Allah berfirman maksudnya "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan merekaa dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat pertunjuk" (Surah An-Nahl : 125
Pelbagai bentuk dakwah yang boleh dilakukan dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar tetapi perlulah berhikmah dalam berdakwah. Ibn khatsir menafsirkan hikmah itu dengan kemampuan seseorang menerima teguran kita” Kalau orang tua, tegurlah dengan cara orang tua. Kalau kawan-kawan, tegurlah dengan cara kawan”.Prospektif Islam yang mengajar umatnya supaya saling mengeratkan hubungan antara manusia tanpa mengira pangkat, darjat, dan keturunan. Menjadi tanggungjawab bagi setiap umat Islam menyampaikan dakwah kepada saudara-saudara kita agar lebih memahami islam.
Dalam kesibukan warga kota menyambut tahun baru, berlainan pula yang belaku kepada ahli-ahli Kelab PERKIM Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(PAUIAM). Jauh dari hiruk pikuk kota, mereka berkampung selama 3 hari 2 malam di perkampungan orang asli Sg. Judah,Pulay Carey. Banting Selangor bermula dari 31 Disember hingga 2 Januari 2011.
Seramai 70 orang mahasiswa-mahasiswa dari UIA Petaling Jaya dan UKM yang terlibat menjadi sukarelawan Ziarah Kasih ini.
Menyebarkan dakwah , ajaran serta nilai- nilai Islam kepada komuniti orang asli Sungai Judah adalah antara misi utama program Ziarah Kasih ini.
"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
Selain itu, untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk lebih mendekati dan memahami kehidupan masyarakat orang asli disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian . Mahasiswa juga dapat mengeratkan hubungan silaturrarhim antara mahasiswa sendiri serta penduduk kampung orang asli tersebut. Disamping itu, mereka berharap program ini memberi impak positif dan dapat mendedahkan kepada mahasiswa dan penduduk perkampungan orang asli bahawa islam itu universal.
Selain itu, untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk lebih mendekati dan memahami kehidupan masyarakat orang asli disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian . Mahasiswa juga dapat mengeratkan hubungan silaturrarhim antara mahasiswa sendiri serta penduduk kampung orang asli tersebut. Disamping itu, mereka berharap program ini memberi impak positif dan dapat mendedahkan kepada mahasiswa dan penduduk perkampungan orang asli bahawa islam itu universal.
Pada tanggal 31 Disember 2010,tepat jam 9.00 pagi, sukarelawan Kelab PERKIM PAUIAM mula bertolak ke Pulau Carey,Banting dengan menaiki sebuah bas serta diiringi dengan sebuah van dan sebuah kereta yang digunakan untuk membawa barang-barang dan peralatan memasak.
Perjalanan hanya mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk tiba di perkampungan orang asli sg. Judah Banting. Setibanya di sana, mereka disambut mesra dengan tangan terbuka oleh penduduk perkampungan orang asli tersebut. Seterusnya, mereka mengemas serba sedikit keperluan mereka dan makan tengahari bersama peserta.
Selepas itu, pengerusi JKKK Kampung Sg. Judah iaitu Encik Bidin telah memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai kampung tersebut kepada semua sukarelawan. Daripada penerangan Encik Bidin, masyarakat orang asli di sana adalah terdiri daripada suku kaum Mahmeri. Terangnya lagi, suku kaum Mahmeri ini biasanya membina penempatan mereka berdekatan dengan laut. Sumber ekonomi utama masyarakat orang asli kaum di sini lebih kepada aktiviti berunsurkan perikanan. Namun perubahan penempatan dari semasa ke semasa telah mengubah sumber pendapatan mereka daripada perikanan kepada berkerja sebagai peneroka di ladang-ladang kelapa sawit berdekatan. Namun begitu, masyarakat orang asli di sini masih lagi mengekalkan budaya dan adat resam mereka yang diwarisi sejak turun temurun.
Program Ziarah Kasih ini dirasmikan sendiri oleh wakil penduduk kampung iaitu Encik Bidin dalam satu majlis perasmian. Encik Md Nor Bin Abdul Kadir pula diberi penghormatan untuk memberi ucapan perasmian. Pelbagai program dan aktiviti bersama penduduk kampong telah dirancang untuk menjayakan Ziarah Kasih ini.
Sejajar dengan tema ‘Semarak Kasih, Ukhuwah Tercipta’,aktiviti pertama yang dilakukan adalah menziarah kampung.Sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dipecahkan mengikut kawasan yang akan dilawati untuk memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan selama mereka berada disana . Di kesempatan ini, sukarelawan mengambil peluang untuk beramah mesra dengan penduduk kampung disamping bertanya khabar.Dek kerana sifatnya yang riang,ceria serta petah bercakap,golongan kanak-kanak paling mendapat perhatian dan rapat dengan para sukarelawan.Bahkan,sepanjang 3 hari sukarelawan berada disana,sukarelawan dilayan seperti ahli keluarga mereka sendiri.
menunggu majlis perasmian
Seterusnya, pada sebelah malam , tayangan video dan filem telah diadakan dibalai raya.Semasa tayangan berlangsung, sukarelawan sekali lagi dapat beramah mesra dengan penduduk kampung dan cuba mendekati masyarakat disana.
Pada keesokan harinya,sukarelawan memulakan hari dengan solat subuh berjemaah serta mendengar tazkirah. Empat program yang dirancang khas untuk penduduk telah dijalankan kampung secara serentak iaitu:
1)Pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh pihak Hospital Daerah Banting yang berlangsung di perpustakaan
2)Program motivasi bagi pelajar yang dilaksanakan di balai raya
3)Program smart solat bagi pelajar yang beragama islam di surau sekolah
4)Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak yang berlangsung di kantin sekolah kebangsaan sg. Judah.
Bagi melancarkan pemeriksaan kesihatan yang menyuluruh bagi semua penduduk kampung, kenderaan disediakan untuk menbawa penduduk kampung ke perpustakaaan bagi mendapat rawatan. Semasa program motivasi diadakan, peserta yang terdiri daripada golongan remaja diberi motivasi supaya meningkatkan kebolehan diri dan penguasaan ilmu pengetahuan. Tujuan program smart solat pula bagi adalah untuk menbantu pelajar-pelajar disana menunaikan solat dengan lebih sempurna. Kehadiran Ustazah Suariza @ hidayah Binti Muhammad,ketua unit kebajikan dan kauseling Perkim Pusat sebagai tanda sokongan lagi memeriahkan suasana.
Pada sebelah petang pula,tanda prihatin terhadap masyarakat orang asli lebih-lebih lagi sesama umat islam,sukarelawan PERKIM mengambil peluang untuk mengagih-agihkan barang-barang keperluan kepada penduduk di sekitarnya.Aktiviti ini selaras dengan moto Kelab PERKIM ‘islam itu persaudaraan’ iaitu saling bantu-membantu antara umat islam.secara tidak lansungMelalui aktiviti ini,sukarelawan mengambil peluang untuk lebih mengenali kehidupan penduduk tersebut dengan bertanya mengenai adat dan belajar membuat kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk kampung tersebut.
Aktiviti yang paling gamat sekali ialah pada waktu berlansungnya sukaneka dan perlawanan bola sepak.Dari yang kecil hingga dewasa, semua penduduk kampong berkumpul di padang untuk turut serta dalam sukaneka mahupun bola sepak. Aktiviti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh penduduk.Buktinya,penduduk kampun bersorak dan bertepuk tangan untuk memberi sokongan kepada kumpulannya apabila berlansungnya perlawanan bola sepak antara komuniti orang asli dan sukarelawan.
Seterusnya,pada malam terakhir di Sungai Judah,diserikan dengan malam kebudayaan. Antara pengisian program tersebut adalah bacaan Al-Quran bertarannum, nasyid dari UKM, persembahan tarian jooh daripada penduduk, dikir barat PAUIAM, busana muslimah UKM dan PAUIAM. Pendekatan yang digunakan ini digunakan mengeratkan hubungan antara penduduk dengan peserta dengan menperkenalkan budaya masing-masing agar mengekalkan kesefahaman. Ada daripada kalangan peserta dan penduduk sama-sama menbuat pesembahan bagi memeriahkan malam tersebut. Malam kebudayaan itu diakhiri dengan nyanyian lagu bersama penduduk kampung. Kemeriahan malam itu telah menarik minat bukan sahaja masyarkat orang asli tetapi masyarakat india berdekatan di kampung tersebut.
Pada hari terakhir,sukarelawan sempat melakukan senaman pagi bersama penduduk kampung dan seterusnya bersarapan pagi bersama-sama.Untuk mewujudkan suasasa yang bersih dan kondusif,aktiviti gotong royong sekitar kampung bersama penduduk telah dijalankan.Semua sukarelawan melibatkan diri dalam menjayakan pogram ini. Antara tempat yang menjadi sasaran adalah sekolah, balai raya dan beberapa rumah penduduk.
Selain itu, sukarelawan bersama-sama penduduk kampung sempat menyiapkan satu landskap di pintu masuk kampung itu sebagsi tanda Ziarah Kasih ke kampung tersebut.Malah,sebagai tanda menyatakan ucapan terima kasih atas kesudian menerima lawatan mereka.
Selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sukaneka dan perlawanan bola sepak,majlis diteruskan lagi dengan perasmian penutup yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Ariffin Suhaimi merangkap Naib Yang Dipertua Perkim Kebangsaan. Kesudian beliau untuk meluangkan masa ke program Ziarah Kasih sekaligus merasmikan majlis penutup ini amat dihargai.
“akak,bila nak datang lagi?”
Perasaan sayu dan sebak mula menyelubungi apabila diajukan soalan itu oleh kanak-kanak orang asli. Perkenalan yang hanya terjalin dalam masa tiga hari,memberi satu gambaran yang berbeza kepada sukarelawan.Kanak-kanak orang asli menganggap sukarelawan sebagai abang dan kakak kandung mereka sendiri.Sehubungan itu, tersemat satu harapan dan keazaman untuk melakukan program susulan di Kampung Sungai Judah ini lagi dengan pendekatan yang berbeza.
Sealain itu,diharap ukhuwah yang terbina antara sukarelawan daripada kelab PERKIM UKM dan PAIUAM terus bersemi dan berkekalan serta memberi seribu seribu kebaikan kepada semua pihak.
Diharap kerjasama antara setiap badan dakwah dan jabatan terus-menerus agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi menyambung kesinambungan dalam menbina insan prihatin dan berakhalak terpuji.
1 comment:
salam, untuk dapat maklumat lanjut tntg perkampungan org asli kt sg judah ni, boleh terus ke kg nya ke?
Post a Comment