"Gambar tidak pernah gagal untuk menyimpan segala memori yang telah dicipta bersama"
#Road to Mengimbau kenangan Perkim 2014/15
Bulan Ramadan 1435H (2014), Masjid Jamek Kuala Lumpur-Kelab Perkim CFSIIUM telah mengadakan program tahunannya, Charity Ramadan. Program ini bertujuan bagi membuka ruang dan peluang kepada ahli-ahli kelab untuk menyumbangkan tenaga, memberi makanan kepada golongan gelandangan untuk berbuka puasa. Program ini telah berjaya dilaksanakan sebanyak 2 kali untuk memberikan pengalaman kepada lebih ramai sahabat-sahabat Perkim. Curahan masa dan tenaga mereka telah dibayar dengan pengalaman dan kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Didoakan semoga Allah membalas setiap detik masa dan tenaga yang telah disumbangkan.
Charity Ramadan 1.0 ( 12-13 Julai 2014)

Charity Ramadan 2.0 (19-20 Julai 2014)
No comments:
Post a Comment