Tuesday, June 16, 2009

Kursus Sembelihan

Bersempena kedatangan Aidil Adha, Kelab PERKIM telah mengadakan Kursus Sembelihan pada 30hb November 2008. Aktiviti ini telah berlansung di Blok E, UIAM Petaling Jaya. Seramai 50 orang peserta menyertai kursus ini dan mereka telah diajar cara-cara sembelihan yang betul.
Setelah menerima penerangan daripada ustaz yang lebih dikenali sebagai abang Dat, acara praktikal pun berlangsung. Sesi ini memberi peluang kepada para peserta untuk melakukan sendiri sembelihan.
Sebanyak 20 ekor ayam telah berjaya disembelih tanpa was-was, dan disahkan HALAL...
Alhamdulillah... :-)

dah terpacak sejak subuh lagi...

Abang Dat dengan kisah Nabi Ibrahim...

Brothers memang tekun mendengar... (ehem2)

Sesi meng-check-ing pisau

Demonstrasi....

Menunggu saat kematian

Praktikal sembelihan bermula

Muslimat turut di beri peluang

Menunggu giliran

Sesi membuang isi perut ayam

Akhirnya,.. orang dapur dapat makan jugak..

Wajah-wajah komiti tika kepenatan

Post-mortem (yang sangat2 simple)
Mabruk!! Sekali lagi misi Berjaya!
Syukran Jazilan kepada semua yang terlibat!

Kursus Pengurusan Jenazah

Pada 23 November 2008, Kelab PERKIM UIAM PJ telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah yang bertempat di Dewan Al-Malik Faisal, UIAM.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara pengurusan jenazah. Aktiviti bermula dengan penerangan tentang pengurusan jenazah dan pada sebelah petang, aktiviti secara praktikal telah dijalankan.
Kursus ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peserta. Seramai 80 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Ustaz dan ustazah daripada sekitar Petaling Jaya telah dijemput bagi memberikan tunjuk ajar dengan sebaiknya.. ;-)

Ustaz Talib sedang menunjukkan demonstrasi

Uztazah Fatimah dan rakan tidak jemu
melayan pertanyaan daripada muslimat

Seorang komiti di 'jenazah' kan

Ramainya yang datang!!

Para komiti registration
Alhamdulillah, Mission Accomplish...!