Sunday, June 23, 2013

Ramadhan kembali doe...

ramadhan tajalla wabtasama,
tuba linnafsi izaghtanama,

Syair arab ini membawa maksud "ramadhan muncul dan tersenyum, beruntunglah untuk insan-insan yang bersiap sedia untuk ramadhan....."

Bersempena dgn Bulan Ramadhan yg hampir tiba, kami menyeru kepada muslimin-muslimat agar bersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Dengan persiapan inilah bakal memberi kita suatu ni'mat dalam mengerjakan ibadah puasa dalam bulan ramadhan.

Memetik kata-kata seorang tok guru pondok di Siam, " Ramadhan ni ibarat satu lori yang penuh dgn hadiah, lori tersebut dtg ke rumah kita dan memunggah semua hadiah-hadiah di hadapan rumah kita, terpulang kepada kita samada ingin mengutip hadiah itu atau tidak".....kata-kata ini mengambarkan bahawasanya betapa banyak ganjaran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya pada bulan  yang mulia ini.  kita juga perlu menjalankan ibadah puasa dgn mementingkan dua aspek  iaitu:-

1) Penuh keimanan
2)Penuh keinsafan

Dengan mengambil berat dua aspek ini dosa-dosa kita akan diampunkan oleh Allah s.w.t berdasarkan kepada hadis nabi. Selain itu, Allah turut menghadiahkan kepada hambaNya malam al-qadr atau lailatul qadr. Lailatul qadar seperti mana dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Qadr malam lailatul qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Ini merupakan ganjaran besar daripada Allah s.w.t. Dalam bulan ini juga kita dianjurkan memperbanyakkan membaca al-Quran. Allah menerangkan didalam al-Quran bahawasanya bulan ramadhan merupakan bulan yang turun padanya al-Quran.


Jadi sebagai penutup, ayuh kita menggandakan ibadah kita pada bulan ramadhan dengan penuh rasa penghambaan kepada Allah, moga kita peroleh ni'mat dan ganjaran daripada Allah s.w.t.

Assalamualaikum.PERKIM CFS Kembali!!!

  Salam sejahtera,terkini 


Sekian lama blog kami tidak diupdate, mulai sem 1, 2013/2014, kami team blog PERKIM CFS akan mengupdate post2 terkini dan terbaru mengenai isu2 semasa & aktiviti2 dari kelab PERKIM.Sertailah kelab PERKIM melalui booth yang akan dibuka dari 24-28 Jun 2013 di Central Spine.