Friday, June 26, 2009

Hadiah Dari Pengemis

Diceritakan pula bahawa ada seorang yang kaya raya datang kepada Ibrahim bin Adham dengan membawa wang sebanyak seribu dirham untuk dihadiahkan kepadanya.

"Terimalah wang ini sebagai hadiahku kepadamu," kata orang kaya itu kepada Ibrahim.

"Maaf, saya tidak mahu menerima pemberian dari pengemis," jawab Ibrahim.

"Masya Allah, tuan ini ada-ada saja. Saya bukan seorang pengemis, tapi seorang yang kaya dan memiliki banyak harta." kata orang tadi, membantah.

"Apakah kamu masih ingin memiliki harta yang lebih banyak daripada harta yang kamu ada sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah tentulah tuan guru. Setiap orang tentu ingin menjadi lebih kaya." jawab orang itu.

"Kalau begitu, engkau memang betul-betul seorang ketua pengemis yang miskin. Oleh kerana itu, bawalah pulang wang itu dan campurkan dengan hartamu agar bertambah kaya."

No comments: