Salam alaikum, memang tak dinafikan kebanyakkan para peserta ke perkampungan Orang Asli sememangnya membuat solat Qasar dan Jama', bagi mereka yang dah fasih hal ini alhamdulillah, tapi bagi yang lupa, jom kita baca penerangan kat bawah ini. Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut: 1.0 Solat Qasar 1.1 Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan. 1.2 Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut: i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” ii. Al-Sunnah yang bermaksud; ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” 1.3 Jarak Dibenarkan Qasar Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer. 1.4 Syarat Solat Qasar i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’. ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu). 1.5 Contoh Niat أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
2.0 Solat Jama' 2.1 Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada : i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib. ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.2.2 Syarat Solat Jama’ 2.2.1.Solat Jama’ Taqdim i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram. iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu. iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua. v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’). 2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua. 2.3 Contoh Niat 2.3.1 Jama’ Taqdim i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى 2.3.2 Jama’ Ta’khir i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
|
Sunday, June 27, 2010
Panduan Solat Qasar Dan Jama'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment