Sunday, April 11, 2010

KEMBARA BERPERAHU KE KG.PERANGKAP, PAHANG

ikerapu ikan siakap,
ditangkap oleh Che Leman,
dari Kuala lumpur ke Perangkap,
untuk kita menimba pengalaman.

"Cintailah yang memberi nikmat,bukan nikmat yang diberi" Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..hanya itu yang dapat kami tuturkan,menggambarkan kesyukuran kami ke hadrat illahi kerana diberi peluang sekali lagi untuk ke sebuah lagi perkampungan Orang Asli di sekitar Pahang ini iaitu Kampung Perangkap pada 26-28 Mac 2010.Nawaitu kami hanya satu iaitu untuk berdakwah.

makan-makan di pekan Raub

khusuk dengar penerangan abah

Program ini berlangsung selama 2 hari 1malam yang disertai oleh 5 brothers dan 7 sisters termasuk 2 pelajar International Medical Institution(IMU).

Tepat jam 12.15 pagi,tanggal 26hb malam, kami bertolak dari ASDAF,PERKIM dengan menaiki 2 buah kenderaan iaitu 4wheels drive dan van. 4 wheels drive ini dinaiki oleh 3 orang pelajar yang dipandu oleh Pak Cik Md. Nor aka abah.Van pula dipandu gilir oleh Bro Farid dan Bro Afiqi. Setelah 4-5 jam perjalanan yang agak memenatkan, kami berhenti di Masjid Raub untuk beristirehat dan solat subuh.


Selepas bersarapan pagi,kami ke Jeti Kuala Medang untuk menaiki 4 perahu/bot2 ke Kampung Perangkap.Perjalanan itu memakan masa selama satu jam setengah.Perasaan kami bercampur baur apabila menaiki bot:teruja dan takut.

Bergambar kenangan di Jeti Kuala Medang


sibuk mengangkat barang


sempat 'posing dalam bot..

Sesampainya di Kampung Perangkap, kami disambut dengan meriah dan hati yang terbuka oleh tok batin dan penduduk kampung.Barang-barang yang kami bawa seperti makanan,hadiah dan peralatan memsak diangkut terus oleh penduduk kampung.Terserlah sikap prihatin dan baik hati mereka.
'Perbuatan baik adalah suatu perbuat yang membuat jiwa tenteram dan hati menjadi tenang..'-Imam Ahmad

Selepas itu,kami bertungkus lumus untuk menyediakan makanan tengah hari bersama penduduk kampung. Kami juga tak melepaskan peluang untuk bertaaruf dan berkenal-kenalan dengan mereka.Antara aktiviti yang sempat dilakukan di sana ialah:
-riang ria sukaneka
-tazkirah Maghrib
-pengucapan drpd wakil pelajar dan orang kampung
-mandi berjemaah di sungai
senyum manis penduduk kampung


kanak-kanak riang bermain sukaneka

Sebelum pulang,majlis pemberian hadiah dan barangan dapur kepada penduduk kampung diadakan dan kami sempat bergambar bersama-sama penduduk kampung untuk mengabdikan kenangan.Pada tengah hari28hb, kami bertolak pulang.
Dalam perjalanan,kami singgah di Janda Baik untuk 'berkelah'.



Sesungguhnya,pengalaman di Perangkap mencoret 1001 kenangan di lubuk hati kami.Pengalaman sememangnya guru kehidupan.

p/s:next.program di Kampung Pantos pada 9-11 April.

No comments: