Friday, July 26, 2013

Iftar Bersama CheDet.

          Tanggal 13 Julai 2013 bersamaan 4 Ramadhan 1434H yang lalu ,sekali lagi Kelab PERKIM CFS IIUM PJ telah menerima jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Yang Dipertua Perkim Y.A.BHG. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kelab Perkim Universiti (MAMPU) anjuran PERKIM Kebangsaan .Majlis ini diadakan di Dewan Merak Kayangan,Balai Felda,Kuala Lumpur .




          Antara objektif majlis ini dianjurkan adalah untuk menyampaikan visi dan misi PERKIM kepada Majlis Permuafakatan Kelab PERKIM universiti (MAMPU) sekaligus memberi  motivasi dalam meneruskan agenda dakwah PERKIM. Antara universiti yang terlibat ialah UKM,UUM,UnisZA dan lain-lain .


          Majlis dimulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran daripada pelajar jemputan ,Adik Muhammad Amirul Munir Azlin dan persembahan multimedia tentang aktiviti-aktiviti  yang telah diadakan oleh Kelab PERKIM setiap universiti .Seterusnya majlis disempurnakan dengan ucapan daripada Wakil Yang Dipertua PERKIM Universiti  seterusnya ucapan Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad . Dalam ucapan beliau , beliau menyeru golongan-golongan muda terutamanya golongan mahasiswa untuk menjalankan kerja dakwah dan kebajikan kepada masyarakat sekeliling .



        Agenda seterusnya merupakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Majlis Permuafakatan Kelab PERKIM universiti (MAMPU) . Bagi Kelab PERKIM CFS IIUM PJ, sijil penghargaan telah  disampaikan kepada Yang Dipertua PERKIM iaitu Muhammad Khalis b Osman .Majlis ini sedikit berbeza dengan majlis tahun sebelumnya kerana tiada penyampaian anugerah cemerlang untuk Kelab PERKIM Universiti.



       Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini, dapat menyuntik semangat kelab PERKIM CFSIIUM, untuk terus maju pada masa hadapan.
           




Sunday, July 21, 2013

This is GCI 13

Grand Charity Iftar 2013.


فأما اليتيم فلا تقهر ، وأما السا ئـل فلا تنهر 
“Maka terhadap anak yatim maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap   pengemis janganlah menghardik”.{QS.  Ad-Dhuha : 9 – 10 )



Assalamualaikum.
            Alhamdulillah, Perkim Awesome berjaya lagi.Kali ini kami menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim ataupun glamour dipanggil GCI(Grand Charity Iftar).Program ini juga adalah kerjasama dengan SDD(Student Development Department).Selain anak yatim, turut diraikan adalah para pemimpin kelab yang berkaliber di UIA.Anak-ank yatim yang diraikan adalah dari Pusat Kebajikan Ehsan As-Syakur(PEKEAS).

senyum!!!




            Majlis dimulakan denngan talk yang telah disampaikan oleh Br. Syarief berkenaan dengan Ramadhan.Seterusnya kehadiran VIP ke Dewan.Antara nama besar yang hadir dalam majlis ini adalah Dekan CFSIIUM, Prof Torla Hj. Hassan, YDP YADIM, Dr. AsyrafWajdi Bin Dusuki
 .serta beberapa tetamu yang lain.

Brother




Sisters

           Juadah utama majlis berbuka puasa pada hari itu semestinya kurma, selain hidangan nasi tomato  berserta air sirap penghilang dahaga.Kelihatan anak-anak yatim gembira, begitu juga abang2 dan kakak2 tertawa melayan kerenah mereka.Ucapan ulung pada malam itu dsampaikan oleh Dr. Asyraf Wajdi yang juga merupakan graduan UIA dalam bidang ekonomi.Beliau yang baru dilantik sebgai YDP YADIM menceritakan tentang penglibatannya dalam kelab dan persatuan suatu masa dahulu.


Dr. Asyraf Wajdi Dusuki


Solat Isyak berjemaah
\


Comel tak saya?

            Selepas itu, majlis penyerahan tabung sumbangan diadakan.Kutipan yang dimulakan selama 2 hari dari para pelajar amat memberangsakan  Usai majlis, para peserta bersama-sama mendirikan solat Isyak serta Tarawih berjemaah.Majlis malam itu dilengkapkan lagi dengan makan2 lepas tarawih(moreh).Juadah yang disediakan adalah kuih2 tradisional melayu seperti karipap donut dan sebagainya.
            Diharapkan, dalam kita menyambut Ramadhan, jangan dilupakan mereka yang kurang bernasib baik.

Bulan Ramadhan panas terik,
Masa ni nak kawal pancaindera,
Terus beramal sehabis baik,
Moga diterima amalan kita..

               

Saf Committee yang berwibawa


=)
               







Thursday, July 11, 2013

Sebenarnya Ramadhan Bulan Mulia (SRBM)

Mencari keberkatan ramadhan.

Assalamualaikum...
                Ramadhan kembali, dan Alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk meyertai ‘pesta ibadah’ pada tahun ini.Pastinya, ramai antara kita awal-awal lagi sudah menetapkan misi dan matlamat masing-masing , “aku nak khatam Al-Quran ramadhan  ini”,”aku berazam nak tahajjud setiap malam” dan banyak lagi dialog sebelum ramadhan.Tidak terkecuali, ada antara kita yang masih terkial-kial dalam menghadapi Ramadhan, dialog yang sama diucapkan setiap tahun…”malaslah nak puasa, sebulan kot”,”alamak, puasa tahun lepas tak ganti lagi”.


                Perasankah anda, banyak perubahan akan berlaku apabila masuk musim berpuasa.Masjid-masjid yang dahulunya sunyi sepi, kini penuh bagaikan lebah menghurungi sarangnya.Televisyen dan radio yang asyik menghidangkan hiburan yang melalaikan, tiba-tiba bertukar menjadi televisyen yang menghidangkan program keagamaan dan drama-drama dakwah.Pusat-pusat kebajikan yang sebelum ini diabaikan seperti rumah anak yatim penuh ditempah oleh badan organisasi bagi meraikan golongan yang  kurang bernasib baik dalam majlis berbuka puasa..Sesungguhnya, inilah antara sebab kenapa ramadhan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu.Inilah dia berkat bulan ramadhan.Sememangnya kita tidak nampak  bagaimana syaitan itu dibelenggu, bagaimana pintu neraka ditutup manakala pintu syurga dibuka dan bagaimana bentuk pahala berganda-ganda yang dijanjikan apabila beramal pada bulan ini.Namun, kita dapat melihat betapa orang ramai berlumba-lumba dalam beramal pada bulan mulia ini, melakukan amalan seperti solat berjemaah, tadarrus Al-Quran dan banyak lagi.Inilah keistimewaan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain.

             
                Dan jika anda masih ingat, cuba imbas kembali sesi yang lalu.Apakah yang kita lakukan usai 30 hari kita menahan diri dari lapar dan dahaga.Apakah kita berjaya meneruskan amalan-amalan seperti solat sunat tahajjud setiap malam?Adakah kita berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebulan sekali, atau paling tidak 3 bulan sekali?Apakah kita terus menjadi makmum di masjid pada bulan-bulan seterusnya?,atau masih lagi kembali lalai dalam menunaikan tanggungjawab kepadaNya?Jangan letak jawapan anda pada komen di bawah.Tanya sendiri dan jawab sendiri dalam hati.Sebelum kita pelik dengan televisyen yang terus menerus menjamu penontonnya dengan perkara lalai selesai ramadhan,hal ehwal artis dan banyak lagi, pelik dulu dengan diri kita yang masih lagi lupa dan leka.Memang benar istiqamah itu sukar, tetapi paling tidak, berusaha untuk istiqamah, Allah kan Maha Adil dan Maha Teliti akan sesuatu.JANGAN PUTUS HARAPAN!!!


                Dan cuba kali ini, tanam niat dalam hati kita, agar momentum ramadhan ini tidak berhenti pada 1 syawal sahaja.Bagaikan sebuah kereta ingin ke satu destinasi yang jauh, pasti perlukan servis dan penambahbaikan yang mantop. Logiknya, kereta yang selesai diservis akan lebih power dan laju.Begitu juga hidup ini, untuk sampai ke kampung akhirat dengan selamat, kita memerlukan ramadhan sebagai pusat servis kita sebelum meneruskan perjalanan yang kita tidak tahu bila kita akan sampai.Jangan berhenti berlari!Jika anda masih berjalan, cuba untuk berlari bukannya  merangkak.

Ramadhan Kareem….Allahu Akram.

#Jadi hamba Allah, Jangan jadi hamba Ramadhan…

Friday, July 5, 2013

Welcome to PERKIM!!

Biro Gathering PERKIM...

Sesi Pendaftaran

      Alhamdulillah.,pada 4/7/2013, PERKIM CFS telah berjaya menganjurkan program wajib mereka iaitu Biro Gathering.Program ini diadakan supaya ahli2 Perkim dapat mengenali dan mengetahui lebih lanjut mengenai profil kelab dan peranan biro masing2.Aktiviti tahunan juga ditterangkan oleh mainboard biro masing2.

Penerangan program
 
Ucapan dari YDP Khalis




     Antara agenda lain dalam program ini adalah sesi taaruf, ucapan alu aluan dari YDP, penerangan aktiviti, serta jamuan.Sepanjang program berlangsung, kelihatan para ahli begitu teruja untuk mengetahui tentang perjalanan kelab ini dari A-Z.Ahli K22 juga bersungguh-sungguh menceritakan pengalaman mereka selepas setahun menyertai Perkim.


    Diharap momentum ukhwah antara ahli Perkim dapat diteruskan sampai bila2.Komitmen anda amatlah kami hargai.Bersama kita menjayakan usaha dakwah dalam jemaah agar Islam subur harum di muka bumi Allah.












Kek Pisang, menu tradisi


Tuesday, July 2, 2013

Saf Kepimpinan K22 PERKIM CFSIIUM 2013/2014

PENASIHAT
USTAZ IBRAHIM RAHEEM

YANG DIPERTUA
MUHAMMAD KHALIS BIN OSMAN

         NAIB YANG DIPERTUA 1                                                                        NAIB YANG DIPERTUA 2
      OMAR MOKHTAR BIN HAMDAN                                                                      NOR MAIZATUL AZIRA BINTI MAT YUSOFF


                  SETIAUSAHA 1                                                                                   SETIAUSAHA 2
AMIERUL HAFIZ MAULA MD HASSAN                                                       FARAH SYAHIRAH BINTI MOHD TAHIR


                BENDAHARI 1                                                                                         BENDAHARI 2
MUHAMMAD MUAZ ABIDIN BIN MUSTAFFAR                                          NUR AZIEERA AZREN BINTI MOHD NASIR




   BIRO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
 HEAD
MUHAMMAD HAZIM BIN MAT SALIM
 ASST HEAD
NUR AIN NADIA BINTI MOHD ADNAN ALI
  S/U
NUR FADZILAH BINTI MOHD HASHIM


BIRO DOKUMENTASI DAN PENERBITAN
HEAD
MUHAMMAD RAFI'UDDIN BIN MD FAUZI
ASST HEAD
WAN NURUL AISYAH BINTI WAN OMRAN
S/U
NUR LAILA HUSNA BINTI MOHD RAZALI


BIRO DANA DAN EKONOMI
HEAD
HAZIQ HANIF BIN MOHD RASHID
ASST HEAD
SHAFIYAH IQLIMA BINTI MOHD NAZRI
S/U
ILI AFIQAH BINTI MOHD JAMIL


BIRO PEMBANGUNAN DAN KEBAJIKAN
HEAD
MOHD SYAZMIN BIN SAIFUL AZHAR
ASST HEAD
SITI HAJAR BINTI MOHAMED
S/U
NURUL WAHIDA BINTI JEMIDI


BIRO DAKWAH DAN TARBIAH
HEAD
MUHAMMAD RAHMAT BIN AJMAL MAHUDAI
ASST HEAD
MISHKAT NUR 'AISYAH BINTI ALI
S/U
AFIFAH BINTI SHAMSUDDIN






Annual General Meeting Perkim 2013/2014

Assalamualaikum...


         Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Ilahi kerana pada 30 Jun 2013, kelab PERKIM telah berjaya mennjayakan Annual Grand Meeting yang telah berlangsung di Lecture Hall A.

Committee sisters



Ahli sisters


  Antara objektif utama pertemuan ini dalah untuk menerangkan kepada semua ahli PERKIM yang baru tentang profil kelab ini.Selain itu, saf kepimpinan PERKIM iaitu K22 CFS dan K7 Econs Gombak diperkenalkan kepada khalayak.Penerangan tentang aktiviti PERKIM pada sesi lepas juga diadakan supaya ahli kelab dapat mengetahui perkembangan dan penglibatan PERKIM CFSIIUM dalam kalangan masyarakat.

Sesi pendaftaran brothers



Antara yang hadir.



Para ahli khusyuk mendengar tazkirah
 
       



ucapan dari YDP PERKIM

Sekalung tahniah dan takziah diucapkan kepada barisan kepimpinan K22 yang baharu.Semoga dengan perlantikan ini, dapat memacu PERKIM dalam membangunkan ruh Islam dalam kalangan pelajar UIA khususnya serta masyarakat luar amnya.


Tetamu khas malam itu (berkaca mata)