan diadakan selepas ini lebih lama agar dapat meningkatkan tahap kefahaman dalam mempelajari agama Islam. Walaupun sekejap ianya memberi kesan positif kepada saya dan beliau berasa sedih apabila mahasiswa pulang meninggalkan kampung halamannya.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Muhammad%20Marzuqi%20Ramelis.JPGMuhammad Marzuqi Rameli, 20, Penyelaras Program : Alhamdulillah, selain program seperti ini, kami selalu membuat program susulan ke perkampungan orang asli seperti Kampung Pantos, Gahai, Trisu dan sebagainya dengan menggunakan kaedah 3S iaitu senyum, salam dan sapa serta menggunakan pendekatan sayugia iaitu corak dakwah yang berkesan kerana lebih mudah mendekati masyarakat kampung. Kelab Perkim PAUIAPJ haruslah memperbanyakkan slot bimbingan dalam kumpulan untuk pelapis generasi mereka dengan tujuan mengajar mereka dengan lebih terperinci mengenai kesempurnaan solat, wuduk, akhlak, sahsiah, jatidiri dan sebagainya bagi menaiktarafkan cara hidup mengikut syariat Islam.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/Siti%20Zaleha%20Mustofa%20@%20Mohd%20Zains.JPGSiti Zaleha Mustofa @ Mohd. Zain, 19 : Saya berasa gembira kerana terdapat nilai-nilai murni yang wujud sepanjang program iaitu semangat bekerjasama, perpaduan, tolong menolong dan permuafakatan antara mahasiswa dan penduduk kampung. Lebih terserlah lagi kemesraan yang mereka tonjolkan pada program sukaneka dan motivasi.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/666.jpg
Mahasiswa berhibur bersama kanak-kanak orang asli.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/762.jpg
Kanak-kanak kampung di ajar mengambil wuduk dengan sempurna.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/11101.jpg
Gotong-royong membersihkan kampung halaman bersama penduduk orang asli.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1443.jpg
Mahasiswa ziarah penduduk kampung sambil menghantarkan makanan.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1739.jpg
Muhammad Marzuqi Rameli selaku Penyelaras Program beramah mesra bersama kanak-kanak kampung.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2228.jpg
Antara penduduk kampung yang menyertai sukaneka acara baling belon air.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2523.JPG
Sukaneka acara tarik guni yang dimeriahkan oleh kanak-kanak kampung.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2722.JPG
Pertandingan menyumpit merupakan budaya tradisi masyarakat orang asli.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2919.JPG
Mahasiswi ziarah sambil menyampaikan hamper berbentuk makanan kepada penduduk kampung.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3018.jpg
Mahasiswa ziarah dan menyampaikan bungkusan berbentuk makanan kepada antara 70 penduduk kampung.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3620.jpg
Penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3520.jpg
Perkongsian hati bersama kanak-kanak kampung.

Kembara PERKIM Menghayati Ciptaan Allah

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3156.jpg

“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai keluasan luas yang tidak terhingga” (Surah Az-Dzaariyat : ayat 47)

Astronomi lampau seperti Galileo Galilei, Sir Isaac Newton dan Johannes Kepler mengakui bahawa penciptaan alam semesta sebenarnya telah dijadikan Allah melalui hasil kajian dan pemerhatian mereka sendiri.

Penemuan paling menakjubkan dalam sejarah astronomi ini telah dilakukan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Setelah letupan tersebut berlaku, didapati semua benda di alam semesta bergerak menjauhi masing-masing. Kesimpulannya, didapati alam semesta ini semakin mengembang.

Inilah bukti kekuasaan Allah SWT yang perlu difikirkan oleh manusia agar mensyukuri nikmat yang telah diberikan-Nya kepada seluruh makhluk. Manusia yang sengaja menolak kebenaran yang telah ditunjukkan Allah SWT akan diazab dengan dahsyatnya di dalam neraka. Amaran ini amat bertepatan dengan ayat di dalam Al-Quran :

“Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir itu dari azab neraka.” (Surah As-Shod: ayat 27)

Oleh yang demikian, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dengan kerjasama Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Negara menganjurkan Program Kembara Menghayati Ciptaan Allah pada 27 Mac 2011 lalu bertempat di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/MUHAMMAD%20FARHAN%20TEE%20ABDULLAHS1.jpgMenurut Penyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah, program itu diadakan untuk melahirkan rasa kesyukuran dalam setiap diri peserta dan urus setia terhadap ciptaan Allah SWT di kawasan tersebut di samping mengeratkan ukhwah dan silaturrahim di kalangan peserta agar berkenal-kenalan dengan rakan baru.

“Selain itu, melalui program itu mencorakkan konsep ‘Islam Itu Persaudaraan’ dengan melibatkan peserta daripada pelbagai kaum dan negara. Pertandingan ini berkonsepkan pertandingan penjelajahan ataupun explorace,” jelas Farhan.

“Seramai 350 peserta mendaftar untuk menyertai program itu, mereka terdiri daripada saudara Muslim tempatan dan luar negara, pelajar Asrama Darul Falah Perkim (ASDAF), Kelab Perkim Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya (PAUIAPJ), kakitangan pertubuhan-pertubuhan dan masyarakat awam, ulas Farhan.

Pertandingan ini dimulai dengan sesi pendaftaran di ruang legar pejabat Islamic Outreach ABIM dan Masjid Negara.
Beliau yang juga Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim berkata, syarat pertandingan yang dikenakan kepada peserta ialah setiap kumpulan perlu diwakili seramai lima orang ahli sahaja. Terdapat 10 perhentian (check point) yang perlu dilalui peserta untuk menjawab soalan yang disediakan.

Katanya lagi, peserta diberikan sehelai baju secara percuma tajaan Islamic Outreach ABIM untuk dipakai sepanjang pertandingan dan mereka juga diberi sarapan pagi sebagai alas perut agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini, kerana pertandingan ini memerlukan kekuatan tenaga fizikal dan mental untuk menjelajah ke semua perhentian.

Setelah itu, peserta diberi taklimat oleh Latif Tozan, selaku Penyelaras Anjuran Bersama dari Islamic Outreach ABIM agar mereka memahami setiap syarat dan tindakan yang perlu dilakukan serta peserta dan urus setia kemudiannya bersama-sama merakamkan kenangan sebelum pertandingan dimulakan.

Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan, Tuan Haji Abdul Hanif Harun sempat memberikan ucapan selepas sesi bergambar sebagai tanda penghargaan kepada peserta yang terlibat.

Selain itu, beliau turut melahirkan rasa bersyukur melalui kerjasama yang dijalankan antara Perkim Kebangsaan, Islamic Outreach ABIM, Masjid Negara dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program itu dan ianya diadakan untuk manfaat semua pihak semata-mata dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Sebelum pertandingan dimulakan, Ustaz Azhar Tuarno selaku Imam Masjid Negara membacakan doa selamat bagi memohon pertolongan daripada Allah SWT agar setiap perjalanan program ini dirahmati dan dilindungi daripada kejadian yang tidak diingini.

Peserta dilepaskan mengikut satu per satu kumpulan bagi selang beberapa minit. Pelepasan kumpulan ini dilakukan oleh Haji Abdul Hanif Harun bersama Ustaz Azhar Tuarno serta beberapa kakitangan yang lain.

Di setiap perhentian, peserta dikehendaki menjawab soalan yang diberikan oleh penjaga perhentian yang berkaitan dengan Islam seperti solat, wudhu’, rukun iman dan Islam, hikmah penciptaan dan sebagainya.

Sambil peserta menjawab soalan di setiap perhentian, mereka turut menikmati keindahan alam di Taman Tasik Perdana. Ada diantara mereka berkesempatan mengambil gambar di kawasan yang cantik dan menarik serta keindahan pemandangan di Taman Tasik Perdana tidak dapat dipertikai di tengah-tengah suasana bandar.

Melalui kawasan ini secara tidak langsung menggambarkan kehebatan Maha Pencipta yang sebenar. Keunikan hutan hujan tropika di situ juga memberi satu sifat rendah diri selaku kemampuan manusia sebagai hamba-Nya.

Akhlak mulia ini membawa peserta agar lebih mensyukuri dan menghayati ciptaan Allah SWT agar tidak disia-siakan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya” (Riwayat Al-Tirmizi).

Setelah tiba ke garisan penamat, para peserta diberikan masa untuk berehat sementara menunggu ketibaan kumpulan yang lain. Setelah semua peserta berkumpul, Latif Tozan memulakan permainan kuiz Islam. Kuiz ini menyentuh aspek asas-asas dan fardhu ain mengenai Islam.

Soalan diberikan mengikut kategori golongan kanak-kanak, dewasa dan umum serta ianya amat menarik memandangkan hampir semua peserta begitu bersemangat tanpa merasa segan silu untuk menjawab soalan yang diajukan dan setiap peserta yang berjaya menjawab soalan diberikan hadiah.

Majlis diserikan lagi dengan acara penyampaian hadiah saguhati dan pemenang Kembara Menghayati Ciptaan Allah kepada 22 kumpulan pemenang hadiah saguhati, pemenang tempat ketiga, kedua dan pertama yang disampaikan oleh Muhammad Farhan Tee Abdullah dan Normah Sulaiman selaku Naib Pengerusi Islamic Outreach ABIM.

Peserta dijamu makan tengahari dan menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Negara selepas tamatnya program.

APA KATA MEREKA

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/NOR%20AMALIN%20KEES.jpgNor Amalin Kee Abdullah, 23 : Saya berasa amat gembira dan dapat belajar melalui soalan yang diajukan walaupun baru memeluk Islam pada tahun lalu. Selain itu, saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dan berkongsi pengalaman memeluk Islam. Harapan saya ialah supaya soalan yang disediakan dapat dipermudahkan sedikit dan perlu diadakan pelbagai bahasa agar dapat dijawab oleh saudara Muslim lain yang menyertainya.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/TINA%20ANGAHS.jpgTina Angah, 15, dari Asrama Darul Falah (ASDAF) Perkim menyifatkan program ini bermanfaat dalam mengeratkan hubungan sesama saudara Islam. Beliau yang berasal dari Kampung Orang Asli Balar, Gua Musang, Kelantan mengharapkan Perkim agar program seumpama diadakan lagi supaya dapat menarik minat masyarakat Islam, khususnya saudara Muslim agar mengisi masa yang terluang dengan aktiviti berfaedah serta dapat melaksanakan di perkampungannya agar ianya lebih terkenal secara meluas.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/MOHD%20AKMAL%20AIZAT%20UMARS.jpgMohd. Akmal Aizat Umar, 19, mahasiswa Jurusan Kejuruteraan dari Kelab Perkim PAUIAPJ berkata, program ini membuatkan beliau teruja kerana ia merupakan pertama kali beliau menyertai program Perkim setelah menjadi ahli serta banyak input yang diperoleh dalam pertandingan ini. Soalan yang diberikan juga adalah bertepatan dengan saudara Muslim dan keyakinan menjawab bergantung kepada sejauh manakah ilmu yang telah dipelajari sepanjang kehidupan peserta. Pengalaman yang diperoleh juga tidak akan disia-siakan memandangkan ia boleh diaplikasikan untuk aktiviti kelab Perkim kelak.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2175.jpg

Pengarah Dakwah, Abdul Hanif Harun (pegang pembesar suara) menyampaikan ucapan aluan kepada peserta.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/668.jpg

Abdul Hanif (kanan) bersama-sama wakil ABIM mengibarkan bendera tanda acara bermula.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/862.jpg

Peserta menjawab soalan yang diberikan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1254.jpg

Antara kumpulan yang berjaya tiba di perhentian 7 di Taman Herba.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/11103.jpg
Keindahan pemandangan laluan Taman Tasik Perdana yang cantik dan menarik.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1640.jpg

Penyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah (kanan) menyampaikan hadiah kepada Johan Kembara Menghayati Ciptaan Allah.