Tuesday, July 13, 2010

‘Mesyuarat Tahunan Perkim 2010’

'Dan orang- orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan . Mereka itu penghuni syurga. Mereka kekal di dalamnya'

(Surah Al- Baqarah : 82)


SUASANA DEWAN


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi, pada 7 Julai yang lalu, sekali lagi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Petaling Jaya telah berjaya mengadakan mesyuarat tahunan di dewan Al-Malik Faisal UIA. Seramai 20 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahli perkim UIA diperlukan bagi memastikan majlis ini berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang. Hijau ialah merupakan warna tema yang dipilih bagi mesyuarat tahunan pada kali ini. Sepertimana yang kita maklum, warna hijau sangat sinonim dengan Kelab PERKIM, sejajar dengan warna logo PERKIM itu sendiri.

Majlis ini bermula pada pukul 7.45 malam dimana pada ketika ini para pelajar dan anak-anak yatim mengambil tempat duduk masing-masing. Para pelajar yang dijemput terdiri daripada ahli- ahli perkim yang baru dan lama. Anak-anak yatim ini dijemput khas dari Rumah Jagaan Sri Sabah sebagai tetamu yang diraikan. Semua kedudukan telah diaturkan mengikut nombor meja yang telah ditetapkan. Setiap meja terdiri daripada ahli baru, ahli lama, anak yatim dan ahli jawatankuasa yang telah ditugaskan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhuwah diantara semua dibawah satu nama ‘Islam’.

Kira- kira pada pukul 8.30 malam, tetamu kehormat , Ketua Biro Kebajikan Perkim Cawangan Petaling Jaya, Dato’ Dr. Mohd Noor Abdullah bersama-sama dengan pemangku penasihat Kelab PERKIM, Ustazah Rahimah Embong serta Pegawai dakwah PERKIM Pusat, Ustaz Zainuddin dan ahli jawatankuasa kebajikan dan hal ehwal social PERKIM Kebangsaan, Tuan Haji Mohd Noor Hashim , telah diiringi oleh Pengurus Program, saudara Kamarul Izat bin Mohd Nazri ke meja makan. Kehadiran para tetamu kehormat disambut dengan persembahan silat daripada Persatuan Silat Gayong UIA.



Majlis ini diteruskan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis, saudara Mohd Hadi bin Salmi diikuti oleh bacaan doa oleh saudara Muaz dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh saudara Muzaffar. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pengurus program, pemangku penasihat Kelab PERKIM UIA dan ketua biro kebajikan PERKIM cawangan Petaling Jaya.

LAKONAN GIMIK OLEH AHLI PERKIM SENDIRI


Sebaik sahaja Dato’ Dr. Mohd Noor Abdullah selesai berucap, suatu gimik yang sangat menarik telah dipersembahkan. Gimik yang bertemakan pengislaman Orang Asli sejajar dengan aktiviti yang sinonim dengan Kelab PERKIM UIA sebagai salah satu badan dakwah dan kebajikan. Selepas itu, persembahan tayangan multimedia dipersembahkan. Tayangan ini memaparkan aktiviti-aktiviti yang telak dilakukan dan yang bakal dilaksanakan pada masa hadapan. Selesai tayangan, para hadirin dijemput untuk menjamu selera. Mereka telah dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan.



Acara makan malam ini dimulakan dengan bacaan doa makan oleh saudara pengerusi majlis. Sambil menjamu selera, para tetamu dihiburkan oleh persembahan nasyid yang disampaikan oleh juara ‘Battle of Nasyeedian 09/10’ yang telah dianjurkan oleh ‘Culture and Art Club’ (CAC) pada tahun lepas diikuti oleh persembahan silat gayong daripada Persatuan Silat gayong UIA.


ADIK-ADIK DARI FLAT SRI SABAH


Setelah selesai acara makan malam, majlis pertukaran cenderamata antara UIA dan PERKIM diadakan. Acara ini dilaksanakan adalah sebagai simbolik ukhuwah yang terjalin diantara pihak UIA dan PERKIM selama ini dan diharapkan supaya hubungan ini akan semakin kuat dan teguh dalam bekerjasama melakukan kerja-kerja dakwah dan kebajikan.

‘Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu’ (Surah Muhammad: 7)

Dato’ Dr. Mohd Noor Abdullah, sebagai wakil pihak Perkim, diiringi oleh Ustaz Zainuddin untuk menerima cenderamata daripada Ustazah Rahimah Embong sebagai wakil UIA. Begitu juga sebaliknya, wakil perkim, diiringi oleh Tuan Haji Mohammad Noor menerima cenderamata daripada wakil PERKIM.

Selepas itu, saudara pengurus program telah mengendalikan satu acara khas iaitu pengenalan saf-saf pimpinan yang bakal menerajui tampuk pimpinan Kelab PERKIM 2010/2011. Semua pimpinan baru dan lama digabungkan dan ditampilkan ke hadapan.Selepas itu, presiden Kelab PERKIM iaitu saudara Muhammad Asyraf Lukman diminta untuk memberikan ucapan ringkas. Kemudian, Dato’ Dr. Mohd Noor Abdullah telah merasmikan majlis mesyuarat tahunan Kelab Perkim pada kali ini.



SAF PIMPINAN PERKIM SESI 2010/2011


Kira- kira pada jam 11.00 malam, sebelum tetamu kehormat berangkat pulang, beliau telah diiringi oleh saudara pengurus program ke sudut galeri dan pameran yang telah disediakan oleh biro dokumentasi dan penerbitan(DNP) bagi memperkenalkan organisasi pimpinan, matlamat, visi dan misi Kelab Perkim dan melihat gambar- gambar program yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini.

Majlis ini tamat dengan sesi bergambar bersama anak yatim untuk dijadikan sebagai kenangan. Seterusnya, ahli jawatankuasa yang ditugaskan mengiringi kepulangan anak- anak yatim. Akhir sekali, semua yang terlibat dalam menjayaan mesyuarat tahunan pada kali ini berganding bahu dan bertungkus- lumus untuk membersihkan dewan. Syukur Alhamdulillah, majlis ini berjalan lancar daripada mula dan berakhir sepertimana yang telah dirancang.

'Sungguh, Al- Quran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan member khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan, bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar '( Surah Al-Isra’ : 9)

'Dan barang siapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh- sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik'(Surah Al-Isra’ : 19)



BERGAMBAR KENANGAN


p/s-trma kasih kpd semua comittee yg mmberi 100% komitmen dlm persiapan agm ini dan xlupa juga kpdasesiapa yg trlibat scra lansung o tak lansung..

1 comment:

Anonymous said...

look ahead go beyond