Friday, July 26, 2013

Iftar Bersama CheDet.

          Tanggal 13 Julai 2013 bersamaan 4 Ramadhan 1434H yang lalu ,sekali lagi Kelab PERKIM CFS IIUM PJ telah menerima jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Yang Dipertua Perkim Y.A.BHG. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kelab Perkim Universiti (MAMPU) anjuran PERKIM Kebangsaan .Majlis ini diadakan di Dewan Merak Kayangan,Balai Felda,Kuala Lumpur .




          Antara objektif majlis ini dianjurkan adalah untuk menyampaikan visi dan misi PERKIM kepada Majlis Permuafakatan Kelab PERKIM universiti (MAMPU) sekaligus memberi  motivasi dalam meneruskan agenda dakwah PERKIM. Antara universiti yang terlibat ialah UKM,UUM,UnisZA dan lain-lain .


          Majlis dimulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran daripada pelajar jemputan ,Adik Muhammad Amirul Munir Azlin dan persembahan multimedia tentang aktiviti-aktiviti  yang telah diadakan oleh Kelab PERKIM setiap universiti .Seterusnya majlis disempurnakan dengan ucapan daripada Wakil Yang Dipertua PERKIM Universiti  seterusnya ucapan Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad . Dalam ucapan beliau , beliau menyeru golongan-golongan muda terutamanya golongan mahasiswa untuk menjalankan kerja dakwah dan kebajikan kepada masyarakat sekeliling .



        Agenda seterusnya merupakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Majlis Permuafakatan Kelab PERKIM universiti (MAMPU) . Bagi Kelab PERKIM CFS IIUM PJ, sijil penghargaan telah  disampaikan kepada Yang Dipertua PERKIM iaitu Muhammad Khalis b Osman .Majlis ini sedikit berbeza dengan majlis tahun sebelumnya kerana tiada penyampaian anugerah cemerlang untuk Kelab PERKIM Universiti.



       Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini, dapat menyuntik semangat kelab PERKIM CFSIIUM, untuk terus maju pada masa hadapan.
           




No comments: