Monday, January 3, 2011

Kunjungan Kaseh ke RTK



"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)­­­
Bersempena dengan sambutan Ma’al Hijrah 1435 Masihi PERKIM UIA PJ sesi 2010 telah menganjurkan satu program iaitu program “Kunjungan Kaseh” yang bertempat di Rumah Titian Kaseh , Titiwangsa dengan objektif utamanya untuk meraikan Ma’al Hijrah tahun ini bersama dengan warga rumah tersebut . Antara objektifnya yang lain ialah mempertaut ukhwah silaturahim dalam kalangan ahli-ahli Perkim di samping menyemai semangat tolong menolong dan bantu membantu dalam diri golongan muda peneraju ummah .
Seramai 41 orang peserta yang mengikuti program ini termasuk faisilitator progam yang terdiri daripada ahli Perkim itu sendiri.Kami bertolak ke Rumah Titian Kaseh , Titiwangsa pada pukul 7.30pagi dan perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sesampainya di sana, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu; kumpulan fasilitator , kumpulan memasak dan juga kumpulan ahli jawatan kuasa . Kumpulan memasak ditugaskan untuk menyediakan minum pagi dan juga makanan tengahari . Mereka berpindah ke rumah lelaki memandangkan peralatan di sana lebih mencukupi berbanding rumah perempuan .
menunggu bas sambil membaca 'newspaper'
Menurut Mak Pah ,pengurus di situ, warga RTK terdiri daripada golongan warga emas , ibu tunggal , OKU dan juga anak yatim di mana jumlahnya mencecah 200 orang . Tambah Mak Pah lagi , anak-anak yatim di sini kebanyakan mempunyai ibu bapa masing -masing cuma keluarga mereka tidak berkemampuan dan tidak mampu menyara mereka.


penghuni-penghuni RTK
Program dimulakan dengan Taaruf oleh fasilitator dan juga ahli jawatan kuasa program . Setelah itu , para peserta diberikn setiap seorang sekeping gambar binatang yang terdiri daripada : ayam , harimau , kambing , lembu , itik dan kucing . Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan haiwan – haiwan tersebut . Setiap kumpulan akan dipimpin oleh dua orang fasilitator yang terdiri daripada muslimin dan muslimat . Setelah itu , setiap fasilitator akan diberi penerangan mengenai LDK 1 iaitu ’ Story Telling ’ . Mereka dikehendaki menceritakan kepada ahli kumpulan mengenai peristiwa yang terlibat semasa Maal Hijrah . Contohnya , penghijrahan Nabi Muhammad dan para pengikutnya dari Mekah ke Madinah . LDK ini dapat memberi pendedahan awal kepada golongan muda tentang susah payah dan jerih perih golongan terdahulu dalam menyebarkan syiar Islam .
story telling time
ramah mesra dengan adik-adik
Selepas itu , program berhenti selama 30 minit untuk minum pagi . Kami dijamu dengan sandwich telur , kek coklat, kentang goreng dan air teh . Program diteruskan lagi dengan LDK 2 iaitu “lets Colouring” . LDK ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk menzahirkan bakat yang terpendam di samping merangsang otak kanan mereka di mana otak kanan memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri yang unggul .
seronoknya mewarna ^_^
menonton movie upin & ipin
Alhamdulillah , tepat jam 12.00 tengahari , semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan sempurna dan jayanya .Program diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan berdasarkan kategori masing- masing seperti : Kumpulan Paling Bersemangat , Kumpulan Paling Bekerjasama , Kumpulan Paling Ceria , Kumpulan Paling Berdisiplin dan Kumpulan Paling Pantas . Para peserta nampaknya berpuas hati dengan hadiah yang diberikan .
pemberian 'token of appreciation' untuk RTK
Setelah usai Solat Zohor berjemaah, kami menjamu selera yang disedikan oleh kumpulan Memasak tadi dan kelihatan warga RTK sangat berselera menjamah makanan yang disediakan . Kami berangkat pulang ke CFS UIAM PJ dalam jam 2.30 petang.Diharap semua peserta mendapat menimba ilmu sebanyak mungkin melalui program ini dan dapat sebar-sebarkan ilmu itu kepada kawan-kawan yang lain di samping menjadi hamba yang taat kepada Pencipta-Nya.
agih-agih makanan untuk semua
sedapnya dapat makan bersama

No comments: