LAPORAN PROGRAM FAST 2 FEED
KELAB PERKIM PUSAT ASASI
KELAB PERKIM PUSAT ASASI
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
KAMPUS PETALING JAYA
KAMPUS PETALING JAYA
Program ini julung- julung kalinya diadakan untuk anak- anak yatim dan miskin dari Asrama Darul Falah (ASDAF) dan pelarian Rohingya. Program ini bertujuan untuk mengenali mereka yang kurang bernasib baik dengan lebih rapat. Selain itu, program ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwwah diantara orang awam dengan mereka dan mengimarahkan bulan Ramadhan dengan aktiviti- aktiviti amal. Tepat pukul 5.30 petang, seramai 200 anak- anak dari golongan ini mula memenuhi dewan.
Majlis hanya bermula 30 minit kemudian untuk men unggu kedatangan tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu- aluan daripada Ustaz Wan Ahmad Rahiman bin Wan Husain, Penasihat Kelab PERKIM Pusat Asasi UIAM , PJ.
Apabila Azan Maghrib berkumandang, mereka yang diraikan berbuka dengan sedikit jamuan ringan dan majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah. Selesai solat, anak- anak ini dijamu dengan makanan berat sambil mendengarkan ucapan dari pihak Muslim Aid dan wakil sponsor.
Majlis disambung dengan solat Isyak dan terawih berjemaah. Kemudian, diteruskan lagi dengan pemberian duit raya kepada anak- anak ini. Program berakhir dengan sesi bergambar.
Konklusinya, objektif program tercapai apabila jelas terpancar kegembiraan di wajah anak- anak yatim dan misk in dari ASDAF juga pelarian Rohingya ini. Meskipun realitinya, mereka menanggung keperitan dan kepayahan. Diharapkan semoga program sebegini dapat terus dilaksanakan dengan lebih efektif supaya dapat memberi sedikit kegembiraan kepada golongan- golongan yang tidak bernasib baik ini.
No comments:
Post a Comment