Monday, October 11, 2010

K.PERKIM UIA PJ Johan Keseluruhan | Anugerah Sri Cemerlang Kelab Perkim Universiti

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Ar-Rum: 69)
bergambar dgn kelab perkim nilai
Meja depan skali, dekat dgn vvip. Bergambar dgn ustaz dan ustazah
Seramai lebih 500 ahli Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti menghadiri majlis Berbuka Puasa Bersama Yang Dipertua Perkim dan Anugerah Sri Cemerlang Kelab Perkim Universiti, pada 24 Ogos baru-baru ini.
Majlis anjuran Perkim Kebangsaan itu berlangsung di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney, Kuala Lumpur.
Manfaatkan sumbangan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM), maka objektif utama dalam menjayakan majlis ini adalah meraikan mahasiswa sebagai mediator dalam khidmat mereka kepada masyarakat dalam menyebarkan dakwah Islamiah.
Penyelaras Majlis Permuafakatan Kelab Perkim Universiti (Mampu), Suariza Hidayah Muhammad berkata, program itu menghimpunkan kelab-kelab Perkim yang didaftarkan secara sah di dua puluh universiti awam dan swasta dalam majlis berbuka puasa bersama Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Jelasnya lagi, penubuhan Kelab Perkim Universiti ini bertujuan untuk menjadi mekanisma utama bagi membantu masyarakat dan juga menyelesaikan gejala sosial yang semakin berleluasa masa kini serta bertindak sebagai persatuan pelajar di bawah Akta Tatatertib Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
“Antara Kelab Perkim Universiti yang terlibat adalah Universiti Utara Malaysia (UUM), Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Cawangan Petaling Jaya dan Nilai, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Industri Selangor (Unisel), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Universiti Taylor, Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) dan Kolej Universiti City,” jelas Suariza.
“Penganugerahan tersebut adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan bagi sumbangan dan komitmen mereka yang terlibat secara langsung dalam menjayakan usaha-usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan Perkim sepanjang tahun 2010,” kata Suariza.
Anugerah Sri Cemerlang kategori Kelab Terbaik Keseluruhan telah diberikan kepada Kelab Perkim Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Cawangan Petaling Jaya melalui Yang Dipertuanya, Muhd. Kamarul Izad Muhamad Nazri.
Kategori Kepimpinan Cemerlang pula telah diberikan kepada Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Mohd. Jelani Mohd. Noor kerana kerja-kerja dakwah dan kebajikan yang merangkumi perpaduan, kedamaian dan kesefahaman.
Kategori Projek Terbaik diterima oleh Muhammad Azizul Hakim Hamzah selaku Yang Dipertua Kelab Perkim Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang mendapat pengiktirafan sebagai kelab Perkim yang paling aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti program dakwah, kebajikan dan pendidikan walaupun sibuk dengan pengajian di kampus.
Kategori Kelab Perkim Harapan pula disandang oleh Universiti Perguruan Sultan Idris melalui Yang Dipertuanya, Khairul Fadli Abdul Kadir mendapat pengiktirafan sebagai kelab Perkim baru yang aktif dalam aktiviti dakwah di perkampungan orang asli.
Anugerah tersebut disampaikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan penyampaian sijil penghargaan cemerlang kepada setiap Yang Dipertua Kelab Perkim Universiti.
Dalam ucapannya, umat Islam Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.
Beliau mengingatkan umat Islam agar memikirkan semula tanggungjawab kepada agama, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi persekutuan sekiranya meneruskan sikap berpecah-belah.

"Jumlah ramai ini tidak bermakna kalau sudah berpecah belah dan bermusuh antara mereka. Apabila bermusuh, pihak lain berpeluang gunakan permusuhan sesama Islam ini untuk mengutarakan kedudukan mereka, bahkan untuk berkuasa dalam negara.
Beliau berkata sudah ramai umat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan tingkah laku dan cara hidup seperti yang dituntut dalam Al-Quran dan hadis.

Jelasnya, kelab Perkim harus memainkan peranan utama bagi memupuk keharmonian kaum yang berbilang bangsa dan agama supaya dapat mengikis segala salah faham serta salah sangka perpaduan bangsa Malaysia.
Katanya lagi, dengan melibatkan lagi mahasiswa bersama Perkim ianya salah satu platform untuk menggerakkan dakwah dikalangan mahasiswa dan masyarakat bagi memberi sokongan padu kepada Institusi Islam di Malaysia dan antarabangsa.
Majlis berakhir dengan solat tarawih dan witir berjemaah.
Turut hadir ialah isteri kepada Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Naib Yang Dipertua Perkim, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi, Datuk Dr. Mustapha Ma, Setiausaha Agung Perkim, Tan Sri Datuk Dr. Abdul Hamid Othman, Bendahari Kehormat Perkim, Tan Sri Dato Dr. Muhammad Rais Abdul Karim dan Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/738.JPG
Tetamu Kehormat yang hadir.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1234.JPG
Antara 600 tetamu yang hadir.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1153.JPG
Ucaptama Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2128.JPG
Dr. Mahathir menyampaikan cek berjumlah RM 2,500 dan trofi kepada Kelab Perkim Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) cawangan Petaling Jaya yang dianugerahkan sebagai Kelab Perkim Terbaik Keseluruhan.
http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2318.JPG
Dr. Mahathir bersama penerima Anugerah Sri Cemerlang Kelab Perkim Universiti.

2 comments:

marzuqi said...

Tahniah2...

naadzi said...

tahniah...teruskn usaha,,,