Showing posts with label Iftar. Show all posts
Showing posts with label Iftar. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

CHARITY RAMADAN 1.0 DAN 2.0

"Gambar tidak pernah gagal untuk menyimpan segala memori yang telah dicipta bersama" 
#Road to Mengimbau kenangan Perkim 2014/15

             Bulan Ramadan 1435H (2014), Masjid Jamek Kuala Lumpur-Kelab Perkim CFSIIUM telah mengadakan program tahunannya, Charity Ramadan. Program ini bertujuan bagi membuka ruang dan peluang kepada ahli-ahli kelab untuk menyumbangkan tenaga, memberi makanan kepada golongan gelandangan untuk berbuka puasa. Program ini  telah berjaya dilaksanakan sebanyak 2 kali untuk memberikan pengalaman kepada lebih ramai sahabat-sahabat Perkim. Curahan masa dan tenaga mereka telah dibayar dengan pengalaman dan kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Didoakan semoga Allah membalas setiap detik masa dan tenaga yang telah disumbangkan.

Charity Ramadan 1.0 ( 12-13 Julai 2014)














Charity Ramadan 2.0 (19-20 Julai 2014)










Sunday, July 21, 2013

This is GCI 13

Grand Charity Iftar 2013.


فأما اليتيم فلا تقهر ، وأما السا ئـل فلا تنهر 
“Maka terhadap anak yatim maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap   pengemis janganlah menghardik”.{QS.  Ad-Dhuha : 9 – 10 )



Assalamualaikum.
            Alhamdulillah, Perkim Awesome berjaya lagi.Kali ini kami menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim ataupun glamour dipanggil GCI(Grand Charity Iftar).Program ini juga adalah kerjasama dengan SDD(Student Development Department).Selain anak yatim, turut diraikan adalah para pemimpin kelab yang berkaliber di UIA.Anak-ank yatim yang diraikan adalah dari Pusat Kebajikan Ehsan As-Syakur(PEKEAS).

senyum!!!




            Majlis dimulakan denngan talk yang telah disampaikan oleh Br. Syarief berkenaan dengan Ramadhan.Seterusnya kehadiran VIP ke Dewan.Antara nama besar yang hadir dalam majlis ini adalah Dekan CFSIIUM, Prof Torla Hj. Hassan, YDP YADIM, Dr. AsyrafWajdi Bin Dusuki
 .serta beberapa tetamu yang lain.

Brother




Sisters

           Juadah utama majlis berbuka puasa pada hari itu semestinya kurma, selain hidangan nasi tomato  berserta air sirap penghilang dahaga.Kelihatan anak-anak yatim gembira, begitu juga abang2 dan kakak2 tertawa melayan kerenah mereka.Ucapan ulung pada malam itu dsampaikan oleh Dr. Asyraf Wajdi yang juga merupakan graduan UIA dalam bidang ekonomi.Beliau yang baru dilantik sebgai YDP YADIM menceritakan tentang penglibatannya dalam kelab dan persatuan suatu masa dahulu.


Dr. Asyraf Wajdi Dusuki


Solat Isyak berjemaah
\


Comel tak saya?

            Selepas itu, majlis penyerahan tabung sumbangan diadakan.Kutipan yang dimulakan selama 2 hari dari para pelajar amat memberangsakan  Usai majlis, para peserta bersama-sama mendirikan solat Isyak serta Tarawih berjemaah.Majlis malam itu dilengkapkan lagi dengan makan2 lepas tarawih(moreh).Juadah yang disediakan adalah kuih2 tradisional melayu seperti karipap donut dan sebagainya.
            Diharapkan, dalam kita menyambut Ramadhan, jangan dilupakan mereka yang kurang bernasib baik.

Bulan Ramadhan panas terik,
Masa ni nak kawal pancaindera,
Terus beramal sehabis baik,
Moga diterima amalan kita..

               

Saf Committee yang berwibawa


=)
               







Friday, August 3, 2012

‘Majlis Berbuka Puasa Bersama Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Anugerah Sri Cemerlang Majlis Permuafakatan Kelab Perkim Universiti (Mampu)'




Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (ali-Imran: 103)

Untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli Kelab Perkim dan menghargai sumbangan dan komitmen mahasiswa dalam menjayakan usaha-usaha dakwah, Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti telah menganjurkan  ‘Majlis Berbuka Puasa Bersama Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Anugerah Sri Cemerlang Majlis Permuafakatan Kelab Perkim Universiti (Mampu)' bertempat di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda, Kuala Lumpur pada 27 Julai 2012.
Majlis itu telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mahathir dalam ucapannya berkata, Perkim sudah berkembang maju sejak ianya ditubuhkan pada era Tunku Abdul Rahman lagi.

Perkim akan diperkembangkan lagi dengan bantuan golongan muda melalui mahasiswa universiti untuk memberikan sumbangan, khidmat dan keprihatinan mereka kepada masyarakat sekeliling. Mahasiswa juga merupakan pelapis bangsa dan negara bagi menggantikan golongan yang sudah berumur.
Beliau menyeru mahasiswa supaya menyertai Perkim agar mencapai hasrat dan harapan serta mewarisi dakwah, kebajikan dan pendidikan Perkim.

Jelas Dr Mahathir, umat Islam haruslah sentiasa bersyukur kerana dilahirkan di dalam agama Islam dan mengamalkan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mengikut mazhab Imam Syafie.
"Umat Islam Malaysia tidak perlulah berbalah kerana mereka merupakan penganut satu agama, satu mazhab dan satu imam," katanya.

Jelas Dr. Mahathir lagi, umat Islam perlu mengambil al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan agar tidak sesat daripada jalan kebenaran.

Anugerah Sri Cemerlang kategori Kelab Terbaik Keseluruhan diberikan kepada Kelab Perkim KUIS melalui wakilnya, Muhammad Shafiq Abdul Geni di mana anugerah tersebut mengiktirafkan kelab Perkim paling aktif menjalankan program dan aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan di dalam dan luar bandar sepanjang tahun 2012. Beliau menerima piala iringan dan cek bernilai RM3000.

Kategori Kepimpinan Cemerlang pula diberikan kepada Kelab Perkim UUM melalui Mohammad Hafis Shafiq Mohamad Sopian merangkumi kerja-kerja dakwah dan kebajikan yang melibatkan perpaduan, kerjasama, kedamaian serta persefahaman. Beliau menerima piala iringan dan cek bernilai RM2500.

Kategori Projek Terbaik diterima oleh ‘Ismat Arif Abu Hassan selaku Yang Dipertua Sekretariat Perkim UIAM cawangan Gombak, ia yang mendapat pengiktirafan sebagai kelab Perkim yang paling aktif dalam aktiviti-aktiviti program dakwah dan kebajikan Perkim yang berkesan kepada masyarakat berbilang kaum. Beliau menerima piala iringan dan cek bernilai RM2500.

Kategori Kelab Perkim Harapan pula disandang oleh Kelab Perkim UniKL MICET melalui Yang Dipertuanya, Mohd Amin Ariffin kerana mendapat pengiktirafan sebagai kelab Perkim baru yang giat aktif dalam aktiviti dakwah seperti seminar dan kemasyarakatan. Beliau juga menerima piala iringan dan cek bernilai RM2500.



 Bergambar dengan Yang Dipertua Perkim,Tun Dr.Mahathir Mohamad.


Bersama Perkim UIA Gombak yang diiktiraf kelab Perkim paling aktif.



Kepimpinan Perkim CFS IIUM yang hadir.




































Sunday, July 29, 2012

Program Fast 2 Feed 1433/2012



Program Fast 2 Feed 1433/2012

Assalamualaikum wrb,

Seperti tahun2 lepas, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia akan menganjurkan program Fast 2 Feed (F2F) dimana orang ramai berpeluang untuk menaja anak-anak yatim dan miskin berbuka puasa disamping berbuka puasa sekali dengan mereka.

InsyaAllah program F2F ini akan dijalankan di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia yang akan melibatkan lebih 1000 orang anak yatim, kurang berkemampuan, OKU dan juga komuniti pelarian.

Kepada orang ramai diluar sana yang ingin merebut peluang ini, boleh hubungi terus pejabat Muslim Aid di 03-22881996. atau email kami di mail@muslimaid.org.my.

layari blog Fast 2 Feed;
http://fast2feedmuslimaidasia.blogspot.com/
atau Facebook di http://www.facebook.com/fast2feed

Pakej A
Anda boleh taja anak yatim/miskin untuk berbuka puasa!
RM40 untuk setiap anak yatim/miskin (makan dan moreh 1 org + duit raya)

Pakej B
Berbuka puasa bersama dan taja seorang anak yatim/miskin!
RM60 seorang termasuk sponsor seorang anak yatim/miskin (makan dan moreh 2 org + duit raya)

Untuk menyertai boleh deposit langsung ke akaun Muslim Aid di

CIMB - 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
(sila pos atau faks, slip pembayaran ke 03-2288 1966)

emailkan butiran anda seperti
nama:
alamat:
tel:
ke mail@muslimaid.org.my

Setiap penajaan akan diberi resit pengecualian cukai.

Semoga dengan usaha ini sentiasa mendapat keberkatan dariNya.

Terima kasih,

Wassalam

www.muslimaidasia.com
www.muslimaid.org.my
www.donateforummah.com
Join us at Facebook! http://www.facebook.com/YKMAM
P Please don't print this e-mail unless you really need to. Thank you

Founded in November 1985, as a response to the famine in Africa, Muslim Aid first began to establish its vision of helping humanity by distributing emergency aid to those affected by famine and conflict. A UK-based international relief and development agency, Muslim Aid has been working for over two decades to help save and improve the lives of millions in over 70 of the world’s poorest countries. Muslim Aid Asia or now known as Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) is an extension of our worldwide office to serve the poor and the needy community in Asia region and supports the UN Millennium Development Goals (MDG)
Currently YKMAM is running a charity programme by distributing food, education material, and medical supplies to the poor and vulnerable families in Malaysia. Our intended beneficiaries include the poor, orphans, refugees and also children with special needs. All contributions are tax deductable (LHDN 01/35/42/51/179-6.6487).




Friday, October 29, 2010

IFTAR JAMI'E SEM 2 | 2010















'Innamal a'malu binniat,wa innama li kullimri in manawa'..Selamat memulakan semester baru kepada ahli-ahli PERKIM! Sentiasalah kita tajdid niat dan semoga sem mencabar ini dapat dihadapi dengan penuh keberkatan dan nasrullah.Insha Allah..biiznillah..ameen..

Oleh itu,sehubungan dengan pembukaan semester baru, PERKIM telah mengadakan Iftar Jamie pada 28 Oktober 2010 untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim dan tautan hati sesama ahli .MelaIui iftar Jami'e ini, ahli-ahli dapat bersua-muka dan bertanya khabar setelah bercuti semester hampir sebulan.















Alhamdulillah,iftar yang diadakan di SMAWP3 berjalan lancar.Tepat jam 6.30 petang,ahli-ahli PERKIM berkumpul dan seterusnya solat berjemaah maghrib dan iftar bersama-sama.

Sementara menunggu waktu Isyak,program iftar ini diserikan dengan penyampaian kata-kata aluan oleh Saudara Mohd Asyraf Bin Ahmad Lukman, Presiden Kelab PERIM dan Saudara Anuar pula menyampaikan tazkirah ringkas mengenai 'Islamkah kita? ataupun atas dasar keturunan sahaja'.
Selepas itu,ahli-ahli bersurai selepas menunaikan solat isyak berjemaah.

'Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekirannya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal.'
(Surah Ali' Imran:159)

























Sunday, October 10, 2010

Halawatul Ramadhan Di Kampung Trisu, Cameron Highlands

“Sesuatu yang indah bukanlah yang sentiasa berada di depan kita, sesuatu yang indah bukanlah yang dapat kita lihat, tetapi sesuatu yang indah adalah yang akan selalu berada di dalam hati kita, yang selalu dikenang dan terlirih dalam doa.”

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi, Kelab Perkim CFS UIA PJ berjaya menganjurkan satu lagi program bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Program ini dinamakan Halawatul Ramadhan yang bermaksud kemanisan Ramadhan. Program ini bertempat di Kampung Trisu, Cameron Highland berlangsung dari 27 Ogos sehingga 29 Ogos 2010 yang disertai oleh 37 orang ahli Perkim bersama-sama dengan orang asli Kampung Trisu. Objektif program ini adalah untuk sama-sama merasai pengalaman berpuasa bersama penduduk kampung orang asli serta berdakwah dan bersesuaian dengan motto program ini ialah ‘manisnya ramadhan dirasa bersama’.

Pada pagi 27 Ogos, 8.30 pagi, semua ahli-ahli Perkim yang terlibat berkumpul di hadapan Fatimah Zahra College. Sebelum bertolak, semua peserta telah diberikan sedikit taklimat tentang keadaan dan aktiviti yang akan dilakukan di sana oleh abah. Tepat jam 9.00 pagi, semua peserta bertolak ke Kampung Trisu menaiki bas. Perjalanan memakan masa selama 5 jam. Setibanya di persimpangan ke Kampung Trisu, kami dikehendaki menunggu beberapa buah kereta untuk sampai ke Kampung Trisu disebabkan keadaan jalan yang sempit dan berbukit yang tidak boleh dilalui oleh bas. Akhirnya setelah melalui jalan yang berbukit bukau sejauh 8 kilometer, kami selamat tiba di Kampung Trisu. Kami disambut dengan baik oleh tuan rumah,pakcik Kuek sekeluarga. Keadaan yang dingin dan hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan aktiviti seperti yang dirancang.

Tepat jam 3.00 petang, kami semua bertungkus lumus dan saling membantu untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Hasil kerjasama semua pihak, akhirnya juadah berbuka bermenukan nasi putih, ayam masak merah dan sayur kubis goreng dapat disiapkan. Kemudian, semua peserta bekerjasama mengagihkan makanan kepada semua penduduk Kampung Trisu sebagai juadah berbuka puasa. Pada malamnya, semua peserta bersama-sama menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan terawih secara berjemaah. Kemudian, kami semua dihidangkan dengan moreh bubur kacang yang menyelerakan hasil kerjasama beberapa orang biro catering. Selepas menjamu selera, kami diberikan sedikit taklimat ringkas daripada pengarah program. Kemudian, semua dibenarkan berehat dan tidur.

Keesokkan harinya, jam 3.00 pagi beberapa peserta yang ditugaskan memasak juadah sahur bangun dan sama-sama membantu memasak juadah sahur bermenukan nasi putih, daging masak kicap dan sayur kubis goreng. Kemudian, beberapa orang ditugaskan untuk menghantar makanan sahur kepada semua penduduk kampong. Selepas selesai bersahur, semua peserta bersama-sama menunaikan solat subuh berjemaah dan mendengar sedikit kuliah subuh daripada saudara Azuan. Kemudian, tepat jam 8.30 pagi, semua peserta berkumpul dan dibahagikan kepada empat kumpulan untuk meneruskan aktiviti gotong-royong. Kami bekerjasama dan saling membantu membersihkan kawasan surau dan persekitaran kampung.

Selepas semuanya selesai, beberapa orang peserta bertungkus lumus menyiapkan tempat untuk aktiviti telematch. Alhamdulillah aktiviti telematch mendapat sambutan yang hangat daripada adik-adik di Kampung Trisu. Sebanyak 5 permainan diadakan iaitu belon kaki tiga, tayammum, belon beracun, merempit dan mandi muzik yang disertai oleh ahli-ahli Perkim dan adik-adik Kampung Trisu. Selepas selesai telematch, semua bersurai dan bersedia untuk menyiapkan diri bagi menunaikan solat Zohor berjemaah. Kemudian, kami semua bekerjasama bergotong-royong untuk menyiapkan juadah berbuka puasa. Walaupun semuanya penat, namun masih bersemangat untuk saling membantu menyediakan juadah berbuka puasa. Lebih kurang 2 jam bertungkus lumus di dapur, akhirnya juadah berbuka puasa bermenukan nasi putih, sup ayam, air asam, dan sayur kubis goreng dapat disiapkan. Kemudian, kami semua dibenarkan untuk membuat aktiviti masing-masing. Beberapa orang sempat mengikut abah dan umi membeli buah strawberi manakala yang lain mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar kampung. Tepat jam 6.30 petang, kami semua bekerjasama mengagihkan juadah berbuka puasa kepada semua penduduk kampung. Kemudian, setelah selesai berbuka puasa, semua menyiapkan diri untuk menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan terawih secara berjemaah. Selesai solat, semua dihidangkan dengan moreh jagung rebus yang manis. Kemudian, sedikit taklimat diberikan oleh penyelaras program tentang aktiviti yang bakal diadakan keesokkan harinya. Selepas itu, semua dibenarkan berehat dan tidur.

Esoknya, seperti biasa, jam 3.00 pagi, beberapa orang yang ditugaskan memasak juadah sahur bergotong royong menyediakan nasi putih, sup sayur, daging masak kunyit dan telur dadar. Kemudian, beberapa orang ditugaskan menghantar juadah sahur kepada penduduk kampung. Selepas itu, semua bersiap menunaikan solat subuh berjemaah dan diteruskan dengan majlis khatam Al-Quran. Tepat jam 7.30 pagi, semua peserta berkumpul dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk diagihkan sumbangan kepada penduduk kampung. Kemudian, setelah selesai mengagihkan sumbangan, pakcik Kuek mengetuai rombongan melawat kawasan kampung dan kebun-kebun sayuran. Semua peserta kelihatan gembira dapat melihat sendiri tanaman-tanaman digredkan. Selepas itu, semua berkumpul di halaman rumah pakcik Kuek untuk meneruskan aktiviti penyampaian hadiah. Semua adik-adik kelihatan gembira mendapat hadiah masing-masing. Kemudian, semua ditugaskan membersihkan perkakas dapur dan kawasan persekitaran sebelum berangkat pulang. Tepat jam 12.00 tengahari, kami semua bertolak pulang. Dalam perjalanan pulang, rombongan kami singgah sebentar di Tapah untuk membeli sedikit cenderahati. Tepat jam 6.00 petang, kami semua selamat tiba di UIA PJ.

Monday, September 28, 2009

29 Ogos 2009: PROGRAM FAST2FEED

LAPORAN PROGRAM FAST 2 FEED
KELAB PERKIM PUSAT ASASI
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
KAMPUS PETALING JAYA

Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, baru- baru ini, Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PAUIAM) telah menganjurkan Program Fast 2 Feed dengan kerjasama dari Muslim Aid Malaysia. Program ini telah berlangsung di Dewan Al- Malik Faisal, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya pada 29 Ogos 2009 yang lalu.


Program ini julung- julung kalinya diadakan untuk anak- anak yatim dan miskin dari Asrama Darul Falah (ASDAF) dan pelarian Rohingya. Program ini bertujuan untuk mengenali mereka yang kurang bernasib baik dengan lebih rapat. Selain itu, program ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwwah diantara orang awam dengan mereka dan mengimarahkan bulan Ramadhan dengan aktiviti- aktiviti amal. Tepat pukul 5.30 petang, seramai 200 anak- anak dari golongan ini mula memenuhi dewan.


Majlis hanya bermula 30 minit kemudian untuk men unggu kedatangan tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu- aluan daripada Ustaz Wan Ahmad Rahiman bin Wan Husain, Penasihat Kelab PERKIM Pusat Asasi UIAM , PJ.


Apabila Azan Maghrib berkumandang, mereka yang diraikan berbuka dengan sedikit jamuan ringan dan majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah. Selesai solat, anak- anak ini dijamu dengan makanan berat sambil mendengarkan ucapan dari pihak Muslim Aid dan wakil sponsor.






Majlis disambung dengan solat Isyak dan terawih berjemaah. Kemudian, diteruskan lagi dengan pemberian duit raya kepada anak- anak ini. Program berakhir dengan sesi bergambar.







Konklusinya, objektif program tercapai apabila jelas terpancar kegembiraan di wajah anak- anak yatim dan misk in dari ASDAF juga pelarian Rohingya ini. Meskipun realitinya, mereka menanggung keperitan dan kepayahan. Diharapkan semoga program sebegini dapat terus dilaksanakan dengan lebih efektif supaya dapat memberi sedikit kegembiraan kepada golongan- golongan yang tidak bernasib baik ini.

































































Friday, September 11, 2009

PROGRAM IFTHAR

LAPORAN IFTHAR MINGGUAN
GABUNGAN BIRO PNK DAN BLP
KELAB PERKIM PUSAT ASASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
KAMPUS PETALING JAYA



Alhamdulillah dengan izin Yang Maha Esa, pada bulan Ramadhan yang lalu, Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(PAUIAM) telah menganjurkan Ifthar Mingguan bersama ahli- ahli kelab. Program Ifthar Mingguan yang melibatkan dua biro ini telah diadakan pada hari Khamis, 3 September 2009 dan bertempat AX201 dan AX202.

Ifthar ini diadakan khas untuk ahli- ahli Kelab PERKIM PAUIAM, yang terdiri daripada pelajar tahun satu dan tahun dua. Program ini bertujuan untuk mengenali ahli- ahli kelab dengan lebih rapat. Selain itu, program ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli dan mengimarahkan bulan Ramadhan.

Tepat pukul 6.30 petang, seramai lebih 50 orang ahli PERKIM mula hadir untuk membantu. Program ifthar dimulakan 30 minit kemudian dengan membaca Al- Ma'thurat beramai ramai sambil menunggu azan Maghrib berkumandang.



Apabila azan Maghrib berkumandang, ahli- ahli Kelab PERKIM berbuka puasa terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah. Selesai mengerjakan solat Maghrib, program diteruskan dengan bacaan Yassin dan ahli- ahli diberi sedikit pengisian berbentuk tazkirah sementara menunggu solat Isyak.

Program ifthar diteruskan lagidengan solat Isyak serta terawih berjemaah. Sebagai penutup, ahli- ahli dijamukan dengan sedikit sajian sebagai moreh.

Konklusinya, objektif program tercapai apabila jelas terbinanya ukhuwwah yang kukuh di kalangan ahli- ahli. Semoga progran sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dan efektif supaya ikatan antara ahli dapat dipertegap.