Thursday, January 20, 2011

Ziarah Mahabbah ke Penjara Kajang


Sesungguhnya ilmu itu amat berguna dan Allah meninggikan darjat orang yang berilmu. Firman Allah: "(dengan ilmu pengetahuan), kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui" (Yusuf: 76)

Alhamdulillah, pada 7 Januari 2011 yang lalu, Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya telah menganjurkan program Ziarah Mahabbah Penjara di Penjara Kajang bersempena kempen Shahrul Tarbiyatul Qalbi. Program ini telah dikendalikan oleh Biro Dokumentasi dan Penerbitan (DnP) Kelab PERKIM UIAM dengan jayanya. Seramai 30 orang pelajar UIA, Petaling Jaya yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Program tersebut bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwwah antara para peserta dengan pihak penjara agar dapat berkongsi pengalaman tentang aktiviti-aktiviti pemulihan yang dijalankan dan berkongsi secara langsung bersama banduan tentang sejarah silam mereka serta mengambil pengajaran yang berguna.

Selain itu, program tersebut bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa tentang kehidupan di penjara agar mahasiswa bukan sahaja dapat menanam tekad untuk sesekali tidak mendekatkan diri di penjara atau erti kata lain, ke arah yang tidak baik.

Malah, mahasiswa juga bukan sahaja harus menjadi masyarakat yang pintar dari segi pelajaran tetapi,pintar dalam menilai sesuatu perkara yang belaku dipersekitaran hidup mereka,dengan mengambil iktibar dari peristiwa yang terjadi kepada penghuni di penjara.

Mereka di sana juga adalah manusia seperti kita,punya hati dan perasaan. Bukan ke penjara hidup mereka. Kalau ditanya kepada mereka, pasti mereka akan memberitahu bahawa,tidak pernah terlintas untuk menjejakkan kaki ke sana,namun kerana ilmu akidah yang kurang mantap,persekitaran yang tidak membimbing ke arah kebaikan,membawa diri mereka ke sana.

Justeru itu,kita selaku mahasiswa yang diberi keizinin oleh Allah swt dengan akal yang cerdik,ilmu agama,hati yang celik,di sini lah masa untuk kita berdakwah,sama-sama membimbing mereka ke arah kebaikan.

Melalui program ini juga mahasiswa belajar mejadi insan yang sangat bersyukur kerana dikurniakan akal untuk berfikir untuk menjadi insan yang berguna,dikurniakan hidayah untuk berubah ke arah kebaikan di luar dan bukan berada di dalam penjara. Oleh itu,selagi Allah swt masih kisah akan kita sebagai hambanya,kita harus sentiasa bersyukur dan membaiki kelemahan dan sentiasa bertaubat,menginsafi kesalahan yang lalu.

Semua peserta telah berkumpul di perkarangan padang pada jam 7.30 pagi dan mereka dibekalkan dengan sarapan oleh pihak penganjur sebelum bertolak. Lebih kurang pada pukul 8.00 pagi, mereka bertolak ke Penjara Kajang dan Alhamdulillah, peserta tiba di lokasi dengan selamat pada jam 9.30 pagi.

breakfast dulu sebelum breangkat

suasana didalam bas

Maklumat ringkas mengenai Penjara Kajang. Dahulunya dikenali sebagai Penjara Pusat Selangor. Ia terletak di kawasan Sungai Jelok, Kajang, lebih kurang 3 kilometer dari bandar Kajang. Penjara Kajang mula dibina pada tahun 1975 di atas tanah seluas 161.3 hektar dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 1985. Pembinaan Penjara Kajang telah menelan belanja lebih kurang RM 65 juta dan dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu : Bahagian Utama, Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, Bahagian Pra Bebas dan Penjara Wanita. Bagi melicinkan lagi pentadbiran di Penjara Wanita, penjara tersebut telah dipisahkan daripada Penjara Kajang dengan diberi tanggungjawab mengurus pentadbiran sendiri pada tahun 1993. Penjara Pusat Selangor telah diwartakan secara rasminya sebagai Penjara Kajang pada 8 Mei 1997.

bahagian utama Penjara Kajang
pintu masuk ke bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah dan Penjara Wanita

Sejurus sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi Penjara Kajang, para peserta telah disambut dengan ramah sekali oleh pihak penjara. Ianya merupakan satu amalan yang amat baik di mana Islam amat menggalakkan umatnya untuk melayan tetamu dengan sebaiknya. Para peserta dihidangkan dengan sarapan terlebih dahulu sebelum dibawa ke dalam bilik mesyuarat untuk diberi penerangan tentang Jabatan Penjara Malaysia dan berkongsi sedikit sebanyak berkenaan dengan 'kehidupan' di dalam Penjara Kajang.

Selepas selesai bersarapan, mereka didedahkan mengenai Jabatan Penjara Malaysia. Antaranya adalah misi dan visi Jabatan Penjara Malaysia, pembahagian kes-kes jenayah, hukuman yang akan dikenakan kepada penjenayah, dan juga cara pihak penjara memberi pemulihan kepada banduan agar mereka akan menjadi teladan yang baik atau mungkin lebih baik daripada masyarakat di luar sana. Di samping itu, peserta juga berpeluang untuk melihat dengan mata kepala meraka sendiri, rotan-rotan yang digunakan oleh pihak penjara untuk merotan penjenayah dan tali gantung untuk menjalankan hukuman gantung.

Selain itu, mereka juga diberi kesempatan untuk menonton video berkenaan banduan yang dikenakan hukuman sebat. Ketika ini, pelbagai reaksi yang dapat dilihat dari riak wajah para peserta. Malahan, ada juga antara mereka yang tidak sanggup menonton video tersebut. Justeru, sudah terang lagi bersuluh betapa sakitnya hukuman di dunia apatah lagi hukuman di akhirat kelak. Sesungguhnya, kesalahan itu kotor maka taubat penyucinya. Moga-moga mereka dapat mengambil ihtimam setelah melihat video tersebut.

Program tersebut bertambah menarik apabila mereka berpeluang untuk berkongsi pengalaman bersama salah seorang banduan yang dahulunya merupakan seorang penagih dan pengedar dadah. Menurutnya, dia mula terjebak dalam kancah dadah bermula dari tingkatan empat disebabkan pengaruh rakan sebaya. Oleh itu, dia menasihatkan peserta agar bijak memilih rakan yang baik dan menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan taat kepada Allah.
hadiah penghargaan kepada pihak penjara yang banyak membantu

Program ini berakhir dengan lawatan peserta ke Galeri Jabatan Penjara Malaysia yang menjual hasil karya dan kreativiti banduan. Para peserta dapat melihat dan membeli barang-barang di galeri tersebut sebagai kenangan. Kira-kira pada pukul 12.30 tengahari, peserta bertolak pulang ke UIA. Alhamdulillah, para peserta selamat tiba di UIA dan diharapkan agar mereka dapat memanfaatkan sebaiknya pengalaman ziarah penjara ini dan sebar-sebarkan manfaat tersebut kepada orang lain.

karya serta kreativiti banduan (jom beli) ^_^

antara barang2 yg djual di galeri

hasil2 ciptaan baduan

para2 peserta dari PERKIM UIA PJ
bergerak balik

selamat tinggal Penjara Kajang (moge brtemu lg) ^_^

0leh:Roziedayana Binti Sobar

1 comment:

maninblack said...

Teringat plak kenangan bersama senior dulu2...=)