"When Ramadhan enters, the gates of Paradise are opened, the gates of Hellfire are closed and the devils are chained"
(Al-Bukhari and Muslim)
Alhamdulillah, diberi kesempatan dan peluang oleh Allah SWT untuk menikmati dan merasai bulan Ramadhan Mubarak. Dah 11 hari kita berpuasa! Yeay! Tak sabar nak balik rumah! Rindu masakan mak! Huhu!
Okay. Ehem! Let's proceed.
June 27th 2015 bersamaan 10 Ramdhan 1436H, PERKIM Kebangsaan telah mengadakan Program Tadarus Al-Quran Perdana Bersama Saudara Muslim bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Objektif utama program ini adalah untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sekaligus mendidik umat Islam agar menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup dan sebagai sumber utama ajaran Islam. *okay ayat skema mcm nk jwb exam je*
As usual, pictures will be more effective to describe any event. So, here it comes!
Setia menunggu kehadiran bas walaupun memang lama dah tunggu
Sebaik sahaja sampai di perkarangan masjid, muslimin dan muslimat terus berpecah menuju ke tempat daftar masing-masing. Dan meneroka masjid yang besar dan cantik dan megah dan semuanya lah!
*Sempat bergambar sekejap*
Selepas solat asar, peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seramai lebih kurang 1000 orang, dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan akan diawasi oleh seorang ustaz atau ustazah.
Peserta tadarus muslimin CFS IIUM, PJ di bawah jagaan Dato' Ustaz Hasbullah
Oleh kerana peserta muslimat CFS IIUM, PJ terlampau khusyuk dan fokus semasa bertadarus, maka tiada gambar kami semasa bertadarus :D
Tapi sesi bergambar selepas program tadarus, yang tu ada! Kejap ye!
Salah satu kumpulan muslimat bersama Ustaz Jais
*Ustaz suka bergurau!*
Kumpulan muslimat bersama Ustazah Aishah
*ustazah sangat comel!*
Kumpulan muslimat bersama Ustaz Tengku Hasif
*ustaz sangat muda!*
Antara peserta tadarus muslimat yang sempat bergambar
Selesai program tadarus, semua peserta bersedia untuk berbuka puasa. Iftar pun ada gambar okay.. Kejap ye!
Usai iftar, peserta bersiap sedia untuk solat Isyak dan terawih berjemaah. Selepas terawih, sebelum pulang ke CFS, kami bergambar sebagai kenangan dan juga semestinya untuk update di blog ini! :)
Terima kasih kepada jurugambar, Brother Syahmi (mantan K22) kerana sanggup bertahan dengan karenah kami semasa sesi ini berlangsung!
Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Program Tadarus Al-Quran Perdana Perkim Bersama Saudara Muslim ini.
Sekian sahaja entri buat kali ini. Semoga terhibur dan teruskan sokongan anda terhadap PERKIM!
Sedikit gambar keadaan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#muahciked
#ukhuwahsemanislolipop
#perkimsesedappasemboq
#semutnaklalu