Mencari keberkatan ramadhan.
Assalamualaikum...
Ramadhan
kembali, dan Alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk meyertai ‘pesta
ibadah’ pada tahun ini.Pastinya, ramai antara kita awal-awal lagi sudah
menetapkan misi dan matlamat masing-masing , “aku nak khatam Al-Quran ramadhan ini”,”aku berazam nak tahajjud setiap malam”
dan banyak lagi dialog sebelum ramadhan.Tidak terkecuali, ada antara kita yang
masih terkial-kial dalam menghadapi Ramadhan, dialog yang sama diucapkan setiap
tahun…”malaslah nak puasa, sebulan kot”,”alamak, puasa tahun lepas tak ganti
lagi”.
Perasankah
anda, banyak perubahan akan berlaku apabila masuk musim berpuasa.Masjid-masjid
yang dahulunya sunyi sepi, kini penuh bagaikan lebah menghurungi sarangnya.Televisyen
dan radio yang asyik menghidangkan hiburan yang melalaikan, tiba-tiba bertukar
menjadi televisyen yang menghidangkan program keagamaan dan drama-drama dakwah.Pusat-pusat
kebajikan yang sebelum ini diabaikan seperti rumah anak yatim penuh ditempah
oleh badan organisasi bagi meraikan golongan yang kurang bernasib baik dalam majlis berbuka
puasa..Sesungguhnya, inilah antara sebab kenapa ramadhan merupakan bulan yang
paling ditunggu-tunggu.Inilah dia berkat bulan ramadhan.Sememangnya kita tidak nampak
bagaimana syaitan itu dibelenggu, bagaimana
pintu neraka ditutup manakala pintu syurga dibuka dan bagaimana bentuk pahala berganda-ganda
yang dijanjikan apabila beramal pada bulan ini.Namun, kita dapat melihat betapa
orang ramai berlumba-lumba dalam beramal pada bulan mulia ini, melakukan amalan
seperti solat berjemaah, tadarrus Al-Quran dan banyak lagi.Inilah keistimewaan
bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain.
Dan
jika anda masih ingat, cuba imbas kembali sesi yang lalu.Apakah yang kita
lakukan usai 30 hari kita menahan diri dari lapar dan dahaga.Apakah kita berjaya
meneruskan amalan-amalan seperti solat sunat tahajjud setiap malam?Adakah kita
berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebulan sekali, atau paling tidak 3 bulan
sekali?Apakah kita terus menjadi makmum di masjid pada bulan-bulan
seterusnya?,atau masih lagi kembali lalai dalam menunaikan tanggungjawab
kepadaNya?Jangan letak jawapan anda pada komen di bawah.Tanya sendiri dan jawab
sendiri dalam hati.Sebelum kita pelik dengan televisyen yang terus menerus
menjamu penontonnya dengan perkara lalai selesai ramadhan,hal ehwal artis dan
banyak lagi, pelik dulu dengan diri kita yang masih lagi lupa dan leka.Memang
benar istiqamah itu sukar, tetapi paling tidak, berusaha untuk istiqamah, Allah
kan Maha Adil dan Maha Teliti akan sesuatu.JANGAN PUTUS HARAPAN!!!
Dan
cuba kali ini, tanam niat dalam hati kita, agar momentum ramadhan ini tidak
berhenti pada 1 syawal sahaja.Bagaikan sebuah kereta ingin ke satu destinasi
yang jauh, pasti perlukan servis dan penambahbaikan yang mantop. Logiknya,
kereta yang selesai diservis akan lebih power dan laju.Begitu juga hidup ini,
untuk sampai ke kampung akhirat dengan selamat, kita memerlukan ramadhan
sebagai pusat servis kita sebelum meneruskan perjalanan yang kita tidak tahu
bila kita akan sampai.Jangan berhenti berlari!Jika anda masih berjalan, cuba
untuk berlari bukannya merangkak.
Ramadhan Kareem….Allahu Akram.
#Jadi hamba Allah, Jangan jadi hamba Ramadhan…
No comments:
Post a Comment