Mahasiswa berkualiti komunikasinya tidak terhad sekadar dengan buku, pensyarah dan rakan sekuliah malah mereka cakna akan kehidupan masyarakat sekeliling. Selain daripada menelaah pelajaran, mereka juga tidak lokek membahagi masa demi mengatur program bersama masyarakat.
Peranan mahsiswa sebagai ejen pengubah generasi memerlukan kita untuk turun kepada mereka bersama ilmu dan budi. Inisiatif seperti ini perlu demi mengukuhkan persepsi positif masyarakat akan kemampuan mahasiswa sebagai generasi peneraju masa depan negara.
Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membawa rakan mahasiswa bersama-sama turun kepada masyarakat dengan menganjurkan program Minggu Mahasiswa Islam 2013 (MMI 13) pada 14.9.13 hingga 16.9.2013 hasil kesinambungan MMI 12 di Kg. Kelapa, Kuala Kubu Bharu. Bukan pergi sekadar membawa nama mahasiswa malah turut mengangkat nila-nilai Islam dalam proses mendekati masyarakat sekeliling.
Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Bharu menjadi paksi aktiviti kami bersama masyarakat sekitar bandar Kuala Kubu Bharu termasuklah penduduk kampung terdekat dan perkampungan orang asli.
Masjid Ar-Rahimah |
Fasi program bersama anak-anak orang asli |
Sesi bergambar bersama anak orang asli |
Sesi bergambar bersama anak orang asli (2) |
No comments:
Post a Comment