Tuesday, July 27, 2010

MMI | Program Imarah Madrasah Ar-Rahmaniah


“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); sesuai dengan fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu.Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”

Surah Ar-Rum(30):30

Bersempena dengan Minggu Mahasiswa Islam (MMI) yang bertemakan“Khalifah Muda Peneraju Masa Depan Negara”,Biro Dakwah dan Tarbiah Kelab PERKIM UIA PJ sesi 2010 telah menganjurkan satu program untukmengimarahkan Madrasah Ar-Rahmaniah pada 17 Julai 2010 selama 2 hari 1 malam.Antara objektifnya ialah untuk mempertaut ukhwah silaturahim dalam kalangan ahli-ahli perkim dan juga menyedarkan para peserta akan harapan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka olehkeluarga,masyarakat,negara dan agama sebagai seorang hamba dan khalif.


Seramai 41 orang peserta yang mengikuti program ini termasuk faisilitator progam yang terdiri daripada ahli Perkim itu sendiri.Mereka bertolak ke Madrasah Ar-Rahmaniah pada pukul 9.30pagi dan perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45minit.Sesampainya di sana, mereka disambut mesra oleh En. Humaidi bin Saad,Pengerusi Biro Pembangunan Madrasah Ar-Rahmaniah. Taklimat ringkas mengenai madrasah ini dan tempat penginapan disampaikan oleh En. Humaidi sendiri.



Menurut En Humaidi, ‘Madrasah ini dibangunkan hasil daripada gotong-royong penduduk kampung dan mendapat sumbangan kewangan sepenuhnya daripada ihsan penduduk Kampung Batu 7,Gombak dan masyarakat sekitarnya.Masyarakat mula bersembahyang di surau ini pada 9 September 2005.’


Tambah beliau, ‘Madrasah Ar-Rahmaniah sentiasa mendapat tempahan daripada pihak universiti mahupun NGO untuk melakukan program ataupun kem disitu.Hal ini kerana,peralatan memasak dan pelbagai kemudahan lain disediakan tanpa dikenakan bayaran.Madrasah ini sangat aktif dengan kelas tajwid,kelas tadabbur al-quran dan lain-lain yang dilaksanakan setiap minggu.’


Aktiviti dimulakan dengan LDK 1 iaitu Taaruf dan pembentukan kumpulan pada pukul 2 petang.Para peserta dibahagikan kumpulan dan setiap kumpulan mendapat tunjuk ajar oleh seorang faisilitator.Melalui LDK ini, secara tak lansung ukhuwwah dapat dijalin dan dibina dalam kalangan para peserta dan faisi itu sendiri.Setiap kumpulan bersemangat membentangkan nama, moto,logo dan ‘cheers’ tanpa suara kumpulan mereka.Masing-masing menunjukkan idea dan kreativiti mereka.


Pada sebelah petang pula,peserta muslimin mengambil peluang untuk mengeluarkan peluh dengan bermain bola sepak di kawasan berhampiran. Manakala, muslimat melakukan senaman aerobik.Aktivti ini paling mendapat perhatian daripada anak-anak kecil daripada kawasan perumahan berhampiran.


Setiap kali waktu solat, para peserta tidak melepaskan peluang untuk solat berjemaah bersama penduduk kampung di madrasah ini.Kebetulan,kami langkah kanan apabila pada malamnya, kami dijamu sate selepas bertahlil bersama-sama.


Ceramah yang cukup bertenaga dan bermanfaat disampaikan oleh akak Nurul Izzah, Pelajar jurusan Undang-undang UIAM mengenai ‘Ghazwul Fikr’ menhangatkan suasana pada malam pertama kami di Madrasah Ar-Rahmaniah.Kami diberi banyak ilmu dan pendedahan mengenai serangan pemikiran yang melanda umat

zaman kini dari pelbagai aspek kehidupan.


.

Suasana yang dingin tidak membantutkan kami untuk bangun berqiamullail pada pukul 5 pagi. Sesungguhnya,Allah amat menyarankan umatnya bangun pada malam hari untuk bertemu dengannya.Seperti dalam Surah Al-Isra'(79)'Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.'

Pada jam 8.30 pagi, program diteruskan lagi dengan forum 'Mahasiswa Islam Malaysia vs Mahasiswa Islam Palestine'. Forum ini disampaikan oleh seorang penceramah yang cukup sinonim dan terkenal dengan Sultan Mehmed Al-Fateh iaitu Ustaz Shaari Abd. Rahman berserta isterinya akak Nurul Suhada Hj Shuib. Mereka berdua mengupas begitu mendalam topik ini di mata kaca mahasiswa itu sendiri.Ramai peserta yang terpegun dek kata-kata,ucapan dan ceramah yang disampaikan.Moga-moga dapat mengambil pengajaran dan tauladan.



Selepas itu, LDK 2 dijalankan pada pukul 10pagi.LDK ini menguji kerjasama antara kumpulan dan kekreativiti untuk membina menara belon yang paling tinggi dan stabil.Setiap kumpulan berusaha sedaya upaya untuk memenangi pertandingan ini. Program ini berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang.Setiap kumpulan nampak berpuas hati dengan hadiah yang dimenangi.

Setelah usai Solat Asar berjemaah, mereka bertolak pulang ke Uia Pj walaupun dalam perancangan bertolak selepas Solat Zohor.Diharap semua peserta mendapat menimba ilmu sebanyak mungkin melalui program ini dan dapat sebar-sebarkan ilmu itu kepada kawan-kawan yang lain.






p/s-tribute buat Bro Lokman , Bro Rushdin dan Akak Hidayah kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dalam program ini walaupun sekejap.
~~terima kasih juga kepada komitmen comittee yg terlibat.

No comments: