“Dia-lah yang telah menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Dan barang siapa yang kafir, maka [akibat] kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan juga kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambahkan kerugian mereka belaka”
Keesokan harinya, para peserta dikejutkan seawal jam 5 pagi untuk berqiamullail secara berjemaah serta diikuti solat Subuh. Selesai solat, para peserta diperdengarkan dengan satu tazkirah pendek oleh Mohd Hasrul Hanif Bin Kairul Anuar yang bertajuk ‘Kepimpinan’. Tepat jam 7.00 pagi, peserta disediakan sarapan sebagai bekalan tenaga sebelum melakukan aktiviti ‘jungle trekking’. Sebelum berangkat, peserta harus melakukan senaman ringan untuk melonggarkan otot-otot iaitu senaman ‘sitomi’ dan selepas itu peserta diberikan taklimat ringkas oleh pihak Amberstone.
(Surah Al-Faathir 35: ayat 39)
Assalamualaikum w.b.t, Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, pada 16-18 Julai 2010 yang lalu, bersempena dengan Minggu Mahasiswa Islam (MMI), Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya telah mengadakan satu program kepimpinan yang bertempat di Amberstone Eco-Resort, Ulu Yam, Selangor yang bertemakan “Alam Semulajadi Membentuk Jati Kepimpinan”. Seramai 14 fasilitator dan juga 19 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab PERKIM PAUIAM telah menyertai program tersebut. Program ini bertujuan untuk melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber di samping mengeratkan ukhuwwah antara ahli-ahli baru.
Pada hari pertama, 16 Julai 2010, semua peserta berkumpul di hadapan Mahallah Fatimah al-Zahrah PAUIAM pada pukul 4.30 petang untuk diberi taklimat ringkas oleh Mohd Asyraf Bin Ahmad Lukman selaku Pengarah Projek sebelum berangkat ke tempat kem dengan menaiki bas. Setibanya di sana, selepas solat Asar berjemaah, peserta diarahkan untuk menaikkan khemah masing-masing kerana waktu sudah hampir senja.
Malamnya pula, selesai menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengikuti sesi pertama iaitu Latihan Dalam Kumpulan(LDK). Setiap kumpulan diberikan tugas untuk mencipta nama dan logo kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Di samping itu, setiap peserta harus mengenali ahli kumpulan mereka dengan mengunakan ‘trademark’ masing-masing. LDK 1 berakhir setelah matlamatnya tercapai iaitu pada jam 11.30 malam dan disusuli dengan bacaan Al-Mulk diketuai oleh Muhamad Fais B. Mohd Fuad. Sebelum tidur para peserta dihidangkan dengan minum malam dan juga dibahagikan tugas untuk mengawal keselamatan mengikut ‘shift’ masing-masing.
Di samping menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah s.w.t, peserta diberi taklifat untuk diamalkan sepanjang perjalanan iaitu membaca Tasbih, Tahmid, Takbir dan Istighfar . ‘Jungle Trekking’ bermula dari kem Amberstone hinggalah ke air terjun Sungai Sendat. Jam 12 tengah hari, peserta pulang kembali ke tempat kem untuk menjamu makanan tengah hari dan menyiapkan diri untuk menunaikan solat Zuhur. Peserta diberi rehat sebentar sebelum mengikuti aktiviti lasak seterusnya iaitu ‘rentas halangan’ atau ‘Obstacles’ pada jam 3 petang. Acara ini bertujuan untuk menguatkan mental, fizikal dan juga kerjasama antara mereka. Selesai ‘obstacles’ dan solat Asar, peserta diberikan riadah bermodul iaitu ‘Kaki Tiga’ dan ‘Belonku, Kesayanganku’ yang dipimpin oleh Tuan Haji Mohd Noor Hashim (ahli jawatankuasa kebajikan dan hal ehwal sosial PERKIM Kebangsaan) untuk menguji kesabaran, kekuatan, kepimpinan dan kerjasama antara ahli kumpulan.
Pada sebelah malamnya, bagi sesi kerohanian peserta diperdengarkan ceramah tentang “Isra’ dan Mi’raj” oleh Ustaz Abdul Muntakim Bin Zulkifli, seorang penceramah bebas sekitar Selangor. Jam 11 malam para peserta di sediakan aktiviti malam iaitu ‘Owling’ dan ‘Night Walk’. Kedua-dua program ini bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk bermuhasabah diri dan juga melatih sifat keberanian dalam diri setiap peserta dengan menempatkan peserta keseorangan di suatu tempat dalam keadaan mata ditutup dan melepaskan peserta untuk berjalan seorang diri di dalam hutan. Malamnya berakhir jam 1.30 pagi dengan semua peserta masuk tidur dalam kepenatan tetapi menyeronokkan.
Hari terakhir bermula dengan solat Subuh berjemaah dan tazkirah pendek oleh Muhamad Fais B. Mohd Fuad juga salah seorang peserta. Selepas sarapan pagi, Pemangku Pengarah Program, Muhd Fakhrullah B. Mohd Fakhruddin memberikan taklimat ringkas kepada semua peserta berkenaan aktiviti gotong-royong membersihkan surau dan kawasan kampung yang berdekatan. Setibanya di kampung berkenaan, peserta disambut oleh ketua kampung, En. Mohd Nor . Para peserta di minta membersihkan laman rumah penduduk dan juga surau di kampung berkenaan. Selain bergotong-royong, peserta mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk kampung.
Sokongan, kerjasama dan penerimaan yang diberikan oleh penduduk amat memberangsangkan. Gotong-royong ini berakhir jam 12 tengah hari dengan peserta memberikan sumbangan berupa gandum dan minyak masak kepada penduduk kampung. Program ini diakhiri dengan penyerahan cenderamata daripada kelab PERKIM PAUIAM kepada ketua kampung sebagai tanda permuafakatan yang terjalin antara kedua-dua belah pihak. Jam 1 petang, semua peserta bersiap sedia berangkat pulang ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya.
Sekian..
p/s-terima kasih kepada Abah dan Akak Shahida kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dalam program ini hingga tamat.
~~terima kasih juga kepada komitmen comittee yg terlibat & pihak Amberstone. ^_^
No comments:
Post a Comment