1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang
akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca
takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak
mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat
takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.
2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasullullah S.A.W, Uthman bin Abil ‘Ash datang
kepada Rasullullah S.A.W dan mengadu,
“Wahai Rasullullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat
bacaanku salah.” Rasullullah S.A.W
menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib."
“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali
dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah S.W.T
gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).
3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a
berkata, “Sesungguhnya Rasullullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada
kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak
tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami
hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan
sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata,
“Rasullullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat,
syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara
azan.
Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat
dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu
bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, "Ingatlah apa yang
tadinya tidak kamu ingat!" Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia
solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang
daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi
seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada
tempatnya.
Tidak ada ketenangan
atau thuma’ninah. Pada zaman Rasullullah S.A.W ada orang solat dengan
tergesa-gesa. Akhirnya Rasullullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana
solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasullullah bersabda
kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah
daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar
rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud
(thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim).
6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika
sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera
menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain
kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi
kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasullullah”. Orang itu bertanya, “Apa
yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha
kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud.
“Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasullullah S.A.W,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak,
jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan
yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada
satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri
syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya
bertanya kepada Rasullullah hukum melihat ketika solat”. Rasullullah menjawab,
“Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).
8) Menguap dan mengantuk
Rasullullah bersabda
bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu
ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain
Rasullullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan,
hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata
‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim).
9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin
sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat
itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah
adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap
disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu
solat seseorang dengan pelbagai cara.”
10) Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasullullah bersabda
yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di
perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia
keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau
mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).
Firman Allah S.W.T Bermaksud:
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk
dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].
Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau
keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.Semoga
ia beroleh manfaat dan sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah
S.W.T.
No comments:
Post a Comment