Monday, February 21, 2011

FORUM MENCARI CINTA SEJATI

Katakanlah (Muhammad ), “Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Surah Al-Imran : 3,31



Bertempat di Dewan Al Malik Faisal, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (PAUIAM)Petaling Jaya, sebuah Forum Isu Semasa “Mencari Cinta Sejati” telah dijalankan. Forum yang berlangsung pada 12 Februari 2011 (Sabtu) tersebut merupakan program anjuran Gabungan NGO’s Islam Sekretariat Dakwah Non Muslim,Menangani Kristianisasi dan Isu Murtad- JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) bersama Kelab PERKIM UIA,PJ. Ahli panel yang dijemput untuk menjayakan forum tersebut ialah Dr. Syarifah Haayati Syed Ismail dan Haji Nicholas Slyvester Abdullah. Manakala moderatornya pula ialah Haji Muhammad Fitri Abdullah. Forum yang dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) JAIS telah mendapat sambutan yang menggalakkan dandihadiri oleh seramai 258 orang dari pelbagai institusi seperti UIA, UM, KUIS, IPGM KampusTeknik, MBM, PERKASSA, Al Hunafa, IIS, MACMA, IMWU, PERKIM Selangor dan termasuklah individu persendirian.


Matlamat utama forum “Mencari Cinta Sejati” diadakan adalah untuk melahirkan ummah yang bertaqwa. Salah satu objektif pelaksanaan program forum tersebut adalah untuk menyampaikan pengertian kasih sayang sebenar dan abadi. Selain itu, objektif pelaksanaannya juga adalah untuk mencegah daripada terpengaruh kepada budaya asing dana aktiviti negatif yang bertentangan dengan akidah Islamiah. Seterusnya, untuk mendidik generasi supaya berpegang teguh kepada budaya yang berpaksikan akidah Islamiah.


Alhamdulillah, majlis yang bermula dengan pendaftaran hadirin hadirat yang hadir, ketibaan tetamu jemputan dan diikuti dengan sarapan pagi berjalan dengan lancar.Majlis yang dipengerusikan oleh Puan Hajah Aida Rawadari IMWU diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Yaakob Alwi Abdullah dari PERKASSA dan ucapan perasmian. Forum yang mengupaskan topik-topik menarik oleh ahli panel jemputan berlangsung sebagaimana yang dirancang.Sebaik sahaja sesi soal jawab dan penyampaian cenderamata kepada ahli panel dan moderator selesai, tetamu jemputan dan para hadirin hadirat dijamu pula dengan makanan tengah hari sebelum majlis bersurai.

Antara topik yang dbincangkan oleh ahli panel dalam forum “MencariCintaSejati” adalah pengertian Valentine dan perkaitannya dengan Kristian. Selain itu, ahli panel juga membincangkan samada cinta itu dibenarkan atau tidak, tahap-tahap cinta dan kepada siapa cinta itu harus ditujukan. Di sampingitu, terdapat juga perkongsian pengalaman ustaz dalam mengendalikan empat buah negeri yang berkaitan dengan cinta, keislaman. Sepanjang forum berjalan, hadirin hadirat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menumpukan perhatian serta mencatat maklumat-maklumat penting. Malahan, mereka juga turut tampil dengan beberapa persoalan berkaitan dengan topik forum yang dibincangkan. Hal ini menunjukkan bahawa forum tersebut telah mendapat respon yang positif daripada pelbagai pihak.


Kesimpulannya, forum isu semasa “MencariCintaSejati” terlaksana dengan jayanya seperti mana yang telah dirancangkan.Forum ini juga dapat mendapat sambutan yang memberangsangkan dan respon yang positif daripada semua pihak. Dengan terlaksananya forum yang mengupaskan isu semasa ini, objektif dan matlamat program untuk melahirkan ummah yang cemerlang diharap berjaya dicapai. Hadirin hadirat yang hadir mudah-mudahan mendapat sesuatu yang bermanfaat dari forum tersebut untuk dikongsikan bersama masyarakat luar dalam


Membantu mencapai objektif. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Forum Isu Semasa “Mencari Cinta Sejati”. Diharapkan agar program yang berguna seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang untuk manfaat bersama dalam membantu menyebarkan dakwah islamiah memandangkan program ini mendapat respon positif daripada semua pihak. Insyaallah….



Disediakanoleh,


Siti Zaleha binti Mustofa @ Mohd Zain

Tuesday, January 25, 2011

Kursus Sembelihan



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kurniaan nikmatNya dapat kita menjayakan program Kursus Sembelihan pada 15 Januari 11 bersamaan dengan 10 Safar 1432H. Kursus ini bersempena dengan program Shahrul Tarbiyatul Qalbi anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, PERKIM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM, Petaling Jaya. Biro Perhubungan dan Kebajikan adalah biro yang ditugaskan untuk mengendali program ini.

antara peserta2 brother

antara peserta2 sister

meja pendaftaran

Program bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 9 pagi. Seramai 50 orang peserta telah terlibat bersama 26 orang ahli jawatan kuasa pragram. Sarapan pagi diagihkan kepada peserta oleh biro katering program semasa pendaftaran. Majlis teori sembelihan di Annex 101 dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Aiman dan diteruskan dengan kata-kata aluan serta tazkirah oleh pengerusi majlis, saudara Mohammad Faizol Mohd Satar. Seperti biasa, ilmu yang cukup diperlukan sebelum melaksanakan sesuatu kerja bagi memastikan ‘amal yang dilaksanakan bertepatan dengan hukumnya. Penerangan mengenai teori sembelihan oleh Ustaz Ali bin Omar, lepasan Universiti di Yaman, sedikit sebanyak menambahkan ilmu mereka mengenai sembelihan khususnya.

tazkirah oleh saudara Faizol (Jo)

teori sembelihan oleh Ustaz Ali

berbual-bual bersama Ustaz Ali

Tepat pada jam 11 pagi, program kini di acara kemuncaknya iaitu sembelihan secara praktikal yang diadakan di Blok E. Ustaz memberikan tunjuk ajar dalam melaksanakan cara penyembelihan yang betul mengikut sunnah.

“sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat”

sedikit peringatan oleh Ustaz Ali

antara ayam2 yg selamat disembelih ^_^

Alhamdulillah, dengan niat ingin mendekatkan diri kepada Allah, mereka berjaya mengaplikasikan ilmu yang diajar dengan menyembelih sejumlah 30 ekor ayam dengan sempurna. Selesai sembelihan, Ustaz dijemput untuk menjamu selera sementara ahli jawatan kuasa program mengagihkan makanan kepada peserta. Mereka dibenarkan pulang ke mahallah masing-masing sementara ahli jawatan kuasa yang lain memproses ayam.

sedikit sumbangan penghargaan kepada Ustaz Ali dari PERKIM UIAPJ

membersihkan ayam2 yg siap disembelih

para peserta turut membantu sama ^_^

memotong ayam untuk dibakar

Semua ahli jawatan kuasa berganding bahu memproses ayam dan mereka membahagikan tugas untuk mempercepatkan kerja. Pada sebelah petang, mereka membersihkan dan mengemaskan kawasan di Blok E dan bergerak ke Smawp 3, bersiap sedia untuk bakar ayam.

bekerjasama meghidupkan api sbagai tempat membakar ayam

menunggu ayam untuk masak

Peserta berkumpul untuk agenda seterusnya iaitu solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Semua peserta membentuk dua halaqah, halaqah lelaki dan halaqah perempuan. Seusai solat, tazkirah dan ucapan telah disampaikan oleh wakil ahli jawatan kuasa, saudara Mohammad Firzan. Setelah itu, mereka dihidangkan dengan makan malam yang menyelerakan serta persembahan multimedia seterusnya menjadi acara terakhir dalam tentatif program kursus Sembelihan 2011 kali ini.

x lupe juge committe2 yg menyediakan "slide show" ^_^