Thursday, January 30, 2014

Pendaftaran Kelab Perkim Sesi 2011/2012



"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu becerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara." (Al-Imran : 103)


Sesungguhnya islam itu persaudaraan. Bertunjangkan konsep inilah, tertubuhnya Kelab Perkim di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan bagi memastikan mesej yang dibawa ini terus berkembang, kelab Perkim telah mengambil langkah membuka kaunter pendaftaran bagi menyerap masuk ahli-ahli baru yang akan meneruskan perjuangan dakwah dan kebajikan kelab ini bagi sesi 2011/2012.




Selain untuk tujuan pendaftaran, kaunter Perkim juga memainkan peranan dalam memberi penerangan dan info tentang kelab, serta berkongsi pengalaman menarik dalam setiap aktiviti yang telah berlangsung pada sesi yang lepas.


Sepanjang lima hari kaunter Perkim dibuka, iaitu daripada 20-24 jun 2011, sebuah jadual telah disediakan untuk setiap ahli jawatankuasa yang bertugas bagi mengelakkan percanggahan dengan waktu pembelajaran. Mana-mana ahli yang mempunyai kekosongan antara jam 8 pagi hingga 5 petang akan ditugaskan untuk menjaga kaunter tersebut yang terletak di laluan bangunan Central spine, berdekatan ICT Department.


Cogan kata 'senyum, salam, sapa' yang diimplimentasikan sepanjang lima hari tersebut telah berjaya meyakinkan seramai _ orang pelajar untuk mendaftar sebagai ahli Kelab Perkim. Setiap pelajar yang ingin mendaftar telah diminta untuk mengisi borang maklumat peribadi, dan yuran tahunan sebanyak RM3 telah dikenakan.


Tiada kata selain puji-pujian ke hadrat Ilahi, kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya, segala urusan berkenaan pembukaan kaunter Kelab Perkim yang telah berlangsung selama lima hari itu berjalan dengan lancar, sekaligus merealisasikan objektif utama pembukaan kaunter tersebut. Setiap ahli jawatankuasa juga telah memberikan komitmen yang sangat memberangsangkan dan telah menunjukkan dedikasi dan kerjasama yang baik. Semoga setiap ahli baru keluarga Perkim sesi 2011/2012 akan terus memperjuangkan matlamat penubuhan kelab ini, dan semoga segala perjalanan aktiviti kelab di masa akan datang akan dilancarkan oleh Allah serta memperoleh reda dari-Nya. InsyaAllah.


4 comments:

Anonymous said...

ade meeting ke ari ni kak oi...

Muhammad Marzuqi said...

wah..bagus2..=)

faqrul said...

asalamualaikum...

baguslah korang sume nie...
succed dgn kerja korg ok...

Anonymous said...

ahli-ahli senior