Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Sebenarnya Ramadhan Bulan Mulia (SRBM)

Mencari keberkatan ramadhan.

Assalamualaikum...
                Ramadhan kembali, dan Alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk meyertai ‘pesta ibadah’ pada tahun ini.Pastinya, ramai antara kita awal-awal lagi sudah menetapkan misi dan matlamat masing-masing , “aku nak khatam Al-Quran ramadhan  ini”,”aku berazam nak tahajjud setiap malam” dan banyak lagi dialog sebelum ramadhan.Tidak terkecuali, ada antara kita yang masih terkial-kial dalam menghadapi Ramadhan, dialog yang sama diucapkan setiap tahun…”malaslah nak puasa, sebulan kot”,”alamak, puasa tahun lepas tak ganti lagi”.


                Perasankah anda, banyak perubahan akan berlaku apabila masuk musim berpuasa.Masjid-masjid yang dahulunya sunyi sepi, kini penuh bagaikan lebah menghurungi sarangnya.Televisyen dan radio yang asyik menghidangkan hiburan yang melalaikan, tiba-tiba bertukar menjadi televisyen yang menghidangkan program keagamaan dan drama-drama dakwah.Pusat-pusat kebajikan yang sebelum ini diabaikan seperti rumah anak yatim penuh ditempah oleh badan organisasi bagi meraikan golongan yang  kurang bernasib baik dalam majlis berbuka puasa..Sesungguhnya, inilah antara sebab kenapa ramadhan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu.Inilah dia berkat bulan ramadhan.Sememangnya kita tidak nampak  bagaimana syaitan itu dibelenggu, bagaimana pintu neraka ditutup manakala pintu syurga dibuka dan bagaimana bentuk pahala berganda-ganda yang dijanjikan apabila beramal pada bulan ini.Namun, kita dapat melihat betapa orang ramai berlumba-lumba dalam beramal pada bulan mulia ini, melakukan amalan seperti solat berjemaah, tadarrus Al-Quran dan banyak lagi.Inilah keistimewaan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain.

             
                Dan jika anda masih ingat, cuba imbas kembali sesi yang lalu.Apakah yang kita lakukan usai 30 hari kita menahan diri dari lapar dan dahaga.Apakah kita berjaya meneruskan amalan-amalan seperti solat sunat tahajjud setiap malam?Adakah kita berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebulan sekali, atau paling tidak 3 bulan sekali?Apakah kita terus menjadi makmum di masjid pada bulan-bulan seterusnya?,atau masih lagi kembali lalai dalam menunaikan tanggungjawab kepadaNya?Jangan letak jawapan anda pada komen di bawah.Tanya sendiri dan jawab sendiri dalam hati.Sebelum kita pelik dengan televisyen yang terus menerus menjamu penontonnya dengan perkara lalai selesai ramadhan,hal ehwal artis dan banyak lagi, pelik dulu dengan diri kita yang masih lagi lupa dan leka.Memang benar istiqamah itu sukar, tetapi paling tidak, berusaha untuk istiqamah, Allah kan Maha Adil dan Maha Teliti akan sesuatu.JANGAN PUTUS HARAPAN!!!


                Dan cuba kali ini, tanam niat dalam hati kita, agar momentum ramadhan ini tidak berhenti pada 1 syawal sahaja.Bagaikan sebuah kereta ingin ke satu destinasi yang jauh, pasti perlukan servis dan penambahbaikan yang mantop. Logiknya, kereta yang selesai diservis akan lebih power dan laju.Begitu juga hidup ini, untuk sampai ke kampung akhirat dengan selamat, kita memerlukan ramadhan sebagai pusat servis kita sebelum meneruskan perjalanan yang kita tidak tahu bila kita akan sampai.Jangan berhenti berlari!Jika anda masih berjalan, cuba untuk berlari bukannya  merangkak.

Ramadhan Kareem….Allahu Akram.

#Jadi hamba Allah, Jangan jadi hamba Ramadhan…

Sunday, June 23, 2013

Ramadhan kembali doe...

ramadhan tajalla wabtasama,
tuba linnafsi izaghtanama,

Syair arab ini membawa maksud "ramadhan muncul dan tersenyum, beruntunglah untuk insan-insan yang bersiap sedia untuk ramadhan....."

Bersempena dgn Bulan Ramadhan yg hampir tiba, kami menyeru kepada muslimin-muslimat agar bersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Dengan persiapan inilah bakal memberi kita suatu ni'mat dalam mengerjakan ibadah puasa dalam bulan ramadhan.

Memetik kata-kata seorang tok guru pondok di Siam, " Ramadhan ni ibarat satu lori yang penuh dgn hadiah, lori tersebut dtg ke rumah kita dan memunggah semua hadiah-hadiah di hadapan rumah kita, terpulang kepada kita samada ingin mengutip hadiah itu atau tidak".....kata-kata ini mengambarkan bahawasanya betapa banyak ganjaran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya pada bulan  yang mulia ini.  kita juga perlu menjalankan ibadah puasa dgn mementingkan dua aspek  iaitu:-

1) Penuh keimanan
2)Penuh keinsafan

Dengan mengambil berat dua aspek ini dosa-dosa kita akan diampunkan oleh Allah s.w.t berdasarkan kepada hadis nabi. Selain itu, Allah turut menghadiahkan kepada hambaNya malam al-qadr atau lailatul qadr. Lailatul qadar seperti mana dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Qadr malam lailatul qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Ini merupakan ganjaran besar daripada Allah s.w.t. Dalam bulan ini juga kita dianjurkan memperbanyakkan membaca al-Quran. Allah menerangkan didalam al-Quran bahawasanya bulan ramadhan merupakan bulan yang turun padanya al-Quran.


Jadi sebagai penutup, ayuh kita menggandakan ibadah kita pada bulan ramadhan dengan penuh rasa penghambaan kepada Allah, moga kita peroleh ni'mat dan ganjaran daripada Allah s.w.t.

Sunday, July 29, 2012

10 Gangguan syaitan ketika solat


1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasullullah S.A.W, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasullullah  S.A.W dan mengadu, “Wahai Rasullullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasullullah  S.A.W menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib."

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah S.W.T gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
 Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasullullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
 Abu Hurairah berkata, “Rasullullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

 Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, "Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!" Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

 Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasullullah S.A.W ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasullullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

 Rasullullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

 “Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasullullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasullullah  S.A.W,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
 Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasullullah hukum melihat ketika solat”. Rasullullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk
 Rasullullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

 Dalam riwayat lain Rasullullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air
 Rasullullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

 Firman Allah S.W.T Bermaksud: “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.Semoga ia beroleh manfaat dan sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah S.W.T.

Monday, June 6, 2011

Isghtifar Bulan Rejab

Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT manakala bulan Sya'ban adalah bulan Nabi
Muhammad SAW dan bulan Ramadhan adalah bulan umat Islam

Fadilat Isghtifar Rejab

Rasulullah S.A.W bersabda kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib: “Wahai Ali, tulislah Raja Istigfar ini. Kerana siapa yang membacanya, atau menyimpan tulisannya didalam rumah atau pada harta bendanya, atau tulisan itu dibawa kemana saja ia pergi, maka Allah memberi kepadanya pahala 80,000 nabi, 80,000 siddiqin, 80,000 malaikat, 80,000 orang mati syahid, 80,000 orang yang beribadah haji dan pahala membangun 80,000 masjid.”

Dan barangsiapa yang membacanya sebanyak 4 kali atau 2 kali sepanjang hidupnya, maka diampuni dosanya oleh Allah Ta’ala, walaupun ia ditetapkan akan masuk neraka.(Al Hadits).
Oleh kerana itu, sebaiknya istigfar ini dibaca setiap malam atau siang, agar memperoleh pahala sebesar itu.

Rasulullah S.A.W. juga bersabda: “Barangsiapa yang membaca Istigfar Rejab ini, maka akan dibangunkan 80 negeri di syurga, setiap negeri mempunyai 80 mahligai, setiap mahligai mempunyai 80 rumah, setiap rumah mempunyai 80 kamar, setiap kamar ada 80 bantal, dan setiap bantal, 80 bidadari.

Amalkan istighfar ini setiap hari pada bulan Rejab :

* أسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيمَ( 3 ) الَّذِى لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ القَيُّوْمُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الْمَعاَصِى وَالذُّنُوب وأَتوُبُ إِلَيه مِن جَمِيعِ مَا كَرِهَ اللهُ قَولًا وَ فِعلاً وَ سَمْعًا وَبَصرًا وَخَاطِرًا .

* اَللَّهُمَّ إِنىِ أَستَغفِرُكَ مِن كُلِ ذَنبٍ تُبتُ إِلَيكَ مِنهُ ثُمَّ عُدتُ فِيهِ وَأَستَغفِرُكَ بِمَا أَرَدتُ بِهِ وَجهَكَ الكَرِيمَ فَخَالَطتُهَ بِماَ لَيسَ لَكَ بِهِ رِضًى وَأَستَغفِرُكَ بِمَا وَعَدتُكَ بِهِ نَفسِى ثُمَّ اخْلَفْتُكَ .

* أَستَغفِرُكَ مِنَ الذُّنُوبِ الَّتِى لاَ يَغفِرُهَا غَيرُكَ وَلَا يَطَّلِعُ عَلَيْهَا أَحَدٌ سِوَاكَ وَلاَ يَسِعُهَا إِلَّا رَحمَتُكَ وَحِلمُكَ وَلَا يُنَجِّى إِلَّا عَفوُكَ .

* وَأَستَغفِرُكَ يَا لَا إِلَهَ أَنتَ سُبحَانَكَ إِنّى كُنتُ مِنَ الظَالِمِينَ . وَأَستَغفِرُكَ يَا اَلله لَا إِلَهَ أَنتَ وَحدَكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ .

* سُبحَانَكَ يَا رَبَّ العَالَمِينَ , لَكَ المُلكُ وَلَكَ الحَمدُ وَلَكَ الشُّكرُ , أَنتَ حَسبُنَا وَنِعمَ الوَكيِلُ وَنِعمَ المَوْلَى وَنِعمَ النَّصِيرُ . وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحبِهِ وَسَلَّمَ تَسلِيمَا كَثِيرَا وَالحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ .

~Maksudnya:
Aku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong, yang tiada Tuhan kecuali Dia, Yang Hidup tegak.

Aku bertaubat kepadaNya dari segala perbuatan maksiat dan dosa. Aku bertaubat kepadaNya dari segala ucapan, perilaku, pendengaran, penglihatan dan perasaan yang Engkau benci.

Ya Allah, sesunggohnya aku mohon ampun kepada Mu dari segala dosa yang telah lalu dan yang kemudian, yang melewati batas, yang aku sembunyikan dan yang terang-terangan serta dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada saya.

Engkau yang Qadim dan yang Akhir, dan Engkau atas segala sesuatu berkuasa.

Ya Allah, sesunggohnya aku mohon ampun kepada Mu dari setiap dosa, aku bertaubat kepada Mu dari dosa yang kemudian diulanginya.

Aku mohon ampun kepada Mu atas amal yang tujuannya untok Mu telah dicampuri hal-hal yang tidak Engkau ridhai.

Aku mohon ampun kepada Mu atas khianatku terhadap janji Mu padaku, dan aku mohon ampun kepada Mu atas pelanggaran terhadap sesuatu yang terlarang, aku mohon ampun kepada Mu dari segala nikmat pemberian Mu kepadaku yang aku menyalahgunakannya pada perbuatan durhaka, dan aku memohon ampun kepada Mu atas segala dosa yang tiada pengampunannya kecuali Engkau, dan tidak menampakkannya kepada seseorang pun selain kepada Mu, dan tidak melapangkannya kecuali rahmat dan santunan Mu dan tidak dapat selamat darinya kecuali atas ampunan Mu, aku mohon ampun kepada Mu dari setiap sumpah yang aku langgar, dan aku mohon ampun kepada Mu wahai Dzat yang tiada Tuhan kecuali Engkau.

Maha Suci Engkau bahawasanya aku menganiaya diri. Aku mohon ampun kepada Mu wahai Dzat yang tiada Tuhan kecuali Engkau yang mengetahui barang yang gaib dan nyata, dari setiap kejahatan yang aku lakukan di siang hari ataupun di malam hari, tersembunyi atau terang-terangan, Engkau senantiasa melihat aku, setiap aku melakukan maksiat pasti Engkau melihatnya baik perilaku yang aku sengaja, salah ataupun lupa wahai Dzat yang Penyantun lagi Pemurah.

Dan aku mohon ampun kepada Mu yang tiada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau bahawasanya aku menganiaya diri.

Ya Allah Tuhanku, ampunilah aku dan kasihanilah serta terimalah taubatku, Engkau sebaik-baik yang mengasihi.

