Friday, June 5, 2015

MINGGU MAHASISWA ISLAM

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, 
karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) 
dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" 
[Surah Al-Hujurat, Ayat 10]

#Road to Mengimbau kenangan Perkim 2014/15

             Minggu Mahasiswa Islam (MMI) merupakan satu program tahunan kelab yang dilaksanakan di luar CFS. Ini bertujuan untuk menyediakan peserta menghadapi masyarakat dalam menyampaikan dakwah Islam. Pada 19,20 dan 21 September 2014, Kelab PERKIM CFSIIUM telah memilih Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru sebagai tempat perlaksanaan program dan  telah melakarkan sejarahnya tersendiri kerana telah 2 kali berturut-turut melaksanakan program yang sama di masjid tersebut.






       
         Perancangan tentatif program telah dirangka terlebih dahulu 
dan komiti turun sendiri ke KKB untuk membuat survey berkaitan kesesuaian tempat dan aktiviti yang bakal dijalankan. 
Terima kasih kepada pihak masjid, Pak Cik Mat juga pihak lain yang terlibat sama kerana menyambut baik kehadiran kami serta banyak membantu dalam menjayakan program ini. 
Mereka turut sudi meluangkan masa dan tenaga untuk memastikan kejayaan program MMI.



















         Perjalanan lebih kurang 1 jam dengan perkhidmatan 3 buah bas berbaloi apabila para peserta MMI berpeluang berinteraksi dengan orang kampung, anak-anak istimewa, warga tua dan orang asli.
 Pada sebelah malam, aktiviti kerohanian dilaksanakan di masjid seperti qiamullail, kuliah agama dan movie digest. 
MMI yang dilaksanakan 3 hari 2 malam telah berjaya mencapai objektifnya untuk melahirkan mahasiswa islam 
yang bukan sahaja skor penuh di dewan peperiksaan, 
malah mantap dari segi sahsiah dan pembangunan diri.











Add caption


















       
          Selain aktiviti di masjid, Kelab PERKIM turut mengadakan aktiviti bersama penduduk setempat di tiga tempat berlainan iaitu PDK, Rumah Ehsan dan Perkampungan Orang Asli Tun Razak.
































































No comments: