“Tiap-tiap yang bernyawa pastiakan merasai mati dan bahawa pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya, dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kemudahan dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”.
(Surah Al-Imran : 185)
Berdasarkan ayat di atas, adalah wajar bagi setiap umat Islam sentiasa mengingati mati dan berusaha memperbanyakkan amalan untuk menghadapi alam yang kekal abadi selama-lamanya iaitu Alam Akhirat. Sehubungan dengan itu, adalah penting bagi mereka yang masih hidup untuk mencari dan memiliki ilmu-ilmu agama secukupnya. Manakala apabila seseorang itu meninggal dunia, jenazahnya perlu diuruskan dengan sepatutnya dan hukum menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah bagi orang yang hidup di sesebuah kawasan.
Bertarikh 8 Januari 2011, Sabtu bersamaan 4 Safar 1432, bersempena dengan Program Shahrul Tarbiyatul Qalbi, Kelab PERKIM UIA,PJ dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah dengan jayanya. Kursus ini diadakan di sekitar Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya. Kursus ini telah disertai oleh lebih kurang 50 orang peserta manakala barisan fasilitator yang terlibat pula adalah seramai 10 orang yang terdiri daripada fasilitator yang berpengalaman dari YADIM.
antara peserta2 from brother
antara peserta2 from sister
Objektif utama Kursus Pengurusan Jenazah diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta kursus tentang kewajipan menguruskan jenazah dan cara-cara melaksanakannya. Selain itu, objektifnya adalah untuk memantapkan lagi ilmu-ilmu asas agama dengan mempraktikkan ilmu-ilmu praktikal dan seterusnya melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang berpengetahuan tinggi tentang ilmu agama. Di samping itu, kursus ini dijalankan untuk mengeratkan lagi ukhwah silaturrahim antara ahli-ahli kelab serta peserta-peserta kursus.
Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi teori dan sesi praktikal pengurusan jenazah. Teori pengurusan jenazah telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Latif Mohd Yunus, iaitu Amir (Ketua) Sukarelawan Al-Falah YADIM Negeri Sembilan. Para peserta kursus diberi pendedahan dan tunjuk ajar tentang cara pengurusan jenazah yang betul menurut perspektif Islam. Penyampaian teori tersebut dikatakan cukup lengkap dan berkesan kerana teori yang disampaikan bukan sahaja berkenaan cara menguruskan jenazah semata-mata malahan ia meliputi semua aspek dari awal penjagaan seseorang yang sakit sehinggalah pengurusan jenazahnya selesai.
kehadiran tetamu khas dari YADIM iaitu Ustaz Abdul Latif Mohd Yunus
penerangan daripada Ustz. Abl Latif (model: Asrul)
ustaz menunjukkan cara2 memandikan mayat
sabun yang dibuat dari tanah dan boleh digunakan untuk sertu
Pembelajaran semata-mata tanpa mempraktikkan ilmu-ilmu yang diperoleh tidak mustahil akan membuatkan seseorang itu lebih cepat lupa dengan ilmunya. Oleh itu, kursus pengurusan jenazah ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk mengalami sendiri cara menguruskan jenazah melalui sesi praktikal. Terlebih dahulu para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi praktikal. Praktikal tersebut ternyata mampu memantapkan lagi pemahaman para peserta tentang cara menguruskan jenazah. Para peserta sungguh bertuah kerana mereka berpeluang untuk mempelajari secara teori serta praktikal tentang cara-cara untuk menguruskan jenazah termasuklah cara menyediakan kain kafan, memotong qamis dan mengkafankan jenazah serta menunaikan solat sunat jenazah juga.
tunjuk ajar daripada ustaz
cara mengkhafankan mayat dengan betul (model: Hadi)
"finishing touch" oleh Ustaz Latif
Konklusinya, Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan oleh PERKIM dengan kerjasama YADIM amatlah berguna kepada semua. Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T., kursus ini dapat berjalan dengan lancar. Objektif kursus berjaya dicapai. Diharapkan agar kursus seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang memandangkan ia mendapat sambutan dan respon positif daripada semuapihak.
majlis penutup kursus jenazah
penyampaian sedikit sumbangan kepada Ustaz Latif serta angota2 YADIM
penerimaan sijil kursus jenazah daripada YADIM
berakhirnya kursus jenazah (semoga bertemu lagi) ^_^
Oleh :SitiZalehabintiMustofa @ MohdZain
No comments:
Post a Comment