Aku mohon ampun kepada Mu atas pelanggaran ku meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan kepadaku dalam sehari semalam, baik yang aku sengaja atau yang tidak, yang lupa atau yang aku abaikan, dan aku diturut kerananya dan dari setiap perjalanan (sunah) Nabi Muhammad S.A.W. yang aku tinggalkan kerana lupa atau khilaf, dungu atau menggampangkannya, sedikit atau banyak dan aku mengulanginya.

Aku mohon ampun kepada Mu wahai Dzat yang tiada Tuhan kecuali Engkau, Yang Esa, tiada sekutu bagi Mu.

Maha Suci Engkau Penguasa alam semesta, kepunyaan Mu lah kerajaan, dan bagi Mu lah segala puji dan syukur, Engkaulah yang mencukupi aku , Engkau adalah sebaik-baik Pelindung dan Penolong, tiada kekuatan dan kemampuan melakukan ibadah kepada Mu, serta menjauhi larangan Mu kecuali dengan pertolongan dari Mu Yang Luhur dan Agong.

Semoga Allah memberi selawat dan salam sebanyak-banyaknya kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan sahabat2 beliau. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Sesungguhnya dari Allah SWT kita datang, dari Allah SWT jua kita akan kembali…rebutlah peluang dengan membuat kebaikan..utk bekalan di akhirat!

Sunday, November 7, 2010

Berharap kepada yang tak punya....

"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?
Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.
Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.
Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan.
Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.
Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapanAllah tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi?
Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.
Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi.
Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri.
Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.
Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah.
Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?
Harapan tak tertunai, bahkan Iman terungkai-rungkai ikatannya.
"Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda.
Hanya aku seorang yang boleh diharapkan"
Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.
Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?
Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.
Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.
Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.
Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.
Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.
Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.
Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.
Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.
Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.
Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?
Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.
"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan"
Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.
Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan.
Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta.
Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.
Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.
Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan.
Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.
Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." - Al-Insyirah: 7-8

Friday, October 29, 2010

IKHLAS



Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi Ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.
Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas ;
Membantu seseorang sambil berkata,
" Ambillah, saya ikhlas. "
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,
" Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak. "
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
" Yang Ikhlas " atau " Yang Benar "
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Tiada sesiapa yang mengetahui yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Erti Ikhlas :
Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ianya sudah tidak tulen lagi.
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, membaca Al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya.
Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.
Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.
Khususul Nafs :
kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
  •  awal
  •  pertengahan
  •  akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata ;
" Inilah masanya nak jadi popular. "
" Aku akan jadi terkenal. "
" Dengan ceramah ini dapatlah duit poket. "
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata ;
" Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis. "
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata ;
" Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis. "
Waktu itu maka datanglah rasa riak hingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah, tiba-tiba apabila siap sahaja rumah itu runtuh menyembah bumi.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab mempunyai rasa riak. Sifat takwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Monday, October 25, 2010

Kisah Seorang Kanak- Kanak Yang Cerdik .....

Pada satu hari Bahlul Radiallahu anhu sedang berjalan2 di kota Basrah dan terserempak dengan sekumpulan budak2 sedang asyik bermain2. Di antara sekian ramai budak itu hanya ada seorang budak yang tidak ikut bermain.Dia hanya melihat saja sambil menangis.Bahlul mengagak budak tersebut menangis kerana tidak mempunyai mainan seperti teman2 yang lain.lalu Bahlul mendekati budak itu untuk memujuknya agar jangan menangis.
"Wahai anakku,mengapa engkau menangis ? Tak baiklah menangis macam ini.Biar pak cik belikan mainan seperti itu,nanti engkau boleh bermain seperti mereka." kata Bahlul.
Budak itu berhenti menangis sebentar kemudian memandang wajah Bahlul dan berkata :"Wahai pak cik yang cetek akal.Apakah kita ini diciptakan oleh Allah untuk bermain-main ?"
"Mengapa engkau berkata begitu ? Apakah engkau tahu untuk apa kita diciptakan ? tanya Bahlul.
"Ya tahu.Untuk menuntut ilmu dan beribadah kepada Allah." kata budak kecil tersebut.
Bahlul sangat terperanjat mendengar jawapan itu,tidak sangka budak sekecil itu punyai wawasan dan repomasi yang jitu.
"Semoga Allah memberkatimu.Dari mana engkau tahu tentang itu ?" tanya Bahlul lagi.
Budak itu menerangkan bahwa dia mengetahui perkara itu dari firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran Surah Al-Mukminun ayat 115 yg bermaksud " Apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ? "
"Wah ...kalau begitu engkau ini seorang hukamak.Sila berilah aku nasihat!" kata Bahlul setelah mengetahui kecerdasan budak itu.
Budak kecil itu lalu bersyair yang berisikan nasihat tentang dunia dan kerugian orang yang menjadikannya sebagai matlamat hidup.Setelah itu dia memekik kuat sehingga rebah ke tanah dan pengsan di situ.
Bahlul segera mengangkat kepalanya dan diletakkannya di ribaannya.Debu2 yang terdapat di kepala dan wajahnya dilap sehingga bersih.Sebentar kemudian dia sedar dari pengsannya.
"Wahai anakku,mengapa sampai begini rupa ? Engkau masih kecil dan belum mempunyai sebarang dosa." kata Bahlul.
"Pergilah engkau daripadaku.Wahai Bahlul,aku telah melihat ibuku menyalakan api didapur untuk memasak dengan memakai kayu yang besar2.Akan tetapi api tidak mahu membakar sehingga diumpan dengan kayu kecil2 terlebih dahulu.Dari pengalaman itu aku merasa takut kalau aku dijadikan kayu2 kecilnya neraka jahannam."
Sekali lagi Bahlul terpinga2 akan kepandaian budak itu,semua kata2 dan hujahnya bernas dan masuk akal.Kerana nasihat si kecil itu hati Bahlul tergugat rasa takutnya kepada allah memuncak dan dia pun pengsan di situ juga.Dalam keadaan demikian budak tadi beredar dari tempat itu.
Apabila Bahlul sedar dari pengsannya dia segera melihat pada kumpulan budak2 yang sedang bermain2 tapi budak cerdas yang satu itu sudah tiada di antara mereka.
"Siapa gerangan budak tadi itu ?" tanya Bahlul kepada budak2 yang ada di situ.
"Apakah pak cik tidak kenal dia ?"
"Tidak aku tidak kenal.'
"Dia itu dari keturunan Husain bin Ali bin Abi Talib Radiallahu anhum." jawab mereka.
Bahlul terkejut apabila mengetahui bahwa budak itu sebenarnya adalah keturunan Rasulullah s.a.w
Kalau begitu patutlah Benihnya memang dari pokok yang baik,maka tumbuh dan berbuah yang baik pula." kata Bahlul pada dirinya.

"Istimewanya Seseorang Yang Bergelar Wanita....."

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya

TAWADDHU' TERHADAP ALLAH

Tawaddhu' atau sikap merendahkan diri adalah merupakan budi pekerti yang mulia. Dengan adanya sikap tawaddhu' maka akan menjadi indah budi pekerti, baik terhadap sesama manusia mahupun terhadap Allah.

Sikap tawadhu' itu tumbuh kerana adanya kesedaran akan hakikat kejadian diri. Sebab dari segi kejadiannya, manusia diciptakan dari tanah, maksudnya asal diciptakan manusia pertama sekali (Adam) adalah dari tanah. Kemudian anak keturunannya dari setitis air yang hina

Sunday, October 24, 2010

Tidak bertambah kerana pujian,tidak berkurang kerana kejian


Apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti ada yang mengatakan :

"Wah! Baguslah awak."

" Awak memang baik."

"Jarang jumpa orang macam awak."

" Hebatnya!"

Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan kepada kita. Lantas kira menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan.

Kita merasakan ada nilainya kebaikaan tersebut pada pandangan mata manusia. Bagaimanakah pula keadaannya apabila ada yang mengatakan :

"Eleh, tu nak tunjuk baik la tu."

"Buang masa awak saja buat macam tu."

" Jangan buat macam tu lagi lain kali!"

Apakah kesannya kepada diri kita?

Adakah kita masih terus melakukan kebaikan tersebut atau kita meninggalkannya?

Kesan yang berlaku atas diri kita daripada respons positif dan negatif orang lain ini menjadi indaktor kepada keikhlasan kita dalam beramal.

Nilai sesebuah amal itu tidak dapat ditentukan berdasarkan kepada pujian manusia. Apa yang lebih penting adalah penilaian Allah SWT.

Apabila telah ada saranan untuk melakukan sesebuah amal daripada Allah SWT dan Rasul SAW, maka ia tetap mempunyai nilai yang tinggi sama ada orang lain memuji atau mengeji.

Dalam ertikata lain, orang yang ikhlas tidak akan berganjak sedikitpun daripada sebuah amal yang baik, bahkan dia sentiasa istiqamah dengan kebaikan. Tidak bertambah kerana pujian, atau berkurang kerana kejian.

Berbeza dengan seseorang yang mengejar pengiktirafan manusia, bila dipuji dia berbangga dan menambah lagi kebaikan, bila dikeji dia merasakan seolah-olah azab Allah menimpanya lalu dia meninggalkan amal baik tersebut. Konsistensi amalannya bergantung kepada respons manusia terhadapnya.

Seseorang yang saya maksudkan tersebut boleh jadi kita sendiri, termasuk saya yang menulis.

Pernahkah kadang-kadang kita merasa kagum dengan mujahid Islam yang syahid lantas kita juga bercita-cita untuk syahid sepertinya?

Namun jauh di sudut hati kecil kita bersuara, "Tentu aku akan dikenang orang."

Pernahkan kita membaca karya agung ulama-ulama silam lantas kita ingin berkarya seperti mereka?

Hati kecil kita masih lagi bersuara, "Tentu orang akan menyanjung aku."

Tatkala kita melayani perasaan tersebut dan berusaha mengejar pengiktirafan manusia, maka amal kita telah dicemari dan tidak lagi ikhlas. Namun apa yang boleh kita usahakan ialah menentangnya dan melawannya.

Oleh itu, matlamat yang jelas perlu ditentukan sejak kita berniat melakukan sebuah amal sehinggalah kita habis melaksanakannya.

Keikhlasan itu perlu dijaga – sebelum, ketika, dan setelah melakukan sebuah amal. Susah memang susah, sebab itulah perlunya mujahadah.

Sampai bila? Sampai kita bertemu Allah SWT. Saya masih ingat pesan Ustaz Che; Abdul Majid yang pernah saya kenali di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya dulu;

Berbuat baik ayuhai teman,
Ke dalam laut engkau campakkan,
Kalau tidak dikenal ikan,
Tuhanmu tahu iyakah, bukan

Bait syair di atas menyeru supaya kita ikhlas melakukan sesebuah amal hanya untuk keredhaan Allah SWT dan hanya untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah SWT.

Amal yang baik itu takkan sekali-kali disiarkan oleh Allah. Bahkan yang terdetik di sudut hati kita juga tak pernah terlepas daripada pandangan Allah SWT. Biarlah Allah yang menilai kebaikan kita dan memberikan ganjaran di akhirat. Firman Allah:

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedangkan Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah : 16)

"Jika kamu tamakkan apa yang ada di sisi manusia, kamu akan dibenci Allah. Jika kamu tamakkan apa yang ada di sisi Allah, kamu akan disanjung manusia." - Kata hikmah.

Bahkan dalam memuji juga kita harus berhati-hati. Boleh jadi pujian kita itu akan menghancurkan saudara seagama kita. Pujilah sekadar yang perlu dan kembalikanlah hak menilai itu kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW berpesan;

"Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah dari bapanya r.a katanya : Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi, lalu Nabi berkata kepadanya : " Celaka kamu. Bereti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu baginda ucapkan banyak kali). Apabila seseorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata, "Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilai selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu." (Hadis Riwayat Muslim)

Jika ada yang memujimu, katakalah "Alhamdulillah" dengan sebenar-benarnya.

Saturday, August 14, 2010

MUHASABAH RAMADAN










Ramadan ini akan pergi
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semuga semuanya masih… di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya

(Apakah roh Ramadan ini
akan terus menerangi
… bulan-bulan seterusnya?)

Nanti Syawal bertamu jua
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan…
di dalam diri

(Apakah kita berjaya?
atau sekadar menumpang gembira…
di pinggiran kebesaran-Nya?)

Ramadan dan Syawal akan pergi
silih berganti masa
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan
..dihempas ombak keresahan

(Akan tiba saatnya
Ketika Ramadan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada…
untuk menyambutnya!)

SOURCE: Ustaz Pahrol Juoi

p/s-bersama-samalah kita mengimarahkn 10 malam terakhir ramadan ini, menghargai setiap detik di bulan ramadan dengan melakukan banyak amalan....bimbang dan takut jika ini adalah ramadan terakhit buat kita..

Saturday, July 24, 2010

SENYUMLAH SAYANG.........




1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3.Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6.Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15.Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".



_POSTED BY DAKWAH AND TARBIYYAH BUREAU OF PERKIM UIA PJ_
_LINK^^ansorullah_syahid@yahoo.com


LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki
terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi
(khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat bagi membersihkan dosa).

Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)




^^^^POSTED BY^^^^ DAKWAH AND TARBIYYAH BUREAU OF PERKIM UIA PJ...(",)

''BUKANKAH kami juga saudara2mu wahai utusan ALLAH??''


Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn M
ajah]

Tuesday, July 13, 2010

Tazkirah | 10 Sebab Wanita Dimasukkan Ke Neraka Kelak.

Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah a.a.w, Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w Sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah Mengapa Rasulullah menanggis?"

Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya sepertti hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing danbeberapa ekor ular dan kala jenking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui diburnya dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu mereka dari neraka.

Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakku Fatimah, adapun :

• Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu Menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.

• Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda "sesaorang wanita yang menyakiti suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Sesaorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya maka para malaikat juga melaknatinya."
Dari Uthman r.a. berkata "seseorang perempuan yang mengatakan kepada suamminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.

• Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.

• Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.

• Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.

• Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

• Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jenking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.

• Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti kaldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka sangat berdusta.

• Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada di bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, makasesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"

Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi bolih tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya

Sunday, June 27, 2010

Panduan Solat Qasar Dan Jama'.


Salam alaikum, memang tak dinafikan kebanyakkan para peserta ke perkampungan Orang Asli sememangnya membuat solat Qasar dan Jama', bagi mereka yang dah fasih hal ini alhamdulillah, tapi bagi yang lupa, jom kita baca penerangan kat bawah ini.

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)



Sunday, May 16, 2010

Mampukah aku .....?



Epigraf

Kadang-kadang , bila diamanahkan sesuatu , kita rasa ragu-ragu .
Kadang-kadang , bila kehadapan untuk menyampaikan , tiba-tiba terdetik ; "bukanlah aku selayaknya" .
Kadang-kadang , bila bercita-cita tinggi , terasa seakan mustahil pula ~




Katakan pada diri ..

Perkara pertama yang Allah mahukan daripada kamu ialah , kamu mesti YAKIN pada diri sendiri . Kamu perlu sedari kedudukan kamu . Kamu perlu YAKIN bahawa kamu adalah pemimpin dunia , walaupun , musuh-musuh kamu cuba merendah-rendahkan kamu . Kamu juga perlu YAKIN bahawa kamu adalah guru buat seluruh manusia , walaupun , secara zahirnya orang lain lebih menguasai kehidupan ini . Namun , segala kesudahan akan berpihak pada orang yang bertaqwa .

Oleh itu ,

Wahai Pemuda ..

Perbaharuilah keYAKINan kamu . Tetapkan MATLAMAT dan HALA TUJU kamu . Kekuatan pertama adalah keYAKINan . KeYAKINan akan melahirkan perpaduan . Perpaduan pula pasti akan membuahkan kemenangan . Jadi berimanlah dan pupuklah persaudaraan . Seterusnya , tunggu dan lihat , kemenangan pasti menjelma .

Wahai Pemuda ..

Dunia ketika ini sedang kebingungan dan kehilangan arah . Apa sahaja system yang ada di dunia kini telah gagal menyelesaikan masalahnya . Dan hanya satu sahaja ubat yang masih ada iaitu ISLAM .

Oleh itu , maralah dengan nama Allah untuk menyelamatkan dunia ini . Seluruh manusia sedang menanti-nantikan orang yang bakal menyelamatkan mereka …

Hanya risalah ISLAM sahaja sebagai penyelamat dan KAMUlah pemegang obornya !



-asSyahid Imam Hassan alBanna-





Epilog


Bila ragu-ragu , yakinlah , ini anugerah Ilahi dan pasti dirimu mampu !

Bila terdetik "bukanlah aku selayaknya" di hati , janganlah berundur dan duduk , tetapi maralah dan yakinlah , "Allah jua sebaik-baik tempat bergantung harap dan padaNya sahajalah aku berserah !"


Bila terasa mustahil dek bercita-cita tinggi , yakinlah dirimu mampu merealisasikannya ! Impian yang besar lahir daripada jiwamu yang besar

~sama-samalah kita muhasabah diri untuk jadi yang terbaik untuk Islam,Malaysia dan keluarga kita...Insha Allah../(^-^)\

Wednesday, April 14, 2010

Kepentingan Berprogram Follow UP.


SESUNGGUHNYA Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun walau seberat zarah (debu) dan jikalau (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan mengandakkannya dan akan memberi, dari sisi-NYA, pahala yang amat-amat besar.
(An-Nisa' 39)

Kebajikan adalah sesuatu perbuatan yang baik dan membawa kepada kebaikan. Setiap individu Muslim berkewajipan untuk berusaha dan berlumba-lumba melakukan amalan soleh dan kebajikan serta menyegerakan untuk melakukan sesuatu tanpa ditangguh-tangguh.

Amalan kebajikan adalah sesuatu yang wajib dituntut untuk dilakukan sebagai manifestasi perhambaan kita kepada Allah s.w.t. Sehubungan dengan itu, antara tanggungjawab seorang mukmin ialah melaksanakan amalan kebajikan. Amalan kebajikan yang dilakukan oleh seseorang sebenarnya adalah untuk kebaikan dirinya sediri dan untuk memberi manfaat dalam kehidupannya.

Apabila seseorang itu bermuhasabah terhadap dirinya, maka dia akan menyedari betapa kehidupan di dunia adalah kehidupan yang memikul tanggungjawan. Seterusnya akan dipersoalkan di akhirat kelak sama ada tanggungjawab tersebut dilaksanakan atau tidak semasa kehidupan di dunia yang penuh anok duri ini. Dengan kekuatan yang sedia ada dan kekuatan luar biasa yang Allah s.w.t bagi, alhamdulillah ramai gerakan dan badan-badan persendirian sedar betapa pentingnya kita berdakwah pada jalanNya.

Setelah berdakwah, mengikuti dan mengambil tahu mengenai persekitaran, masyarakat atau individu yang didakwah adalah sangat penting. Saya ingin berkongsi cerita mengenai cerita yang disampaikan oleh seorang ustaz kepada saya baru-baru ini. Cerita ustaz itu yang sama-sama mengikuti saya dan sahabat lain berprogram di Perkampungan Orang Asli di Pahang, dia ada bercakap-cakap dengan warga kampung sekitar perkampungan itu yang mana mereka menceritakan ada badan dakyah yang turut masuk ke perkampungan Orang Asli di kawasan tersebut. Kristian, katanya. Ini mengejutkan saya dan membuat saya berfikir apa kepentingan kita ber'follow up' dengan masyarakat atau program yang telah kita laksakan yang melibatkan islam dan kefahaman itu sendiri.

Mungkin pada lafaz dan hakikatnya seseorang individu itu telah islam-orang-orang asli. Tetapi hati mereka belum cukup kuat untuk thabat dalam islam itu sendiri. Tak usah pergi jauh, lihat sahaja pada pemuda-pemudi yang secara semula jadinya dilahirkan dalam islam pun masih lagi goyah dalam berdiri diatas paksi keislaman itu sendiri. Bersosial berlebihan, menghalalkan yang haram dan lain-lain lagi. Berfikir sejenak, sebelum memegang jawatan dalam organisasi dakwah, ramai senior yang bersungguh-sungguh menasihati supaya saya dan sahabat lain membuat program follow up. Baru sekarang saya sedar bahaya kepentingan itu sangat jelas dan mudah. Jika misalnya kita tidak mengikuti perkembangan masyarakat yang telah kita dakwah, kita biarkan mereka berislam dengan lafaz semata-mata, mungkin sebulan cuma kita tinggalkan mereka, mereka sudah menjadi agama asal mereka kembali atau bertukar kepada agama lain.

Oleh itu, program follow up ini sangatlah penting dalam menjaga saudara baru kita yang ingin mencari kedamaian yang abadi di akhirat kelak. Kita yang sudah mengaku menjadi da'ie seharusnya meluangkan masa untuk turut bergerak bersama mereka mengajar soal islam dan amalan yang perlu dilaksanakan sejajar dengan pendekatan islam itu sendiri yang sangat mudah.

Penulis: Ahli Biro Dokumentasi dan Penerbitan(DnP) PERKIM Club IIUM PJ.